Thursday, November 23, 2006

Jamuan Raya Alaf 21 - Best GILER

Assalamualaikum,
Mungkin ada yang tahu, dan ada juga yang tidak iaitu pada 21hb lepas aku bersama geng alaf 21fc menyerbu premis alaf 21 kerana menerima jemputan ‘Rumah Terbuka’ Alaf 21. Bersempena syawal yang bakal menutup tirainya, memang tepat pada masanya Alaf 21 mengadakan Majlis sambutan Hari Rayanya. Aku sedang berkursus di Ipoh apabila abang long sms aku mengenai jemputan itu.
Masa dapat saja mesej tu aku mengeleding sekejap. Fasilitator kat depan aku tak nampak dah. Rasa teruja semacam dengan khabar yang dibawa abang long. Setelah berbincang dengan officemate aku, akhirnya aku confirmkan dengan abang long yang aku akan hadir. Balik dari kursus, aku bukak email. Mak aii...inbox aku penuh dengan email dari alaf21fc saja...hahaha,,,jenuh jugak aku membaca.
Aku memang excited hendak ke sana kali ini, sebab aku dah lama tak beli buku baru. Lagi satu dengar khabarnya hampir semua novelis akan turun padang. Hihhi selain dari tu aku rindu nak jumpa abang long, kak rosha, pokcik mersik, budi, ija, lee hoon dan member2 alaf 21fc yang lain. Maklumlah bukan senang kami nak berkumpul ramai2 macam ni selalu. Peluang yang ada tak akan aku lepaskan.
Hari majlis tu rupa2nya aku antara orang ke3 terakhir sampai. Bila aku call abang long tanya di mana semua berkumpul senang saja abang long cakap, “ Nampak tak orang ramai2 macam nak pergi reformasi tu? Kami kat situ la...” hihihih...ada antara kami yang sesat. Sampai pokcik mersik kena pergi jemput. Alahaii....
Majlis sepatutnya bermula pukul 12 tengah hari, tapi kami sampai terawal sedikit di mana persiapan masih sedang berjalan. Kak Wan menyambut ketibaan rombongan kami. Dah sampai awal tu apalagi, kami memborong buku dahulu. Diskaun beb. Itu yang tak boleh tahan tu. Dalam pada tu. Hidung ni dok terbau2 sate yang tengah dibakar. Mata kak rosha lak asyik menjeling bahulu atas meja jer...hahaha....masing2 tak berani memulakan selagi tuan rumah tidak menjemput makan. Kiranya semasa menunggu tu kami sempat kenyang dengan menghidu makananlah...hahaha.
Ahli yang datang kali ni ada muka lama dan ada yang muka baru. Seperti biasa abang long mesti raging bebudak baru dengan perkenalkan diri. Yang dah biasa jumpa, sembang bagai nak rak. Yang baru, masih malu-malu mahu mengikut rentak. Tapi sekejap je tu....Pu3 salju yang malu2 kucing pada awalnya pun tak tahan nak maintain ayu...(jangan mare ye..pu3...)
Tepat pukul 12, tetamu mula datang. Novelis pula sorang2 menjengukkan diri. Kak Lina, Kak Pah, Kak Anis, Kak Lily Haslina Nasir, Lily Suriani, Emma Mazura, Kak Durra Fatiha, Bonda Ilani Mysara, Liza Zahira, Sri diah, Nia Azalea, Ramlee Awang Murshid, Brother Richie dan tentunya Eyman Hykal sendiri. Kak Aisya tiba agak lewat. Dalam pukul 2.30 pm agaknya. Tapi aku masih sempat jumpa dia. Masih sempat minta tandatangan untuk buku terbarunya...hhihih...siapa yang balik awal tu memang tak ada rezekiler.....
Hmm..yang paling kecoh masa nak ambil gambar ler...sorang2 novelis kena tarik ngan kami. Last2 sampai Eyman Hykal sampai bersila atas lantai sebab tak cukup tempat. Tapi oraitlah tu...sporting ya, en. Norden....hihihi.
Masa aku ngan Lee hoon dok lepak kat lobby, kami perasan yang setiap tetamu akan dapat cenderahati dari pihak Alaf21. kami ni pun dok risik apa dalam sampul tu. Rupanya kalendar 2007 terbitan Alaf21 sendiri. aku ngan lee Honn apalagi. Masing2 teringin nak satu. Nak minta malu.hihihi..lepas tu aku suruh abang long mintak...abang long suruh tunggu. Tapi kami ni memang tak sabar. Aku siap suruh Lee hoon “ Lee hoon kau cakap cina dengan dia. At least tak ada orang tahu kau minta apa...kitaorang memang sah2 tak faham.” Begitulah lebih kurang ayat aku. Lee hoon pula cakap “ Aku dah kira. Kat tangan dia ada 7 aje. Tak cukup utk kita semua. Nanti yg lain kesian tak dapat.” kah..kah. sampai macam tu sekali.
Agaknya staff alaf ni(aku terlupa nama dia) perasan yang muka kami ni dah macam cipan sebak kempunan tak dapat kalendar. Dia terus tanya kamu “ Dah dapat belum?” kami pun apalagi. Last2 senyum memanjang bila sampul tu ada di tangan masing2.
Aku, Lee hoon, Abang long, pokcik mersik, budi dan Mazliana (kalau tak silap aku ler) adalah ahli yang terakhir meninggalkan majlis tu. Tak larat nak bawak perut. Pokcik tambah patplo juta belas kali. Abang long pun asyik kat meja makan jer..hihihihi...tu yang sampai esok pun kenyang ya...?
Apa pun memang menarik dan indah sekali kenangan ari tu. Mana taknya dengan novelis macam kamceng jer...(ceh perasan) Dapat member baru. Dapat makan free. Dapat naik keta pokcik...dan dapat interview novelis. Korang dapat ker? Hehehe...
.........Hingga ketemu lain masa......

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...