Anda minat dengan cerita ini? aku dan family sekarang memang tengah gila. tepat jer pukul 6 kami akan melepak depan tv. cerita bersiri ini adalah sambungan kisah daripada filem yang pernah ditayangkan di tv dahulu.
kalau siapa belum melihatnya, anda rugi...jadi anda boleh terus mengikuti cerita ini di tv 9 jam 6. hahah..aku bukan dibayar upah oleh channel 9 untuk promote rancangan dia. tetapi bagi aku cerita ini cukup menarik sekali. padat dengan nilai2 kemanusian serta bisa membasahi jiwa yang seringkali kehausan ini. melihat ceritanya umpama menyiram air di tanah yang gersang..cukup menyegarkan.
sekurang-kurangnya hati aku tidaklah terlalu sakit melihat produk dari indon ini. yerlah....salah satu ceritanya yang aku tak berkenan langsung ialah Bawang Putih Bawang Merah. bagi aku cerita ni tak masuk dek akal langsung. buat sakit jiwa saja. (maaf ya kepada sesiapa yang suka menonton cerita BPBM ini....kita bebas menyatakan pendapat masing2 ok...hihihih)
Kenapa aku suka KSH. kerana ceritanya real dan berpijak di bumi nyata. kisah berlatar masyarakat kampung yang serba kedaifan namun mampu mengecapi bahagianya sendiri walaupun hanya mengambil upah mencuci kain baju orang lain. bukan seperti cerita tv kita yang asyik2 berlatarkan koporat yang keparat. kereta sport sana sini. balik2 cerita tender juta2....bosan dong.
Aku tertarik dengan keinginan seorang manusia itu berusaha mendapatkan apa yang dia inginkan. walaupun titik cerita ini bertolak kerana seorang perempuan namun akhirnya kita tidak dapat menolak hukum Tuhan. Allah boleh sahaja memberikan hidayah kepada siapa saja yang Dia mahu. boleh jadi diberikan kepada seorang pemuda rock yang tidak tahu apa agamanya. seorang pemuda yang tiada tahu bersenbahyang dan membaca quran. cerita ini membuatkan kita insaf. sekaligus merenung diri sendiri,. cukupkah ilmu yang ada dalam diri kita ini?
Aku amat tertarik dengan ilmu ikhlas yang cuba dipelajari oleh hero dan juga watak2 dalam cerita ini. ya memang benar, memang sukar untuk seorang insan biasa seperti aku ini menguasai ilmu ikhlas. takwa seorang insan, belum tentu dia ikhlas. jadi apa itu ilkhlas yang sebenarnya?
Adakah aku ikhlas dengan perjalanan hidup aku? adakah aku Ikhlas dengan apa yang Tuhan takdirkan utk aku? apakah aku ikhlas menerima semuanya? terus terang....aku masih tidak tahu.. aku masih mencari keikhlasan itu. mudah mudahan aku akan menemuinya satu hari nanti. kerana aku yakin, apabila aku merasakan diri aku ini malang ataupun gagal, bermakna ada insan lain yang lebih malang dan gagal dari aku. aku kena terima kenyataan. tak bermakna apa yang aku hendak itu aku akan perolehi. apa yang penting aku mesti belajar menjadi manusia yang tahu erti BERSYUKUR...
1 comment:
Amboi2..peminat sinetron jugak ya..bu violet..yaa layan aja..asyikkk..
(Suka cite bawang kecik, bawang besor hik hik )
Post a Comment