Friday, November 06, 2009

bahana farmville

Salam...
Fuh..dah lebih 3 minggu rasanya aku tak mencoret sesuatu di dalam blog aku ini. Apa taknya dah kena sindrom Farmville dlm Facebook aku seperti mengabaikan segala-galanya. Tahap perjalanan manuskrip aku terhenti dan tertangguh dalam keadaan yang serius. Entah mengapa...walaupun bermain Farmville itu boleh membuatkan aku rileks tapi kalau nak diikutkan lebih banyak mendatangkan keburukan kepada aku dari kebaikannya. Yang pastinya banyak kerja aku tertangguh dek kerana gila nak berkebun. Bil ELektrik aku naik. nasib baik lina streamyx aku fix harganya..kalau tidak memang aku muflis dek kerana farmville ni. Hmmm...kadang kala aku terfikir jugak..adakah itu tujuan asalnya si pencipta facebook dan farmville ni? Adakah mereka memang berniat untuk membuatkan kita leka...esp umat2 Islam? Aku ada terbaca, ada seorang hamba ALLAH yang nak pergi menunaikan haji pun boleh siap pesan dengan anak supaya jaga farm dia...ini bagi aku dah memang parah dah...Kalau sudah sampai tahap menganggu amal ibadat kita seharusnya kita kurangkan sedikit addict dengan farmville ni. hmmm..tapi apa pun aku dah menemui kesedaran...(cewah)...untuk pertama kalinya buat semalam, aku berjaya meneruskan mss aku yang terkandas entah di mana. Farmville aku rehatkan seketika....

2 comments:

Nowwa said...

Game kat FB tu sumer buat org jadik addicted...aku sendiri sdg displinkan diri untuk tak terlibat dengan mana2 game di FB...
Kalau tak tak jadik keje la untuk orang yang bekerja sendiri macam aku ni weh...

dhiya zafira said...

Nora...

memang...aku pun la ni dok kurangkan masuk ke sana...kalau berterusan memang tak jadi kerja...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...