Tuesday, November 07, 2006

Kenangan Terindah

Semasa aku menulis n3 ini aku sedang diselubungi kegelapan. tup...tiba2 saja black out d kawasan rumah aku. cis...nasib baik laptop aku penuh baterinya...kalu tak ada yang kes meraung ni nak taip semula.
kali ni dah kali ke 2 rumah aku asyik blackout jer..nak kata tak bayar bil...ayah aku slalu ontime jer bab bayar menbayar nih...ntahlah power tak cukup nak supply agaknya utk kawasan sekitar rumah....
semalam aku menerima besday wish dari kawan2 sekolah aku. terharu gak beb sebab depa masih ingar walaupun sudah 13 tahun aku meninggalkan kelas 3 Marikh tu...hahaha...yang aku hot tu member baik aku sendiri lupa nak wish....nak moloptop rasanya tapi mengenangkan dia dok dalam pantang dan berperang dengan babynya, aku maafkan dia kali nih....noly...skali ni aje tau....
kawan yang wish ni panggil aku Tok Batin....hahaha...kawan2ku...itulah gelaran untuk aku semasa dalam tingkatan 3 di sekolah SMKA SHAMS SEREMBAN. bila dia guna gelaran tu secara berdesup..memori lama kembali menjengah...macam manalah depa boleh panggil aku dengan gelaran ketua puak orang asli tu....hmmm..tak patut sungguh.....
yerla...aku ni dulu agak garang orangnya...tapi aku pendiam di kalangan member2 lelaki. al maklumlah...sekolah agama...kalau aku tunjuk aksi sebenar aku sure terkejut cipan deme.agaknya sebab terkejut aku mengamuk satu hari tulah yang menyebabkan budak laki sorang ni memulakan gelaran ini terhadap aku...
kisahnya...sudah jadi peraturan kalau sesiapa nak ke tandas kena memakai pas yang disediakan. aku masa tu nak melepaskan hajat...bila aku tanya dkt class rep siapa pegang pas dia jawablah sorang umat ni. aku pun panggil nama dia...
semua terkejut kerana aku memanggil agak kuat namanya. dahla masing2 tgh khusyuk jawab soalan matematik...tiba2 suara aku memecah keheningan pagi tu.. apatah lagi..terus bebudak lelaki bersorak.....aku kejap2 jadi merah...kejap2 jadi hijau...malu beb. tapi aku kena control cun...terus dengan selamba aku mintak pas tu kat dia....
cis...masa tulah dia buat perangai nak kenakan aku...dia kata " kalau berani datanglah amik kat dia." kedudukan kelas masa tu memang berbeza. lelaki disebelah kiri...perempuan belah kanan.
bila dengar dia cakap macam tu...aku pun rasa tercabar...terus dengan langkah seperti the rock aku pun menuju ke arah dia dan merampas kad itu. sekali lagi budak lelaki bersorak. mungkin mereka pun terkejut melihat aku yang jarang bercakap ni terus bertindak ganas begitu...
sejak tu...bermulah episod aku dikenali sebagai nama Tok Batin. semua budak lelaki panggil aku macam tu. bila aku berjalan semua lelaki ke tepi dan depa kata..." woi tepi2...tok batin lalu...baik2 nanti kena sumpit" itulah berterusan selama setahun...
reaksi aku...? tak rasa apa2 pun. aku tak adalah semakin rendah diri ataupun terasa nak bunuh diri. lagipun ini salah satu promosi utk diri aku sebagai budak baru kat sekolah tu...ahaks.....ntahlah bila mengenangkan semua tu rasa rindu balik nak kembali ke sekolah. kelas 3 Marikh merupakan kenangan indah aku di sekolah.

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...