Thursday, November 19, 2009

Sesat di KL

Salam....
Bersambung cerita semalam....
Bengkel penulisan tamat kira-kira jam 4.30 petang. Selepas tu ada sesi minta autograf RAM dan Cik Nord dan minum petang dan sesi bergambar ramai-ramai. Masa tengah dok berbual Lynn text kata dia tak dapat datang ke Shah Alam sebab kurang sihat. Jadinya aku terpaksa mencari jalan sendiri untuk ke rumahnya. Untuk makluman, aku berniat untuk lepak2 di rumah novelis Lynn Dayana malam tu. Rasanya dah lama sangat kami tak jumpa dan berbual di telefon lantaran cik Lynn kita yang teramat sibuk sekali dengan gamesnya. Tahniah Lynn sebab team yang diterajuinya menang 7 dari 9 games yang dipertandingkan.
Terpaksa mencari jalan sendiri ke Sunway memang membuatkan aku sedikit kalut. Maklumlah aku kalau terpaksa ke mana-mana aku akan cuba google peta dulu, tapi mengenangkan lynn akan datang so, aku pun tak terlintas nak google mana tempat tinggalnya. Jadi...berbekalkan panduan lynn dan sedikit makluman daripada peserta yang aku tanya, aku pun buat buat beranilah mencari jalan sendiri padahal aku sikit pun tak faham apa yang diterangkan.
Memang sudah ditakdirkan aku akan sesat...berpusing-pusing aku mencari BANDAR SUNWAY...sampai ke Subang jaya aku pusing dan bila lynn call tanya aku kat mana...aku sendiri tak tau nak beri jawapan. Lynn cakap aku akan jumpa tol yang kena bayar rm1.60. Tapi aku lalu tol yang kena bayar rm1.10. hahahha..kelakar..aku dah naik pening dah. Last2 lynn suruh aku cari Sunway Piramid.
Aku cari dan jumpa tapi yang kelakarnya aku terus masuk ke dalam ruang parking kat Sunway Piramid tu..sudah..dah jadi satu hal pulak aku nak keluar. Dahlah petang Sabtu..kereta banyak nak mamp..s. Aku call lynn to ask for further direction dan I'm manage to sesat again...
Lynn pening..aku lagilah pening...masing2 tak tahu macam mana nak keluarkan aku dari keadaan sesat tu. Aku try juga cuba buat u turn ke sunway balik n lynn call sekali lagi suruh aku tunggu di Caltex depan SP...hmmm..kali ni aku tak sesat. memang sampai di Caltex. dan lynn akan datang jemput aku.
Walaupun rasa bersalah kerana terpaksa membuatkan lynn keluar dalam keadaan tak sihat, tapi aku rasa lega sekurang-kurangnya aku tak akan sesat lagi. (huh..in ur dream, dhiya). Beberapa minit menunggu lynn datang dan aku ikut dia dr belakang. Jumpa tol yang dikatakan tu. Aku ikut lorong tunai dan Lynn guna touch n go. Dalam keadaan yang sesak tu aku terhilang lynn. Lynn ikut jalan lain...aku ikut jalan lain. I drove myself sampai ke IOI Mall dan terpaksa cari u turn sekali lagi tapi in the end...aku berjaya juga. Ya Allah...nak dekat pukul 7 jugaklah aku sampai ke apartment lynn...
1ST time dulu masa aku sampai ke rumah lynn, aku tak dibenarkan parkir dalam tapi kali ni boleh masuk. Aku tinggalkan lesen dan dapatlan sticker visitor. Aku dah lega sebab tak perlu parkir kat luar...so selamatlah sikit kan. HAHAHAH...mana nak tau pukul 12 malam..loceng umah lynn berbunyi. Aku kena parkir kat luar sebab tak boleh overnight parking kalau tak ada surat. Fuh..tension...nasib baiklah aku memang dok tengah sembang ngan lynn so...tengah-tengah malam tu terpaksalah aku p ubah keta. huh kijam betul. Aku park kat petronas dan siap pesan kat guard suh tgk-tgkkan keta aku.
Malam tu...ayo rasa bersalah pulak kat lynn..lynn yang sakit2 tu sanggup masakkan asam pedas untuk aku ( walaupun pakai instant..tapi kena masak jugak ek lynn?)..esoknya buat sarapan untuk aku...dan paling aku rasa bersalah sebab doktor sendiri yang larang lynn memandu sebab high blood pressure. Nak buat macam mana ek..dah memang sini bukan kawasan aku..
Esoknya lepas sarapan aku bersiap untuk balik...( saja balik awal nak bagi lynn rest)...aku siap tanya direction nak naik highway macam mana. So far...aku dapat jalan yang betul. Aku dah senyum. lega dah Tapi senyum aku sekejap aje...aku sesat lagi. Berpusing2 jugak aku cari jalan. Aku singgah Shell isi minyak dan menyebabkan sport rim persona aku (yg tak berapa mempersona sebab lama tak mandi) bercalar bila aku terlanggar bucu jalan kat Shell tu. Berdentum jugak bunyi dia. Aku dah ala ala panik sikit n semua orang pandang aku. so..nasib baik sport rim aje...kalau body kena memang aku nangis la la tu jugak.
Lepas tu aku ternampak sign Highway lagi dan sesat lagi...( Jalan kat KL ni memang macam apa ntah)..Aku sampai ke Selayang dah...fuh..jem pulak tu..sampai trafik light depan jusco tu aku kena tunggu 10 kali kut baru keta aku lepas. Tiba-tiba satu kesedaran timbul...aku jadi insaf tiba2...nasihat RAM semalam kembali ke fikiran aku ni...Ingat ALLAH...minta dengan ALLAH...berdoa pada ALLAH.
Jadi dengan rasa insaf aku mohon pada ALLAH agar aku dipermudahkan. Agar aku melihat apa yang aku tidak nampak dan tak sampai beberapa saat aku temui jalan keluar. Alhamdulillah. Aku memang rasa nak nangis dah masa tu. Insaf sebab aku jadi sombong. Aku tidak meminta padaNYA. Aku lupa DIA.
ALHAMDULILLAH...aku berjaya sampai ke tg. Malim semula. Dan selepas Asar aku bergerak ke Taiping...Pengalaman yang tak dapat aku lupakan...sesat di Kuala Lumpur....

4 comments:

Kurma said...

sian awak Dhiya.. saya yg dok sini pun fail Shah Alam.. masa nak balik nak u-turn lalu roundabout tu saya termasuk ke pukul 3 (roundbabout shah alam besor sangat hahahaha).. terpaksa ikut signboard je lepas tu.

Lepas tu saya dan siti terpaksa kira sbb takut tersalah masuk simpang lagi hehe..

Tinta Mustika said...

Assalamualaikum Dhiya,

Masih ingat Kak Nini?

Akak dah tinggalkan jejak kat sini. Blog akak masih bersawang! Tak sempat nak update coz bz nak siapkan novel sulung. Doakan akak ya!

P.S: Tak sempat jugak beli novel Dhiya masa nak balik tu! I'll get it later. But u must sign it as promised, ok?

Salam sayang

dhiya zafira said...

Rin...

Itulah..memang rasa nak give up je masa tengah sesat tu tapi memikirkan saya ni suka mencuba sebab memikirkan akan seronok kalau dapat jumpa sendiri jalan..tu yg buat saya boleh bertahan..n nasib baiklah cik lynn kita boleh jemput..heheheh

dhiya zafira said...

Salam kak nini...

Saya doakan akak..jangan bimbang..heheeh...kalau akak nak beli novel saya..macam yang saya mesejkan pada akak ya...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...