Salam...
Hari ini aku bercuti. Semalam juga aku bercuti. Walaupun aku pekerja " SAYA YANG MENURUT PERINTAH" aka kakitangan kerajaan namun waktu bekerja aku tidak sama dengan orang lain. Orang bercuti sabtu dan ahad, tetapi waktu itulah aku terpaksa bekerja. Kalau mahu bercuti hari ahad, kena ikut turn antara staff. Tapi itulah yang terpaksa aku terima kerana aku bekerja di Perpustakaan. Waktu pengunjung ramai adalah pada hari tersebut. Hampir 7 tahun aku bekerja di perpustakaan aku sudah terima bahawa waktu cuti aku memang tidak serupa cuti orang lain.
Ada baik dan buruknya juga kalau bercuti cara aku ni. Yang baiknya tentulah memudahkan urusan aku jika aku perlu ke bank, jabatan kerajaan lain atau apa sahaja. Yang tak bestnya, nak melaraskan cuti aku dengan cuti orang lain. Selalunya kalau mahu berjumpa kawan or menghadiri apa-apa majlis, aku terpaksa mengambil cuti kerana kebanyakkannya menggunakan hari sabtu. Ya..cuti tahunan aku selalunya susut kerana perkara ini. Kalau tidak mahu menggunakan cuti, aku kena savekan time off aku supaya tidak perlu menggunakan cuti tahunan.
Dan yang paling seronoknya bertukar tempat kerja daripada library UPSI ke sini adalah kerana aku tidak perlu OT lagi. ( petang atau malam). Memang seronok tak perlu kerja malam atau petang lagi. Masa bekerja aku sekarang mengikut waktu pejabat. Tidak perlu balik ke rumah dan datang semula bekerja. Aku tidak perlu meminta tolong kakak aku untuk menghantar dan mengambil aku ( aku tidak pandai membawa kereta masa ni, wpon ada lesen) selalu. Masa tidur kakak aku lebih kurang pukul 10 malam dan dulu bila aku bekerja malam...library akan ditutup pada 11 malam. so, bayangkan kesulitan yang terpaksa aku hadapi. ( Aku ada lesen tapi sejak aku ranapkan keta arwah ayah, semua tak percaya dengan kebolehan aku utk memandu), so sepanjang 3 tahun aku di sana...kakak aku terpaksa menjadi driver. Dia juga terpaksa masuk kerja pukul 8 pagi kerana aku, sedangkan sebagai lecturer, waktu kerja dia fleksible. pukul berapa pun boleh masuk asal genap 8 jam.
Dan mujurlah, dalam seminggu 2 kali sahaja bekerja malam atas sistem giliran. Kalau setiap malam..hahahah..tu dia baru..Tapi la ni kalau ada OT pun aku taklah serunsing dulu sebab aku dah boleh memandu dan ada kereta sendiri. Tapi mujurlah...selama tiga tahun di tempat baru aku hanya bekerja ikut waktu pejabat sahaja.LEGA...
No comments:
Post a Comment