Tuesday, September 07, 2010

citer saya III

Salam...

Sudah jam 12.45 malam...secara rasminya dah 45 minit hari selasa sudah bermula. Saya masih mengadap lappy. ALHAMDULILAH. malam ini saya dapat mengekang keinginan saya untuk akses internet malam ini. Dan malam ini juga, saya berasa cukup seronok kerana mampu menulis 14 muka malam ini. Ya..setelah mood merudum selama lebih seminggu, malam ini saya kembali rancak. Harap-harapnya untuk malam-malam yang seterusnya juga, idea saya datang melimpah ruah seperti ini..dan juga mudah-mudahan mood saya tidak menghampakan saya.
Semasa saya menulis n3 ini, mak dan adik masih di dapur tengah membuat biskut tat nenas dan tat strawbery. Lega saya ada adik yang minat dengan kerja-kerja membakar biskut ni. Bolehlah emak saya ada geng. Nak harapkan saya...hahahhaha.....
Berkenaan dengan NBF, saya menulis sesuka rasa saja ketika ini. Mood thriller masih belum kick in dalam diri saya. Saya menulis bab romance dulu..amboi,,kalau bab ni laju saja ya? hahahha..entahlah sedang menulis bab ini dan bab thrillernya masih hilang, saya jadi sedikit risau. Bagaimana genre saya sudah tidak kekal dengan minat saya iaitu romance-thriller? Bagaimana kalau NBF ini menjadi cerita romance n love story semata-mata?
Saya tahu, ada ramai pembaca yang mahu saya menulis seperti KDB kembali. dan setiap kali yang meminta, saya katakan, saya tidak mampu untuk menulis sebegitu lagi. Cukuplah KBD hanya satu novel saya yang bertemakan romance. Tapi..dengan aliran NBF ini, saya sudah risau.
Ya..saya tahu saya perlu versatile. Saya perlu mencuba pelbagai genre agar pembaca tidak mudah bosan dengan karya2 saya. Kalau tetap kekal dengan genre romance-thriller ini, pasti, pembaca sudah dapat agak bagaimana aliran cerita saya. Itulah yang saya cuba elakkan. Saya tidak mahu pembaca bosan. Kalau bosan dengan hasil tulisan saya, ini bermakna, kebarangkalian pembaca mahu membeli karya terbaru saya mungkin akan berkurangan.
Selepas NBF dan Jimmy. saya mahu mencuba genre komedi pula...fuh! besarnya angan-angan saya ni. Nak tulis pun saya sudah tergelak. Tetapi tidak mustahilkan andai satu hari saya boleh menulis genre sebegini. Sebagai penulis, memang betul, kita harus menulis apa yang kita tahu...tetapi sebagai penulis juga kita berusaha belajar menulis apa yang pembaca mahu. Kalau ketika ini citer-citer lawak menjadi trend..mungkin saya perlu mencuba. Tapi...tak tahulah..selepas 2 tahun..mungkin genre lain pula mengambil alih...selera pembaca ni berbagai-bagai. Apa pun ALL THE BEST untuk saya sendiri...
Okaylah nak tido dulu...esok nak kerja pulak..huwaaaa..jeles betul dengan orang dalam rumah ni yang dah cuti awal2...saya juga kena kerja lagi....

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...