Posts

Showing posts from March, 2007

tagged lagi

Salam semua...

Hmmm..entah mengapa malam ni rajin pula aku mencatat sesuatu dalam blog. mungkin sebab dah lama tinggal menyebabkan aku hendak melepaskan gian. hehehhe. Aku kena tagged lagi..hmmm..kali ni novelis Umi Azrini pula yang tagged.
hihihihi...ok 6 perkara pelik tentang aku ialah...

1. Sebelum keluar rumah aku mesti mandi dahulu walaupun aku baru lepas mandi. Aku tak suka bersiap dalam keadaan panas dan berpeluh2, sebab itu mandi adalah cara yang paling mujarab.
2. Aku tak berapa suka shopping melainkan buku, majalah atau cd termasuk dalam senarai destinasi. Kalau pasal benda bertiga ni, bila-bila masa saja aku on aja. 3. Sebelum aku buka laptop atau hendak mula menulis, aku mesti mandi dulu. 4. Aku suka minum nescafe susu tapi tidak boleh sentuh nescafe o. aku boleh sakit kepala satu hari. 5. Kalau naik bas atau ketapi aku suka lelapkan mata walaupun tak ngantuk. kdg2 perjalanan baru bermula, kdg2 tak sempat keluar dari stesen aku dah pejam.antara sebab, aku tak suka berbual langs…

Aku kembali...

Assalamualaikum, Agak lama aku menyepikan diri dari dunia blog. Bagi mereka yang tahu kenapa, mungkin tidak merasa hairan dan mungkin memahami apa yang telah berlaku dalam hidup aku dalam 3 minggu ini. Perkembangan aku sepanjang masa menyepikan diri? Ayah masuk hospital kembali, tetapi sudah dipindahkan kembali ke Hospital Taiping. Beberapa hari lepas, perut ayah membengkak, terutama di bahagian perut yang telah dibedah. Apa yang pasti, bekas jahitan itu semakin bengkak dan bernanah di dalam. Kami buat keputusan untuk menghantar ayah ke Hospital kembali. Malam itu ambulans datang membawa ayah. Aku ikut sama sementara emak mengekori dengan kereta. waktu itu jam menunjukkan pukul 10 malam. Setelah berada di wad kecemasan selama 1 jam setengah, ayah dipindahkan ke wad. Waktu ini, bengkak diperut ayah sudah pecah dan doktor terpaksa melakukan minor surgery malam itu juga. Aku merasa lega. sekurang-kurangnya mereka berbuat sesuatu. Tidak seperti sebelum ini, bila ayah dimasukkan ke wad, bal…

utk sapa yg suka lagu ni

Hero There's a hero If you look inside your heart You don't have to be afraid Of what you are There's an answer If you reach into your soul And the sorrow that you know Will melt away And then a hero comes along With the strength to carry on And you cast your fears aside And you know you can survive So when you feel like hope is gone Look inside you and be strong And you'll finally see the truth That a hero lies in you It's a long road When you face the world alone No one reaches out a hand For you to hold You can find love If you search within yourself And the emptiness you felt Will disappear And then a hero comes along With the strength to carry on And you cast your fears aside And you know you can survive So when you feel like hope is gone Look inside you and be strong And you'll finally see the truth That a hero lies in you Lord knows Dreams are hard to follow But don't let anyone Tear them away Hold on There will be tomorrow In time You'll find the way A…

tentang aku...

Image
Assalamulaikum,
Aku sudah kembali ke rumah. Ayah juga sudah kembali ke rumah. Malah seluruh adik beradik aku juga kembali berhimpun di rumah. Dalam beberapa hari ini, hidup aku umpama menaiki roller coaster. Cukup meresahkan. cukup menakutkan. jiwa aku jadi kacau. Hati aku terasa seperti dicarik dan dilapah-lapah.
Hari Rabu, ayah dipindahkan ke Hospital Lumut. Ini semua atas cadangan dari kawan2 ayah. sebenarnya semenjak ayah dimasukkan ke hospital, aku telah mendengar saranan ini berkali-kali. semua yang datang melawat menasihatkan kami adik beradik membawa ayah ke HL.
Semua memberikan jaminan bahawa HL adalah yang terbaik. dengan keadaan pesakit yang agak terhad, doktor mampu memberikan sepenuh tumpuan pada ayah. Seperti kata mereka juga, kalau boleh minta pendapat dari banyak pakar. kemungkinan ayah ada harapan untuk sembuh. tidak salah kita berusaha. dan atas dasar itu, kami sepakat membawa ayah ke sana.
ayah bekas pesara tentera. jadi tiada masalah pihak di sana menerima kedatanga…