Posts

Showing posts from January, 2007

minah rempit....aku?

Tadi semasa aku keluar beli makanan untuk lunch, sekumpulan budak sekolah tengah melintas jalan. Rasanya sekumpulan tak sesuai, tetapi lebih kepada segerombolan, seangkatan, kerana jumlahnya memang ramai. Aku pun tak tahu apa yang mereka buat ditepi jalan tu. Nak kata, cikgu nak beri tunjuk ajar melintas jalan, rasanya bukan kot. salah satu sebabnya, anak2 murid tu ada yg lebih tinggi dari cikgu depa sendiri. lagipun semua tu bebudak sekolah menengah. kalau tak reti nak melintas jalan sendiri, hmmm tak tahu nak kata apa dah... Aku pulak, bila dah merapati bebudak tu, maka aku pun perlahankan motor. mana tahu terlanggar anak orang, susah pulak. tgh aku dok slow motion tu terdengar bebudak tu kata " kak buat wheely kak....akak buat aksi superman kak. kami nak tengok.." haha..apa kejadahnya (meniru kata2 wan din) aku nak buat wheely dan aksi superman. diaorang tak nampak ke aku ni begitu anggun berbaju kurung? muka aku ni ada iras muka2 minah rempit ker? ish...ada ka patut. nasib …

mutiara kata sasterawan negara

Mutiara kata merupakan “ kata-kata yang terbaik, disusun dalam ayat yang terbaik, untuk melahirkan pemikiran yang terbaik. Dengan kata yang mudah, “ mutiara kata ialah kata-kata atau ungkapan yang indah dan berkesan dalam sesebuah karya.”

Orang perjuangan selalunya menghadapi dua kemungkinan: hilang atau terbilang.
Memang dunia ini panggung wayang yang besar. Nanti kita akan melihat cerita-cerita yang tidak pernah masuk akal akan dimainkan orang- KERIS MAS


Malu pada diri sendiri lebih hebat dari malu kepada orang lain. Malu kepada orang lain boleh juga melarikan diri, tapi malu kepada diri sendiri, ke kuburlah habis riwayat.
…Bila perut dan nafsu dan akal naik minyak, hati jadi kosong. Bila hati kosong, kosonglah semua – SHAHNON AHMAD

Pahlawan yang sebenarnya pahlawan berpayung di bawah kebenaran meski di mana; sebab kebenaran itu sendiri adalah pahlawan sejati yang terletak di tempatnya paling atas.
Manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segala macam peraturan dan mengawas perl…

aku suka dia

Image
Siapa suka dengar lagu2 sepanyol? Tak kiralah, shakira ke, ricky martin ke,alejandro sanz ke, chayyene ke? Kalau anda minat, tandanya kita sekepala...hihihih... Aku nak kenalkan satu nama baru....baru tak baru pun dia ni dalam 5-6 tahun jugaklah dah terkenal, tetapi dalam pasaran Malaysia ni mungkin korang tak pernah dengar nama dia. DAVID BISBAL. kenalkah korang dengan nama ni? Kenal...ok...kalau tak? kesian korang...hihihi.. Aku pun tak tahu mcm mana sebenarnya minat aku menjadi2 dengan lagu latin ni. padahal yang belajar dan mengajar bahasa sepanyol ni kakak aku. gamaknya aku berjangkit daripada dia. semenjak tu aku kumpul kaset ricky martin, cd sons by four ( yg terkenal dengan lagu citer mis tress hermanas tu) dan David bisbal.
Sebenarnya kalau korang nak tau, si david ni juga berasal dari rancangan realiti. ala ala2 akademi fantasia tu. tapi di spain dipanggil operation triunfo. masa kakak aku di sana, tulah keje dia. dok gila tgk rancangan tu. yerlah...nak keluar berjalan pun, dia…

cuti2 dlm umah

Hari minggu...selalunya aku habiskan di rumah sahaja. Kalau tak hari minggu pun aku lebih senang lepak di rumah. ntahlah sejak dahulu lagi aku ni bukannya kaki jalan, tapi kalau dah ada niat nak berjalan, payah aku nak balik awal....masa aku di rumah selalunya dihabiskan dgn baca buku, bukak laptop n menulis, tgk tv dan tido....kecuali kalau ada hal baru aku keluar....bukan aku seorang, tetapi adik beradik perempuan aku semuanya perangai yg serupa. ayah aku suka je. tak payah risau anak dara dia merayap tak tentu hala. Berjalan dengan aku tak susah. Asal desnitasi tu ada melibatkan kedai buku, kedai cd, kedai makan ...hihihi aku ok jer. Masa belajar dulu tempat favourite aku, kedai buku kat central market. siapa yang selalu ke sana pasti tahu kedai yg aku maksudkan ini. aku pernah menghabiskan masa 3 jam di kedai tu. biasalah, ruang yg sempit dengan buku yg bertingkat2. pening kepala aku setiap kali masuk ke sana, tetapi bila ke kl, destinasi itulah yang aku tuju dahulu. 2 buku yang a…

untuk OPAH DE jugak

Aku masih terkejut bila membuka blog opah de. dia tujukan lagu I believe in you nyanyian IL DIVO dan CELINE DION utk aku dan abang long....ada 2 sebab rasanya. antaranya ialah aku ni hantu IL DIVO manakala abang long belum pernah mendengar lagu nyanyian mereka. Yang kelakarnya, aku baru terfikir untuk meletakkan salah satu lagu dalam blog aku..tup tup opah de buat dulu...hihihi..walau apapun aku nak tujukan kembali lagu ini pada OPaH DE... p/s - Opah, nak tujukan lagu ISABEL tapi tak berjaya ler.... I Believe In You Il Divo
Lonely The path you have chosen A restless road No turning back One day you Will find you light again Don't you know Don't let go Be strong Follow you heart Let you love lead through the darkness Back to a place you once knew I believe, I believe, I believe In you Follow your dreams Be yourself, an angel of kindness There's nothing that you can not do I believe, I believe, I believe In you. Tout seul Tu t'en iras tout seul Coeur ouvert A L'univers …

buku n cd

Image
Assalamualaikum,
Aku tahu aku tidak menulis sebarang n3 dalam beberapa hari ini. Tiada alasan yang dapat aku berikan kecuali aku telah diserang satu penyakit...iaitu penyakit MALAS. Bukannya tiada benda yang hendak aku tuliskan, namun setiap kali aku membuka blog untuk postkan n3 baru, aku tutup semula. Aku kehabisan mood untuk bercerita. hahha..sampaikan abang long pun dah tegur...
Kemalasan aku juga adalah disebabkan aku bertungkus lumus untuk menghabiskan 2 buah buku yang aku beli di KINOKUNIYA klcc hari sabtu yang lepas. Sebenarnya dah lama aku mengidam nak baca buku ni tetapi bila sampai kat Kino mesti tak ada. dahlah sekarang ni kekerapan aku untuk turun ke KL amat jarang. kecuali kalau ada perjumpaan kelab ALAF 21 fc, Aku akan cuba untuk turun. Kira dah dapat apa yang aku hendak, maka terabailah sekejap blog ini. semalam baru aku habiskan sebuah. ada sebuah lagi menanti. Aku menunggu buku CINTA SANG RATU. Sudah keluar di pasaran. tetapi aku tahu untuk sampai ke Taiping ni mungki…

TAHUN BARU

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG BERADA DI MUKA BUMI INI, AKU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 20 JANUARI 2007 BERSAMAAN 1 MUHARAM 1428 Justeru itu marilah kita membaca doa ini dan semoga kedatangan tahun baru bisa menjadikan kita sebagai insan yang baik dari segenap segi... Doa akhir dan awal tahun
DOA akhir tahun dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
*Doa Akhir Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat baginda sekelian.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan y…

tak sabar....

Assalammualaikum, Masuk hari ni, bermakna ada lagi 2 hari lagi sebelum aku berjumpa dengan rakan-rakan dari ALAF 21FC. ternyata plan yang dirancang semenjak 2006, ini bakal terlaksana. aku excited sangat nak berjumpa dengan teman-teman pecinta novel( hehehe bukan pecinta wanita ya) semua. Sebelum 2 ada dua program sebelum ini yang aku tidak dapat hadir. dan aku sememangnya frust sangat kerana program yang aku ketinggalan itu best-best belaka. satunya, ialah pelancaran novel novelis Norzailina Nordin dan keduanya program ngeteh bersama novelis 3 sekawan tu....ala si bikash, aleeya dan shanika. frust tahap cipan jugalah aku tak dapat pergi. walaupun macam tu, aku tumpang gembiralah keseronokan abang long, mersik, li hoon, muna, ija yang sama2 dapat hadir pada waktu tersebut. Seperti biasa, perjumpaan kami ni akan diadakan di food court kl sentral. ya, memang mengimbas kenangan. pertemuan pertama kami juga di adakan di sini. waktu itu hanya 15 oang sahaja yang hadir, walaupun di luar san…

lega....

Hmmm...nasib baik. wayar talian internet aku masih boleh digunakan. 2 hari lepas, anak saudara aku merentap wayar sampai terputus. menggelegak darah aku sekejap. dia boleh buat muka selamba, lepas tu ketawa. nak marah pun tak jadi. sabar jerla. nasib baik aku call tm pagi tadi. n dalam masa 2 jam depa dah sampai rumah untuk repair. fuh lega... tak ada la aku rasa macam something wrong pulak bila tak dpt online. Lagi satu berita gembira, CINTA SANG RATU, dengar-dengarnya nak keluar. dah lama aku menanti cerita sambungan Bagaikan puteri ini. dahulu dengarnya akan keluar bulan 12, tapi atas sebab tertentu, tak jadi pula. tetapi, walau apa pun, tak sabar aku nak memegang naskah terbaru RAMLEE AWANG MURSHID ni. Alaf 21 juga ada membuat kuiz mengenai novel2 Ramlee dan pemenangnya akan mendapat NOVEL CSR ini. haha...aku nak masuk...aku nak masuk jugak. walaupun tak pernah menang pun, aku nak masuk jugak...hihihihi....

15 rahsia senyum & tawa

(PENAWAR PENYAKIT)

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu
sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang
sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawatentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum'
yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang suk…

nota

Hari-hari yang sibuk lagi memenatkan. akan cuba update blog secepat mungkin....bila masa dapat diluangkan untuk menjenguk alam maya...

apa nak jadi..

Berita yang dipaparkan di Suratkhabar hari ini begitu mengusarkan;

1. Cuaca dunia paling panas tahun ini,
2. Musim tengkujuh akan lebih kerap berlaku di Malaysia - lebih sekali dalam setahun,
3. Klang, pekan, Miri akan lenyap 50 tahun lagi.


Memang benarlah, Dunia kini bertambah uzur....

azam tahun baru

Azam baru aku tahun ni

1. Menjadi lebih disiplin dalam menguruskan masa. Tuhan bagi 24 jam sehari, tolak tidur 8 jam. tolak kerja 8 jam, bakinya 8 jam lagi. aku peruntukan 2 jam untuk membuat kerja rumah setiap hari. tinggal 6 jam untuk menguruskan hal-hal peribadi aku. tetapi 6 jam itu sentiasa tiada untuk aku. ke mana menghilangnya aku tak tahu. Kalau aku benar2 menggunakan masa dengan bijak, aku pasti hidup aku lebih terurus dan berjaya sekali. ini tidak, aku memang terer dalam membazirkan masa. 2. Memastikan novel aku berjaya diterbitkan dalam tahun ini. melihat beberapa orang teman memegang naskah novel sendiri benar2 membakar semangat aku. dan ini membuatkan aku menyedari yang aku tidak boleh begantung kepada orang lain. aku perlu bijak membuat keputusan. aku akan memberi masa 4 bulan pertama, kalau tidak aku akan memulakan langkah lain. langkah yang tidak pernah aku fikirkan sebelum ini. 3. Memastikan manuskrip kedua aku siap dalam bulan Feb. 4. Aku perlu menulis setiap hari. bia…

teringat dulu-dulu

LEPEH!!! Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Tahukah anda maknanya? Kalau anda berasal dari semenanjung, mungkin anda akan mengelengkan kepala. Sama seperti aku mula-mula mendengar nama ini. Dan lebih teruk lagi nama itu adalah gelaran yang diberikan oleh teman sekolah kepada aku dan rakan2. Pertama kali digelar begitu, aku hanya tersenyum sambil mengerutkan dahi. dalam hati berkocak-kocak ingin tahu kenapa aku dipanggil sedemikian dan apa maknanya. Namun, bila ditanya, mereka hanya ketawa. entah di mana yang lucunya aku sendiri tak tahu. Tetapi semenjak aku bersama 2, 3 orang teman mendapat gelaran itu, satu sekolah memanggil kami nama yang sama. Sekiranya anda orang Sarawak, anda mungkin tahu apa yang aku cakapkan ini. dan anda pasti korang tahu kenapa aku pernah digelar LEPEH. Aku pernah tinggal di bumi Borneo itu selama 3 tahun. dari darjah 6 hingga tingkatan 2. Semasa di sekolah menengah aku masuk sekolah asrama aliran agama. Sekolah Agama Matang 2. di situ aku menghabiskan 2 …

Sudah Terbit!!!

Image
Tahniah kepada sahabatku Linda. Akhirnya naskah ini berada dalam genggaman. segala jerih perih terbalas jua dengan tercetaknya novel pertama beliau. Semoga selepas ini dapat menghasilkan karya yang lebih bermutu dan bestseller. aku menanti buah tangan terbarumu.NOVEL TERBARU 'BILA BENAR CINTA'
SEDANG MENEMUI ANDA DI PASARAN SEKARANG!

KALI ini anda akan disajikan dengan sebuah lagi karya terbaru daripada penulis yang baru mencipta nama iaitu Lynn Dayana dengan novel Jika Benar Cinta. Novel ini boleh anda peroleh di kedai-kedai buku sekarang.

Mengisahkan seorang gadis yang sentiasa malang bila bercinta dengan jejaka yang berjaya mencuit hatinya. Namun, sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukim di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang. Asyi terkenang-kenang.


Gila! Memang benar, cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkot…

Tahun Baru

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya qurban kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada. sesungguhnya tahun ini benar-benar menguji aku apa itu pengorbanan dan kesabaran yang sebenar-benarnya. Aku amat bersyukur kerana masih mampu tabah dan cekal menghadapi semua ini. Semoga kehadiran 2007 juga mampu menjanjikan kenangan yang lebih manis, lebih beerti untuk kita semua. Kerana tiada apa yang lebih membahagiakan selain dari mendapat apa yang kita inginkan. Semoga berjaya untuk kita semua. semoga berjaya untuk aku juga... p/s : untuk abang long dan pokcik mersik, terima kasih atas kata semangat dan dorongan. kalian akan sentiasa kekal dalam ingatan.