Posts

Showing posts from November, 2009

hanya sebuah cerita luka

Salam... Hmmm..sebenarnya untuk n3 sebelum ni aku mahu bercerita pasal benda lain tapi tercerita benda lain la pulak..hahaha...Kata orang, itu salah satu sifat2 seorang penulis. Semasa menulis sudah siap merangka cerita namun sebaik sahaja jemari terletak atas keyboard...lain cerita yang keluar. Kadang-kadang, tanpa sedar, kita membiarkan jari yang membawa cerita itu berjalan. Jari yang membuatkan perjalanan dari A ke B akan melalui E sedangkan kita mahu menggunakan jalan F. hmmm...rasanya korang faham tak apa yang aku maksudkan? sebagai contoh...macam apa yang aku tuliskan sekarang inilah...aku mahu bercerita tentang perkara lain namun cerita lain yang aku putarkan. Jadi..aku mahu berhenti dan menyambung kembali kepada tujuan asal mengapa aku menulis n3 ini. Minggu lepas...Aku menerima berita yang tak berapa baik dari seseorang. Dan berita itu sedikit sebanyak membuatkan semangat aku sedikit menurun. Yang sebenarnya, aku sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku namun mendengar sendi…

hanya mahu bercerita

Salam... Hari ini aku bercuti. Semalam juga aku bercuti. Walaupun aku pekerja " SAYA YANG MENURUT PERINTAH" aka kakitangan kerajaan namun waktu bekerja aku tidak sama dengan orang lain. Orang bercuti sabtu dan ahad, tetapi waktu itulah aku terpaksa bekerja. Kalau mahu bercuti hari ahad, kena ikut turn antara staff. Tapi itulah yang terpaksa aku terima kerana aku bekerja di Perpustakaan. Waktu pengunjung ramai adalah pada hari tersebut. Hampir 7 tahun aku bekerja di perpustakaan aku sudah terima bahawa waktu cuti aku memang tidak serupa cuti orang lain. Ada baik dan buruknya juga kalau bercuti cara aku ni. Yang baiknya tentulah memudahkan urusan aku jika aku perlu ke bank, jabatan kerajaan lain atau apa sahaja. Yang tak bestnya, nak melaraskan cuti aku dengan cuti orang lain. Selalunya kalau mahu berjumpa kawan or menghadiri apa-apa majlis, aku terpaksa mengambil cuti kerana kebanyakkannya menggunakan hari sabtu. Ya..cuti tahunan aku selalunya susut kerana perkara ini. Kalau ti…

Sesat di KL

Salam.... Bersambung cerita semalam.... Bengkel penulisan tamat kira-kira jam 4.30 petang. Selepas tu ada sesi minta autograf RAM dan Cik Nord dan minum petang dan sesi bergambar ramai-ramai. Masa tengah dok berbual Lynn text kata dia tak dapat datang ke Shah Alam sebab kurang sihat. Jadinya aku terpaksa mencari jalan sendiri untuk ke rumahnya. Untuk makluman, aku berniat untuk lepak2 di rumah novelis Lynn Dayana malam tu. Rasanya dah lama sangat kami tak jumpa dan berbual di telefon lantaran cik Lynn kita yang teramat sibuk sekali dengan gamesnya. Tahniah Lynn sebab team yang diterajuinya menang 7 dari 9 games yang dipertandingkan. Terpaksa mencari jalan sendiri ke Sunway memang membuatkan aku sedikit kalut. Maklumlah aku kalau terpaksa ke mana-mana aku akan cuba google peta dulu, tapi mengenangkan lynn akan datang so, aku pun tak terlintas nak google mana tempat tinggalnya. Jadi...berbekalkan panduan lynn dan sedikit makluman daripada peserta yang aku tanya, aku pun buat buat beranila…

Bengkel penulisan thriller n aksi

Image
RAM sebelum memulakan taklimat
RAM memulakan taklimat...

Semua peserta termasuk aku yang begitu khusyuk mendengar


Gaya RAM yang sempoi...



RAM & Eyman Hykal semasa sesi taaruf



Salam...
Sambungan n3 sebelum ni...
Pagi sabtu kira2 dalam pukul 7.30 pagi aku bertolak ke Shah Alam...bersendirian lagi. Metty pun dah bangun almaklumlah Hubby nak datang kejap lagi...( dia cadangnya nak buat cucur ikan bilis tapi bila mak dah bekalkan roti jala dicicah dengan kuah durian ( aku tak tau nama dia apa tapi sedap ya amat) so...utk pagi tu dia bahagialah sebab tak payah masuk dapur. Aku jugak pergi dengan perut kosong. sejam kemudian aku dah berada di Shah Alam...Selalunya kalau turun ke SA aku akan direct terus ke Seksyen 16 di mana premis Alaf 21 berada. Tetapi untuk bengkel kali ini ianya dijalankan di Seksyen 15, Karangkraf. Entah mengapa selalunya kalau aku pergi ke Alaf aku akan lalu di Karangkraf terlebih dahulu tapi pagi tu aku terkonfius sikit so aku ala ala sesat. Aku call tak saadi (editor …

my Journey to .....

Image
Inilah my Fav kat Easy cafe...seafood spagetti with white sauce...ntah apa nama dia ntah...sedap...

Inilah metty...kakak dan merangkap bank aku..hahahah...takde duit muka ni lah yang aku rujuk...( Tapi dululah..masa aku duduk ngan dia)

Metty makan mushroomsoup aje...tapi sedap dan mengenyangkan kalau makan benda ni saja.

Salam...
Hari Sabtu lepas aku ke Karangkraf di Shah Alam untuk menghadiri bengkel penulisan Thriller & Aksi. Bengkel tersebut dikendalikan oleh penulis tersohor Malaysia iaitu Novelis Thriller Ramli Awang Murshid dan Novelis Aksi Eyman Hykal @ cik nord. Seperti biasa, apa-apa hal yang menyebabkan aku akan ke KL / Shah Alam / seangkatan dengannya, aku akan singgah sebentar di Tg. Malim sebagai pit stop sementara. Lalu, ( kalau ikut rancangan selepas asar aku bertolak) tetapi jam sudah 6.10 baru kereta aku keluar dari parkir rumah. Aku tidak terus pergi, tetapi singgah di gas station untuk mengisi minyak terlebih dahulu. kiranya dalam 6.30lah perjalanan sebenar aku ber…

Eureka

Salam.... Ingat lagi n3 aku mengenai pencarian kawan-kawan sekolah aku? Well eureka...I've found them. Tak kesemuanya tetapi most of them lah. Seronoknya aku. Kebanyakkan kami semua berhubung melalui facebook. banyak cerita sebenarnya esp berkisar masa2 budak sekolah dulu. Sekali letak je gambar muda belia masa sekolah bertubi-tubi komen sampai. Bab yang ini aku berterima kasih sangat pada facebook. Dalam kewujudan dia yang menyebabkan manuskrip aku tertangguh (salah aku jugakkan)...tetapi aku juga berpeluang menemui rakan lama. Kebanyakkannya dah kahwin tapi ada juga yang still available macam aku ni..hahahhaha...Dengar2 cerita mereka nak buat reunion kat Sarawak next year...betul atau tidak aku sendiri tak pasti tapi harap2 jadilah ek..bolehlah aku pergi sana sebab lama sungguh aku tinggalkan bumi Sarawak ni. Sudah lebih 17 tahun. p/s - Aku akan ke Karangkraf esok...bengkel penulisan Thriller n aksi...tak sabar....

Cameron lagi

Image
Sabtu dan Ahad lepas, sekali lagi aku ke Cameron Highland. Masa pertama kali aku pergi masa cuti tahun baru cina awal tahun aritu aku dah tekad, aku tak akan jejakkan kaki ke Cameron. Bagi aku Cameron bukanlah sebuah tempat yang menarik. Kalau aku ni gila bunga mungkin aku boleh tutup sebelah mata tetapi pemandangan di sana amatlah tidak mesra pada mata aku ni. Dalam kata lain Cameron ni kotor. Aku pergi melalui Simpang Pulai lalu Kg Raja, Terla, Tringkap, Brinchang dan seterusnya Tanah rata. Dalam semua laluan ni, hanya Tanah rata sajalah yang nampak bersih sedikit. Yang lain2 tu...hmmmmm.... Walaupun aku dah malas nak pergi, tapi untuk kali ini aku pergi juga memandangkan aku harus menemani emak yang ada urusan di sana. Ditambah pula Sarah yang tidak pernah pergi, jadi aku pun tak kisahlah membawa dia ke sana. Kalau dulu kami pergi dalam 12 orang kali ni aku pergi berempat. Aku tinggalkan emak di Villa Dahlia dan aku menginap di Tanah rata. Perjalanan kali ini lebih lancar. Kereta pu…

bahana farmville

Salam... Fuh..dah lebih 3 minggu rasanya aku tak mencoret sesuatu di dalam blog aku ini. Apa taknya dah kena sindrom Farmville dlm Facebook aku seperti mengabaikan segala-galanya. Tahap perjalanan manuskrip aku terhenti dan tertangguh dalam keadaan yang serius. Entah mengapa...walaupun bermain Farmville itu boleh membuatkan aku rileks tapi kalau nak diikutkan lebih banyak mendatangkan keburukan kepada aku dari kebaikannya. Yang pastinya banyak kerja aku tertangguh dek kerana gila nak berkebun. Bil ELektrik aku naik. nasib baik lina streamyx aku fix harganya..kalau tidak memang aku muflis dek kerana farmville ni. Hmmm...kadang kala aku terfikir jugak..adakah itu tujuan asalnya si pencipta facebook dan farmville ni? Adakah mereka memang berniat untuk membuatkan kita leka...esp umat2 Islam? Aku ada terbaca, ada seorang hamba ALLAH yang nak pergi menunaikan haji pun boleh siap pesan dengan anak supaya jaga farm dia...ini bagi aku dah memang parah dah...Kalau sudah sampai tahap menganggu am…