Assalamulaikum
Hmmm...lamanya aku beraya. walaupun minggu lepas sudah kembali bekerja namun untuk menjengah blog sendiri terasa begitu malas. haha..tak sangka ada jugak orang mencari aku. aRI ni 2 November bermakna tinggal 4 hari lagi untuk aku menyambut Birthday aku yang ke 2..? hihihhii....
wahai rakan ku sekalian...sila catat tarikh penting ini dalan ingatan masing2.
6 NOVEMBER.... HAPPY BIRTHDAY VIOLET!!!
haha...begitu cepat masa berlalu. tahun baru bakal menjengah. bermakna usia aku meningkat lagi...alahai...bila usia dah melebih 25 tahun ni aku rasakan semakin laju masa berputar. tup2 dah tahun baru. tup tup aku semakin senja.
Kadang2 aku malas nak kira umur sendiri. rasa sakit hati pun ada...kecewa pun ada. gabra@ gubra pun ada. yerla...masih banyak lagi benda yang aku idam-idamkan. masih banyak lagi perkara yang ingin aku lakukan. aku sendiri tak tahu bila aku akan dipanggil pulang. tetapi sebelum itu, aku naklah merasa seronok dan bangga apabila impian yang aku ingini tercapai. ntahlah...sekejap aku merasakan harapan tinggi menggunung. sekejap aku jatuh tersembam ke bumi. sakitnya tak terperi...apa pun aku tak akan putus asa. seperti kata teman aku..biar seribu kali kecewa asalkan ko tak putus asa...itulah yang akan aku pegang. aku tak akan putus asa.
buat teman2 doakan agar ulangtahun aku kali ini bakal membawa berita gembira....
1 comment:
Uii tak lama lagi dah tuh..tak nak wat celebration ke? makan2 ke..hik hik..alahaii
Post a Comment