Tuesday, November 24, 2009

hanya sebuah cerita luka

Salam...
Hmmm..sebenarnya untuk n3 sebelum ni aku mahu bercerita pasal benda lain tapi tercerita benda lain la pulak..hahaha...Kata orang, itu salah satu sifat2 seorang penulis. Semasa menulis sudah siap merangka cerita namun sebaik sahaja jemari terletak atas keyboard...lain cerita yang keluar. Kadang-kadang, tanpa sedar, kita membiarkan jari yang membawa cerita itu berjalan. Jari yang membuatkan perjalanan dari A ke B akan melalui E sedangkan kita mahu menggunakan jalan F. hmmm...rasanya korang faham tak apa yang aku maksudkan? sebagai contoh...macam apa yang aku tuliskan sekarang inilah...aku mahu bercerita tentang perkara lain namun cerita lain yang aku putarkan. Jadi..aku mahu berhenti dan menyambung kembali kepada tujuan asal mengapa aku menulis n3 ini.
Minggu lepas...Aku menerima berita yang tak berapa baik dari seseorang. Dan berita itu sedikit sebanyak membuatkan semangat aku sedikit menurun. Yang sebenarnya, aku sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku namun mendengar sendiri daripada mulutnya membuatkan aku terdiam beberapa saat. Semasa mengucapkan terima kasih, aku masih mampu senyum dan ketawa namun sebaik sahaja panggilan terhenti, aku diam dan berfikir. Macam inikah sekali yang berlaku? Seteruk inikah?
Tidak perlulah aku bercerita apa perkara itu ( hanya kawan2 rapat yg tahu), tapi kejadian ini benar-benar membuka mata aku. Alhamdulillah, aku ini orangnya tidak suka membiarkan rasa sedih atau rasa putus harap berterusan menghantui hidup aku. Mujur juga aku mudah bangkit dari rasa kecewa.( Ini bukan statement angkat bakul ya)...tapi aku lebih suka serahkan kepada ALLAH. DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku. dan ia juga bukan bermakna aku menyerah tanpa berusaha untuk mengubah diri aku...kerana aku percaya apa yang berlaku...juga berpunca daripada diri aku sendiri. Setelah bermuhasabah diri sendiri, aku tahu di mana silapnya. Aku sedikit sebanyak bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Aku terima dan aku reda bahawa ada hikmahnya disebalik kejadian ini.
Dan memang benar seperti yang selalu dikata oleh emak " Kalau hang lupa pada DIA...DIA pun lupa pada hang jugak." Kata-kata pak Legisan semasa kursus ESQ kembali menghantui diri.
"Rundukkan wajah dan hatimu. Kamu ini bukan siapa-siapa. Hanya ALLAH yang MAHA KUASA."

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...