Wednesday, November 18, 2009

Bengkel penulisan thriller n aksi

RAM sebelum memulakan taklimat

RAM memulakan taklimat...

Semua peserta termasuk aku yang begitu khusyuk mendengar


Gaya RAM yang sempoi...



RAM & Eyman Hykal semasa sesi taaruf



Salam...

Sambungan n3 sebelum ni...

Pagi sabtu kira2 dalam pukul 7.30 pagi aku bertolak ke Shah Alam...bersendirian lagi. Metty pun dah bangun almaklumlah Hubby nak datang kejap lagi...( dia cadangnya nak buat cucur ikan bilis tapi bila mak dah bekalkan roti jala dicicah dengan kuah durian ( aku tak tau nama dia apa tapi sedap ya amat) so...utk pagi tu dia bahagialah sebab tak payah masuk dapur. Aku jugak pergi dengan perut kosong. sejam kemudian aku dah berada di Shah Alam...Selalunya kalau turun ke SA aku akan direct terus ke Seksyen 16 di mana premis Alaf 21 berada. Tetapi untuk bengkel kali ini ianya dijalankan di Seksyen 15, Karangkraf. Entah mengapa selalunya kalau aku pergi ke Alaf aku akan lalu di Karangkraf terlebih dahulu tapi pagi tu aku terkonfius sikit so aku ala ala sesat. Aku call tak saadi (editor laf 21) n tanya direction. Hmmmm...rupa2nya Karangkraf depan mata je...Macam mana aku boleh tak nampak?
Kat Karangkraf memang memanjang kena parking kat luar. Lepas daftar dan tinggalkan lesen, aku pergilah join sekumpulan wanita yang juga sedang menunggu. Bertemu dengan penulis Hareeyati Ramli...Sepatutnya bengkel bermula pukul 9 tetapi akhirnya bermula dalam pukul 9.30 macam tulah...
Semasa menunggu tu berkenalan dengan peserta bengkel serba sedikit. Ada yang datang dari Melaka, kedah dan aku sendiri Taiping. Wah...demi minat untuk belajar dan menulis...sanggup ya...Tapi patutnya jarak dan masa tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak mahu menimba ilmu..betul tak?
Selain dari penulis Alaf 21, penulis dari penerbitan lain juga mengikuti bengkel ini juga. Bila dah memperkenalkan diri barulah tahu siapa menulis buku apa dan di mana. Bak kata orang tak kenal maka tak cintalah kan?
Bengkel dimulakan dengan cik nord aka Eyman Hykal. Seterusnya disambung oleh Ramlee awang Murshid. Sepanjang mengikuti bengkel ini aku dihujani perasaan yang berbaur-baur dan bercampur aduk. Macam mana aku nak cakap ya tapi kalau korang berada di tempat aku mesti korang rasa apa yang aku rasa. Bagi aku RAM dan Cik Nord adalah penulis yang cukup humble. Langsung tiada istilah kedekut ilmu dalam memberi kami tunjuk ajar. Bagi sesiapa yang tidak tahu...kedudukan RAM sebagai penulis Thriller no 1 mungkin tidak asing lagi. Selain RAM, penulis thriller n aksi yang aku kagumi ialah Abdul Rahim Awang (dalam konteks penulis malaysia)... Mereka ini buku2 yang ditulis oleh mereka is a must buy books. Cik Nord juga semakin berkecimpung dalam arena penulisan aksi ini dan boleh aku katakan novel Meniti Mautnya adalah much much better than his other 2 books.
Dan aku...juga mahu mengikut jejak langkah mereka. Aku baru mula melangkah dan aku juga sering terjauh. Dalam perjalanan yang jauh dan panjang...banyak dugaan dan cabaran yang perlu aku hadapi. I'm just 3 years old as a writer. Berbanding dengan RAM yang sudah 15 buku ( dgn alaf) dan mempunyai Trilogi Bagaikan Puteri sebagai Masterpiece...boleh aku katakan RAM berada di dalam kedudukan yang selesa. Memang payah dan sukar untuk aku dapat apa yang RAM dapat. Tapi aku juga berpegang selagi aku berusaha...tiada apa yang mustahil. Kalau RAM, mengambil masa selama 10 tahun untuk dikenali ramai, 10 tahun untuk tulisannya diterima pembaca...aku harap aku boleh mengambil masa yang kurang daripada itu. Perasankah aku kerana hendak membandingkan diri dengan RAM? Tidak...aku cuma kagum dengan RAM. Aku mengambil dia sebagai contoh yang perlu aku ikuti. Aku mengambil dia sebagai sifu kerana aku juga menulis genre yang sama.
Kepada sesiapa yang membaca novel2 aku pasti tahu bahawa novel kedua { Rindu belum berhenti} dan ke 3 { Rindu Untuk dia} aku menggunakan genre roman-aksi. Sebagai penulis yang masih belum matang pengalamannya...banyak respon dan kritikan yang aku terima sepanjang aku menulis genre sebegini. Ada kelompok yang suka, memuji RBB dan RUD. Ada sesetengah kelompok pula menyuruh aku kembali pada genre drama dan keluarga seperti yang aku tulis dalam Kudamba bahagia. Aku tidak mampu memenuhi kehendak semua pihak. Aku menulis kerana aku minat dan menulis tentang apa yang aku suka dan percaya. Aku menulis dengan harapan ada pembaca yang boleh menerima corak penulisan aku. Terus-terang...aku tidak mampu menulis seperti KDB lagi. Dan aku harapkan pembaca semua dapat memberi sokongan terhadap apa yang aku lakukan.
Mungkin aku memerlukan 10 atau 15 tahun untuk mencapai kedudukan seperti RAM sekarang tetapi aku tidak akan putus asa..aku sesekali tidak akan putus asa...
Buat RAM dan Cik Nord...Ilmu yang kalian turunkan itu, akan aku ingat sampai bila2..terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan...

samb....

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...