Wednesday, March 14, 2007

Aku kembali...

Assalamualaikum,
Agak lama aku menyepikan diri dari dunia blog. Bagi mereka yang tahu kenapa, mungkin tidak merasa hairan dan mungkin memahami apa yang telah berlaku dalam hidup aku dalam 3 minggu ini. Perkembangan aku sepanjang masa menyepikan diri? Ayah masuk hospital kembali, tetapi sudah dipindahkan kembali ke Hospital Taiping. Beberapa hari lepas, perut ayah membengkak, terutama di bahagian perut yang telah dibedah. Apa yang pasti, bekas jahitan itu semakin bengkak dan bernanah di dalam. Kami buat keputusan untuk menghantar ayah ke Hospital kembali. Malam itu ambulans datang membawa ayah. Aku ikut sama sementara emak mengekori dengan kereta. waktu itu jam menunjukkan pukul 10 malam. Setelah berada di wad kecemasan selama 1 jam setengah, ayah dipindahkan ke wad. Waktu ini, bengkak diperut ayah sudah pecah dan doktor terpaksa melakukan minor surgery malam itu juga. Aku merasa lega. sekurang-kurangnya mereka berbuat sesuatu. Tidak seperti sebelum ini, bila ayah dimasukkan ke wad, balik-balik mereka berkata " Kami tak boleh buat apa-apa. Ayah awak dah tenat. boleh bagi ubat sahajalah." Dan itu yang mereka lakukan. Balik-balik mereka akan menyuruh ayah mengambil syrup morfin untuk menahan sakit.
Malam itu aku jaga ayah. pukul 2 pagi, Kakitangan datang buat x-ray. keesokkan harinya ayah menjalani ultra sound. sekarang ini, semenjak bengkak perut ayah nak pecah, ayah tidak lagi mengadu sakit perut. Ayah sudah boleh tidur lena walaupun ada ketikanya ayah mengaduh lemah-lemah dan lenguh badan. Iyalah, semenjak 2 minggu lepas, ayah hanya berbaring, dan hanya bangun untuk mandi sahaja.
Aku lega, sekurang-kurangnya, doktor mengambil tindakan dalam kes ayah aku ini. sekurang-kurangnya mereka menunjukkan usaha mahu menolong ayah melawan sakitnya. sekurang-kurangnya kami tidak lagi mendengar kata-kata yang mendukacitakan.
Benar kata kawan-kawan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah beri ujian untuk kami sekeluarga, namun pada masa yang sama Allah berikan rahmatNYA. Masih ingat dengan Interview aku tempoh hari? Belum ada, keputusan muktamad tetapi Insyaallah aku berjaya. Tidak sangka bukan. Mungkin tangisan aku yang melembutkan hati panel2 semua.

1 comment:

~inilah saya~ said...

Semoga Awak terus kuat dan tabah.

Saya sentiasa mendoakan.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...