Sebelum ini aku ada mengucapkan tahniah kepada salah seorang teman rapatku mengenai novelnya yang bakal diterbitkan. beberapa hari lepas aku mendapat berita lagi yang seorang teman rapatku yang lain juga akan terbit novelnya bulan depan.
perasaan aku...?
Tentu sahaja aku gembira kerana impian mereka bakal menjadi kenyataan. selama ini kami begitu mengharap, menanti dan berdoa tak putus-putus agar impian yang satu ini dimakbulkan. dan mereka ini, sudah boleh menarik nafas lega. sudah boleh bertenang. sudah boleh tersenyum gembira. namun debaran tetap ada. rasa gelisah tetap hadir dalam jiwa. dahulu penantian dan rasa cemas mereka lain dan kini bakal berbeza. tentu sahaja risau dan tidak tidur lena dengan sambutan novel mereka nanti...aha...satu lumrah yang akan kita hadapi di saat kita bergelar novelis...
Dalam gembira, kadang kala aku hiba mengenang nasib diri. temanku ini sudah mendaki satu anak tangga, sedangkan aku masih lagi terkial-kial menentukan arah hidup. aku masih belum boleh menarik nafas lega. aku masih belum boleh bertenang. dan senyuman yang menghiasi bibirku ini lebih pahit rasanya. susah...kadang kala aku diduga dengan kesusahan yang parah...salahkah kiranya aku mahu menganyam impian bersama teman-teman ini? di manakah silapku sehingga begitu beratnya rezekiku....?
Astagfirullah al azim,
Ya ALLAH, maafkan aku....
7 comments:
Mar,
Aku waktu bersms dgn Has, sempat berdoa agar kau juga akan success. Insya-Allah!
Adinda Mar, Abang Long sentiasa memanjatkan do'a kehadrat Illahi supaya Mar juga mendapat kejayaan, abang long yakin, Mar juga akan berjaya, malah abang long mohon supaya, abang long adalah insan pertama yang akan mendapat tandatangan pada novel Mar, dan InsyaAllah abang long akan mempromosikan novel Mar dalam Blog abang long, jangan cepat putus asa, seperti pesan abang long tempohari, jangan tunggu novel pertama terbit, teruskan menulis, kerana usaha yang baik dan niat kerana Allah, maka PAHALA akan terlebih dahulu akan tiba. DON'T EVER GIVE UP !!!
Linda,
alangkah beruntung aku mempunyai sahabat seperti kau dan has....
abang long,
alangkah manis sekali kalau doa abang long menjadi kenyataan dan saya juga tak akan berputus asa...terima kasih atas dorongan
akak juga doakan agar Mar cepat2 dapat mencapai impian.. jgn sedey yer dik.. mungkin ade hikmah tersembunyi yg Mar tak nampak... semoga Allah permudahkan segalanya.. aminnnn........
Aku juga bangga punya sahabat seperti kamu dan Linda!
kak ayu,
amin....
saya amat menghargainya....
Post a Comment