Posts

Showing posts from 2013

~ HIATUS~

Salam...


Lamanya saya meninggalkan blog ini..Tahun ini saya sungguh tidak produktif langsung menulis di dalam blog. Mojo dah hilang agaknya...InsyaALLAH akan cuba membuang sawang yang semakin liat dan ketat untuk dibuang...Kepada anda yang masih sudi berkunjung di blog yang tak seberapa ini...terima kasih saya ucapkan....

ULASAN TBK n JKP

Image
Kedua-dua ulasan ini dibuat di dalam grup FB BUKU LIMA oleh Shahrul Nizam Zulkifli. Terima kasih banyak-banyak atas ulasan ini dan senyum saya bertambah mekar apabila pembaca lelaki boleh menerima karya2 saya. 

Tajuk : Tertulis Buat Kita Penulis :Dhiya Zafira Muka surat :566 Terbitan : karangkraf

Tertukis buat kita adalah sambungan daripada novel Jauh Kau Pergi..mengisahkan Mejar Najmi Hariri yang berkahwin dengan Auni..cinta yang dipupuk membawa mereka ke jinjang pelamin..namun kebahagiaan x lama..rupa-rupanya Auni yang dikahwini Mejar Najmi bersangkut paut dengan sejarah silamnya..dan sejarah inilah yang membawa bah dalam rumah tangga pasangan ini..
Dalam novel ni x banyak sangat aksi tempur..tapi disulam dengan cinta..one thing yang saya belajar dr novel ini ialah..kemaafan mampu menghapus luka..nak puji sikit novel ni sebab berjaya dihabiskan dalam masa sehari sahaja..ada banyak mid point untuk kita berhenti membaca..x seperti novel yg awal..satu bab terlalu panjang..yang ni mudah dan m…

Ramadan Mubarak

Image
Salam...
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Mulia kepada seluruh umat Islam...Semoga amal ibadat kita semakin bertambah dan kekal bertambah di bulan mulia ini..Aaminn...

Kita terbang lagi...

Image
InsyaALLAH...esok pagi. Ya ALLAH...kau permudahkanlah perjalanan kami pergi dan balik.

KOREA ~ FINALE

Image
Salam...

Alhamdulillah...setiap yang bermula pasti berakhir kan. Leganya saya catatan ini juga bakal dinoktahkan...kalau nak ikut rasa malas ni memang tak tertulis..tapi saya nak buat closure untuk perjalanan kali ini sebelum menulis catatan perjalanan yang seterusnya. 
Pagi-pagi pukul 8, kami dah turun ke bawah untuk check out. Kali ini semuanya turun dengan bagasi masing2 yang nampaknya bertambah dua kali ganda dari masa datang dulu. Saya juga bimbang sebab beg kami juga bertambah tiga. Saya adukan masalah ini kepada Jamilah memandangkan peraturan Korean Air yang agak strict. Namun Jamilah memenangkan saya bahawa tak ada masalah...jadi buat seketika saya legalah jugak...


destinasi selepas breakfast pergi tengok Batu Amethys. Cantiknya Ya ALLAH...warna purple kan..infact purple adalah warna diraja Korea. Saya dan sarah hanya melihat sahaja tanpa membeli apa-apa. Syukurnya saya apabila dilahirkan tidak meminati barangan kemas. Jadi selamatlah poket sendiri dan enche suami. tapi berada di…

TERTULIS BUAT KITA ~ ULANG CETAK

Image
ALHAMDULILLAH...syukur saya ke hadrat ALLAH SWT apabila mendapat khabar dari ketua editor bahawa buku saya tertulis buat kita ini diulang cetak kali ke 3. Dalam masa 8 bulan semenjak TBK ini berada di pasaran, ia sudah diulang cetak sebanyak 3 kali. rekod peribadi terbaik untuk saya. Masakan tidak TBK ini juga sudah cetakan ke 2 apabila baru hanya tidak sampai sebulan di pasaran. Alhamdulillah..satu berita yang cukup mengembirakan dan menaikkan semangat saya. Terima kasih kepada semua pembaca yang membeli, dan membaca TBK ini. Tanpa anda semua TBK ini tidak akan sebaik ini...

Korea Day 7

Image
Salam...

Menuju hari-hari terakhir saya di bumi korea. Hari-hari terakhir ini banyak dihabiskan dengan program membeli belah menghabiskan won yang ada. Antara tempat yang dibawa ialah ke Ginseng outlet. Seronok mendengar penerangan mengenai ginseng ini daripada staf yang merupakan rakyat malaysia tetapi sudah 8 tahun menetap di Korea. Aigoo oppa ni memang hensem tau...heheheh...yang bagusnya mengenai ginseng ini ia memerlukan memerlukan masa selama 6 tahun untuk menjadi ginseng yang tebaik dan matang. dan ginseng terbaik ini tidak akan dieksport ke negara luar. Ginseng ini hanya boleh dibeli di oulet ini sahaja dan seorang pemegang passport hanya boleh membeli sebanyak 7 kotak sahaja tak kiralah korang kaya tahap mana pun.  Trust me, ginseng ni bukan murah ya...proses menamnya pun memang dilakukan dengan sebaik2 penjagaan. Selepas ginseng ini berusia 2 atau 3 tahun, dia akan dikorek dan ditanam semula di tempat lebih baik dan tinggi sehingga berusia 6 tahun. ( hanya ginseng yang terbaik…

Korea Day 6

Image
Salam...

Pagi yang cerah dan tidak hujan sebelum semalam. Jadi pagi-pagi kami menuju ke Everland, yang ala2 genting higland tapi jauh lebih luas, besar dan menyeronokkan. Kami diberi masa selama lebih kurang 5 jam di sana. Dan percayalah masa itu tidak cukup sebenarnya kerana struktur muka bumi yang berbukit dan jarak antara satu-satu permainan amatlah jauh ( kan dah cakap tempat ni mmg sangat luas).  untuk turun ke bawah, ada dua cara. satu dengan berjalan kaki dan naik sktway. naik skyway ni kena beratur panjang..lebih2 lagi kalau tengah ramai orang. Jamilah siap pesan..kalau nak naik sktway ni kena simpan sejam sahaja untuk q sebab takut akan makan banyak masa kalau kita ralit kan...



So...untuk pagi ni hanya kanak2 dan siapa yg tak larat jalan je naik skyway..yg lain jalan kaki aje..taklah jauh dan nasib baik menurun. kalau nak balik barulah nak skyway ya..tak kuasa nak mendaki..hehehehe... Di sini kami semua di beri coupun untuk lunch...hanya dua tempat sahaja yg boleh makan. dan dit…

Korea Day 3 n 4

Image
Salam...

Bersambung dari sini...

Selepas makan, kami balik ke HOTEL yang terletak di Alpensia Ski Resort. Tempat ini akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan Olimpik musim sejuk tahun 2018 nanti.  Kami stay di holiday Inn hotel. So...berbangga jugaklah dapat stay kat sini walaupun satu malam. Liza tour leader kami siap cakap harga bilik kami over rm1k per night tau..Hotel ni mmg nampak sunyi sebab dia hanya akan penuh masa musim sejuk sahaja. Sampai di sini, kami dah excited sebab nampak 6 lanes ski slopes kan...dan di jalan2 pun sudah ada yang dilitupi salji. Our 1st experience dengan salji.  Malam itu cuaca mmg sejuk. Dalam bas pun walaupun dipasang heater tahap max pon kami terpaksa berbungkus. kaki tangan mmg rasa sejuk beku punya.  Masuk bilik...watchaa.................... bestnya. walaupun simple tapi cantik dan yang penting saya suka tilam dan bantalnya yang sangat selesa dan empukkkkkkkkkk...tido rasa tak mau bangun dah...kuikuikui. Even sembang2 antara kami semua, siap ada yang me…

DZAR'S STORY ~ SETIAP DETIK NAFASKU