Tuesday, April 16, 2013

Korea Day 6

Salam...


Pagi yang cerah dan tidak hujan sebelum semalam. Jadi pagi-pagi kami menuju ke Everland, yang ala2 genting higland tapi jauh lebih luas, besar dan menyeronokkan. Kami diberi masa selama lebih kurang 5 jam di sana. Dan percayalah masa itu tidak cukup sebenarnya kerana struktur muka bumi yang berbukit dan jarak antara satu-satu permainan amatlah jauh ( kan dah cakap tempat ni mmg sangat luas). 
untuk turun ke bawah, ada dua cara. satu dengan berjalan kaki dan naik sktway. naik skyway ni kena beratur panjang..lebih2 lagi kalau tengah ramai orang. Jamilah siap pesan..kalau nak naik sktway ni kena simpan sejam sahaja untuk q sebab takut akan makan banyak masa kalau kita ralit kan...
Di pintu masuk sempat berdiri bawah lampu untuk panaskan badan

macam binaan masjid je kedai ni...

aktiviti yang boleh dilakukan bersama2.. baca..aktiviti kanak2 ( sigh)

rasa macam berada di alam fairytales je kat sini...

So...untuk pagi ni hanya kanak2 dan siapa yg tak larat jalan je naik skyway..yg lain jalan kaki aje..taklah jauh dan nasib baik menurun. kalau nak balik barulah nak skyway ya..tak kuasa nak mendaki..hehehehe...
Di sini kami semua di beri coupun untuk lunch...hanya dua tempat sahaja yg boleh makan. dan ditunjukkan bilik solat. kecil amats bilik solat ni dan bercampur lelaki pompuan ya. boleh dalam 3 4 orang sahaja yang boleh solat. Tapi mujurlah ada dari tak ada kan. Bilik ini pun disediakan sebab menerima komplain dari pengunjung. semenjak beberapa tahun ini pengunjung islam memang ramai ke sini jadi tidak patutlah jika kemudahan ini tidak disediakan. fyi bilik solat ini bersebelah rumah hantu ( tak silap kot) nanti kena rujuk peta tu balik. 
Kat sini ada safari. Kita naik sebuah coaster  / mini bus dan melalui kawasan safari yang menempatkan singa, beruang dan harimau dalam keadaan lepas bebas. hahaha..cuak juga bila lalu sebelah singa yang hanya ada cermin tingkap bas sahaja yang menjadi jarak. Nak lalu kawasan ni ala2 strict juga  sebab safety reason kan...sampai kat area beruang ni kelakar sebab beruang ni pandai buat tarian gangnam style...hahahaha..siapalah trainer dia ek sampai dia pandai menari? 
dekat kan jarak dengan kami..heheheh

lepas keluar safari jalan2 cari permainan yang menarik. nak naik roller coaster yang diperbuat dari kayu kayan tu terlalu ramai..malas nak beratur..lagi satu pulak sarah dan enche suami yang ala gayat kan so..terpaksa memendam perasaan ajelah..huwawaaaa....kami pergi awal sangat jadi mainan yang best2 semuanya bukak lewat sikitkan so jenuh menunggu. just jalan2 tengok bangunan dan hiasan yang menarik hati ajelah...
lepas solat terus makan nak naik atas...jalan2 kat bahagian atas pula..dan tunggu semua kawan2...ada persembahan peguin pakai baju santa.. kelakar je terkedek2...
lepas tu kami bergerak ke Myeogdong untuk shopping time.myeondong ni ala2 petaling street tapi ada class sikit le..kuikuikui...kat korea ni yang bestnya masuk ke kedai kosmetik mesti dapat free gift. tak beli pon tak apa..mmg memanjang dapat free gift..hmmmm...kenapa kalau kat watson dan gurdian kena tanya kadang2 bru dapat? hmmmmm....heheheheh..tgk gambar ajelah ek...rasa malas lak nak citer..hahahah




No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...