sukarnya berkata ya.....

Kakak?
Jawab : Haa..
Kakcik?
Jawab : haa
Abang?
Jawab : haa
Adik, Deq ah?
Jawab : haa...
Ijat, mardhiyah?
Jawab : haa..
begitulah seterusnya. haa...ha..sahutan yang kami berikan setiap kali ayah atau emak memanggil. bila mendengar ayah akan menegur " tak boleh ke hangpa jawab ya atau saya? dok haa..ha..tak elok anak oi..."
dan kami, akan menjawab ya atau saya untuk seketika. selepas itu kembali kepada haa balik. mak n ayah tak terkata apa. hehehe..memang kedengaran kurang sopan menyahut panggilan nak n ayah begitu tetapi kami adik beradik dah jadi terbiasa dengan sahutan tu. nak tak nak mak n ayah terpaksa terima...
dan baru-baru ni bila kakak sulung aku memanggil anak dia. tahu apa jawapannya? "....Haaa...?"

Comments

Abang Long said…
haaaa ? cerita sama ?
Anonymous said…
hihihi...ini kes turun temurun ni. dah jadi harta pusaka.tunggu bila ko ada anak esok dan anak ko jawab...saya... ko akan rasa sejuknya perut kerana mengandungkan dia.-mawar biru

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

Pre Order DIBUKA SEKARANG - HAQ II

mutiara kata sasterawan negara