Posts

Showing posts from November, 2006

Tahniah utk has

Sebelum ini aku ada mengucapkan tahniah kepada salah seorang teman rapatku mengenai novelnya yang bakal diterbitkan. beberapa hari lepas aku mendapat berita lagi yang seorang teman rapatku yang lain juga akan terbit novelnya bulan depan. perasaan aku...? Tentu sahaja aku gembira kerana impian mereka bakal menjadi kenyataan. selama ini kami begitu mengharap, menanti dan berdoa tak putus-putus agar impian yang satu ini dimakbulkan. dan mereka ini, sudah boleh menarik nafas lega. sudah boleh bertenang. sudah boleh tersenyum gembira. namun debaran tetap ada. rasa gelisah tetap hadir dalam jiwa. dahulu penantian dan rasa cemas mereka lain dan kini bakal berbeza. tentu sahaja risau dan tidak tidur lena dengan sambutan novel mereka nanti...aha...satu lumrah yang akan kita hadapi di saat kita bergelar novelis... Dalam gembira, kadang kala aku hiba mengenang nasib diri. temanku ini sudah mendaki satu anak tangga, sedangkan aku masih lagi terkial-kial menentukan arah hidup. aku masih belum boleh …

Ayah dah balik

Alhamdulillah, Ayah dah keluar hospital hari ini. Mujur juga tiada penyakit yang serius. ayah hanya mengidap gastrik. memang mudah ayah diserang penyakit ini kerana hampir separuh perut ayah terpaksa dibuang kerana kanser pankreas 4 tahun dulu. Apa pun kehadiran ayah dirumah kembali umpama bulan menyinari malam yang gelap gelita. semoga ayah terus sembuh....Amin..

setulus doa...

Assalamualaikum, Sesuatu telah berlaku semalam. ayah aku ditahan di wad kembali. setelah mengadu demam dan sakit perut, sekali lagi ayah pergi ke hospital. pemeriksaan awal membayangkan yang kemungkinan darah putih ayah berkurangan. dan kemungkinan ayah mengidap gastrik. aku tak tahu nak kata apa. ayah ada history dengan kanser. setelah 4 tahun berlalu, aku takut kejadian itu berulang lagi. aku takut ayah akan berperang dengan penyakitnya semula. dengan chemo dan radiotherapynya. argh...aku tidak dapat membayangkan jika itu yang terpaksa ayah alami. hari ini ayah akan diperiksa oleh doktor. Ya ALLAH, biarlah tiada apa-apa yang berlaku kepada ayah. jangan Kau duga ayah dengan begini hebat. Tabahkanlah hati ayah menghadapi semua ini. biarlah ayah hanya demam biasa sahaja. ayah juga berhak sihat seperti orang lain. buat teman-teman, kalau sudi tolong doakan ayah....

Jamuan Raya Alaf 21 - Best GILER

Assalamualaikum,
Mungkin ada yang tahu, dan ada juga yang tidak iaitu pada 21hb lepas aku bersama geng alaf 21fc menyerbu premis alaf 21 kerana menerima jemputan ‘Rumah Terbuka’ Alaf 21. Bersempena syawal yang bakal menutup tirainya, memang tepat pada masanya Alaf 21 mengadakan Majlis sambutan Hari Rayanya. Aku sedang berkursus di Ipoh apabila abang long sms aku mengenai jemputan itu.
Masa dapat saja mesej tu aku mengeleding sekejap. Fasilitator kat depan aku tak nampak dah. Rasa teruja semacam dengan khabar yang dibawa abang long. Setelah berbincang dengan officemate aku, akhirnya aku confirmkan dengan abang long yang aku akan hadir. Balik dari kursus, aku bukak email. Mak aii...inbox aku penuh dengan email dari alaf21fc saja...hahaha,,,jenuh jugak aku membaca.
Aku memang excited hendak ke sana kali ini, sebab aku dah lama tak beli buku baru. Lagi satu dengar khabarnya hampir semua novelis akan turun padang. Hihhi selain dari tu aku rindu nak jumpa abang long, kak rosha, pokcik mersik, …

sukarnya berkata ya.....

Kakak? Jawab : Haa.. Kakcik? Jawab : haa Abang? Jawab : haa Adik, Deq ah? Jawab : haa... Ijat, mardhiyah? Jawab : haa.. begitulah seterusnya. haa...ha..sahutan yang kami berikan setiap kali ayah atau emak memanggil. bila mendengar ayah akan menegur " tak boleh ke hangpa jawab ya atau saya? dok haa..ha..tak elok anak oi..." dan kami, akan menjawab ya atau saya untuk seketika. selepas itu kembali kepada haa balik. mak n ayah tak terkata apa. hehehe..memang kedengaran kurang sopan menyahut panggilan nak n ayah begitu tetapi kami adik beradik dah jadi terbiasa dengan sahutan tu. nak tak nak mak n ayah terpaksa terima... dan baru-baru ni bila kakak sulung aku memanggil anak dia. tahu apa jawapannya? "....Haaa...?"

tentang cinta

"Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat didadamu?Itu bukan Cinta, itu SUKA. Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU. Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN. Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN. Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA. Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN. Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA. Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI. Tetapi Adakah kamu tetap ber…

kenapa wanita menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa engkau menangis?"
"Karena aku seorang wanita.” kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti,” kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan.”
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh
menjadi seorang laki- laki dewasa,
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia
Namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak
dan menerima penolakan yang seringkali

datang…

Tahniah

Rasanya tidak terlewat untuk aku mengucapkan tahniah kepada kawan baik aku Linda kerana manuskripnya sudah mula memasuki peringkat kedua sebelum diterbitkan... Linda juga akan menyambutkan hari lahirnya 21hb Nov ini. memang benar kata Linda " aku mengharapkan sesuatu yang mengembirakan untuk aku sebelum menyambut hari jadi..." Nah...ternyata impian dan doanya dimakbulkan Allah. dan moga Allah juga mengabulkan impian dan doa kita semua....Amin

boleh saja baca kalau mau....

Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu



Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu



Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru

Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu



Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Atau baca majalah URTV, Mastika, Metro pasal cerita hantu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru



Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai, itu yang nak tahu



Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu

Rambut warna perang perasan bukan Melayu

Asal bergaya jenama mesti ada, sanggup makan nasi dan toyu



Boleh tak jumpa merek…

Kiamat Sudah Dekat

Anda minat dengan cerita ini? aku dan family sekarang memang tengah gila. tepat jer pukul 6 kami akan melepak depan tv. cerita bersiri ini adalah sambungan kisah daripada filem yang pernah ditayangkan di tv dahulu. kalau siapa belum melihatnya, anda rugi...jadi anda boleh terus mengikuti cerita ini di tv 9 jam 6. hahah..aku bukan dibayar upah oleh channel 9 untuk promote rancangan dia. tetapi bagi aku cerita ini cukup menarik sekali. padat dengan nilai2 kemanusian serta bisa membasahi jiwa yang seringkali kehausan ini. melihat ceritanya umpama menyiram air di tanah yang gersang..cukup menyegarkan. sekurang-kurangnya hati aku tidaklah terlalu sakit melihat produk dari indon ini. yerlah....salah satu ceritanya yang aku tak berkenan langsung ialah Bawang Putih Bawang Merah. bagi aku cerita ni tak masuk dek akal langsung. buat sakit jiwa saja. (maaf ya kepada sesiapa yang suka menonton cerita BPBM ini....kita bebas menyatakan pendapat masing2 ok...hihihih) Kenapa aku suka KSH. kerana cerita…

Kenangan Terindah

Semasa aku menulis n3 ini aku sedang diselubungi kegelapan. tup...tiba2 saja black out d kawasan rumah aku. cis...nasib baik laptop aku penuh baterinya...kalu tak ada yang kes meraung ni nak taip semula. kali ni dah kali ke 2 rumah aku asyik blackout jer..nak kata tak bayar bil...ayah aku slalu ontime jer bab bayar menbayar nih...ntahlah power tak cukup nak supply agaknya utk kawasan sekitar rumah.... semalam aku menerima besday wish dari kawan2 sekolah aku. terharu gak beb sebab depa masih ingar walaupun sudah 13 tahun aku meninggalkan kelas 3 Marikh tu...hahaha...yang aku hot tu member baik aku sendiri lupa nak wish....nak moloptop rasanya tapi mengenangkan dia dok dalam pantang dan berperang dengan babynya, aku maafkan dia kali nih....noly...skali ni aje tau.... kawan yang wish ni panggil aku Tok Batin....hahaha...kawan2ku...itulah gelaran untuk aku semasa dalam tingkatan 3 di sekolah SMKA SHAMS SEREMBAN. bila dia guna gelaran tu secara berdesup..memori lama kembali menjengah...macam …

THIS IS IT

Image
HAPPY BIRTHDAY VIOLET!!! hepi besday to me.... happy besday to me... hepi besday to mardhiyah... happy besday to me... Allah selamatkan aku... Allah selamatkan aku... Allah selamatkan mardhiyah @ violet Allah selamatkan aku.....

Countdown

tinggal sehari lagi......esok aku akan menyambut hari lahir aku. hihihi...macam kecoh jer aku ni kan. semua orang pun sambut besday masing2. macam lah aku sorang ada besday. semalam aku berniat mahu belanja family aku makan pizza. maklumlah gaji dah masuk. so, aku , parent, adik n nephews pun keluar rumah. sebelum tu aku suh ayah berenti kat maybank nak kuar duit. cewah aku mmag excited. ini gaji pertama aku kat tpt kerja baru.

orang tak ramai...cwh..aku dengan kembang hidung pasal terbau2 aroma pizza hut terus saja masukkan kad. elok jer aku nak check kuar notis kata kad aku tak boleh digunakan. dahlah masa tu pukul 6 lebih. sah sah bank dah tutup. dengan muka layu bak cipan kelaparan aku pun menonong ke kereta.

Frust tak boleh cakaplah. tak dapatlah aku sedekah duit kat kedai pizza tuh.....hahah...malam tu aku beli burger jer...hhahah...burger special..tu jerla yg mampu time tengah kering ni...ahaks....

takpe...esok aku akan ke bank semula. aku akan teruskan niat utk belanja family a…
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ya Allah ..Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkan kami...

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku sentiasa tenang....
Walaupun tanpa bersama dengannya...


Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku....
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah ...
Cukuplah Engkau sahaja yang…

besday bakal mejelma....

Assalamulaikum Hmmm...lamanya aku beraya. walaupun minggu lepas sudah kembali bekerja namun untuk menjengah blog sendiri terasa begitu malas. haha..tak sangka ada jugak orang mencari aku. aRI ni 2 November bermakna tinggal 4 hari lagi untuk aku menyambut Birthday aku yang ke 2..? hihihhii.... wahai rakan ku sekalian...sila catat tarikh penting ini dalan ingatan masing2. 6NOVEMBER.... HAPPY BIRTHDAY VIOLET!!! haha...begitu cepat masa berlalu. tahun baru bakal menjengah. bermakna usia aku meningkat lagi...alahai...bila usia dah melebih 25 tahun ni aku rasakan semakin laju masa berputar. tup2 dah tahun baru. tup tup aku semakin senja. Kadang2 aku malas nak kira umur sendiri. rasa sakit hati pun ada...kecewa pun ada. gabra@ gubra pun ada. yerla...masih banyak lagi benda yang aku idam-idamkan. masih banyak lagi perkara yang ingin aku lakukan. aku sendiri tak tahu bila aku akan dipanggil pulang. tetapi sebelum itu, aku naklah merasa seronok dan bangga apabila impian yang aku ingini tercapai. n…