Posts

Showing posts from January, 2008

loving yourself

Image
"One must learn to love oneself before one can learn to love others." --Source Unknown
You must first love yourself before you can fully love another...by Jennifer Good
In life, we may find it easy to allow ourselves to love and accept multitudes of other people, but when it comes to loving ourselves we're not as forgiving. In fact, we can be quite relentless in our pursuit of perfection. So, how then do you learn to put aside all the shoulds and should nots we face, and really begin a love affair with yourself? The first step is to realize that you are somebody. You're a friend, someone's daughter or son, possibly a lover, an employee or employer, or maybe even someone's spouse. No matter how your role changes, you're still somebody. Nothing will ever change that. The next step is to take time out to actually love yourself. In romantic relationships it is often said that true love is shown through actions, not words. Learn to apply this to yourself with the …

TELOK DALAM RESORT, PANGKOR

Image
Pemandangan kat sini memang superb. tenang dan mendamaikan. 1st time datang aku dok berkira-kira bila masa aku boleh terjun ke laut / kolam. sayang sekali jadual kursus memang pack sampai aku tak berpeluang langsung menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Foto ni dirakam pun in between classes dan on the way ke kelas. Aku sempat mandi sekejap melepaskan gian. Ajak kekawan semuanya tak mau. masing2 nak rehat sebab malam pun ada kelas. pertang sabtu ada masa luang sejam sebelum dinner. Aku memang tak tahan kalau tgk air...so sorang2 aku pergi ke pantai. konon2 tak nak mandi. hanya nak menikmati pemandangan tapi hahaha...aku terjun jugak. tak sampai sepuluh minit asalkan gian aku lepas. lagipun maghrib nak masuk. aku seorang pulak tu...kekadang tgk laut yang tenang pun jadi takut jugak..hahahaha

Ni satu lagi pemandangan yang membuatkan aku nak terjun walaupun tengah berbaju kurung sekalipun. Aku cukup dengki dengan budak lelaki yang terjun ke kolam walaupun dah pukul 11 malam. Aku...saya…

im back

Salam...
Aku akan postkan n3 sekejap lagi...

pangkor

Image
Salam...
Aku tidak akan online dari esok sehingga ahad kerana kursus di Pulau Pangkor. yey...yey...kursus sambil bercuti..hihihih. Dalam pada tu frust jugak sebab ari ahad ni adik lelaki aku akan bertunang. Aku dah memang plan nak pi ke Baling tapi tup2 dapat call semalam, jadi terpaksalah... "SAYA YANG MENURUT PERINTAH'. Apa pun kita berjumpa minggu depan. Doakan aku selamat pergi dan balik...

Finally...it's here...HAK CINTA TERPELIHARA

Image
Salam...
Akhirnya aku dengan senang hati boleh mewar-warkan kepada anda semua. Novel terbaru daripada Novelis Lynn Dayana akhirnya boleh di dapati di pasaran tidak lama lagi. Kalau sesiapa yang tidak sabar menunggu ianya dijual di kedai2 buku, bolehlah melawat kedai buku Alaf 21 di Shah Alam untuk mendapatkan novel yang dijangka 'BOOM' ini. Kepada sesiapa yang inginkan kelainan, inilah novel yang perlu anda cari dan baca. Aku yakin kepuasan tahap maksima untuk pembaca semua...hahahhaha...( promote gila ni...lynn, royalti bahagi dua tau...hahhahahah) Untuk Lynn Dayana...Jika benar Cinta maka Hak Cinta akan terus terpelihara...TAHNIAH!!!

10 Tabiat rosakkan otak

Image
1. Tidak mengambil sarapan pagi -Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok -Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ` Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan -Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur -Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur -Tidur sambil menutup muka akan m…

Tahniah

Salam.... Aku ingin mengucapkan tahniah kerapa LD kerana novel ke 2nya bakal berada di pasaran hujung minggu ni.( kalau tidak pun minggu depan) Apa judulnya biarlah rahsia dulu kerana aku menunggu LD mengumumkan di dalam blognya terlebih dahulu. Yeah...anaknya ke2 sudah lahir. Semenjak LD call aku semalam, aku yakin senyumnya sudah sampai ke telinga dan masih lagi tersenyum untuk hari2 mendatang. Aku juga sedang menunggu kelahiran 'anak' ke 2. bila? Wallahualam...Insyaallah akan tiba masanya nanti. Aku percaya senyuman LD akan berjangkit pada aku, pada LK dan sesiapa juga yang sedang menanti. Aku percaya kerana percaya itu satu kuasa. sesiapa yang mempunyai kepercayaan...maka dia berkuasa.hahaha...

Hijrah

Salam...

1 Muharam detik permulaan Permulaan tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan umat Islam Dari kota Mekah ke kota Madinah Atas keyakinan dan iman yang teguh kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan ISLAM tercinta... Hijrah itu pengorbanan Hijrah itu perjuangan .............................................. Hijrah membentuk perpaduan Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah Tingkatkan semangat tegakkan syiar ISLAM untuk sepanjang zaman... untuk sepanjang zaman... * Aku terlupa lirik lagu ini. siapa yang boleh bantu....silakan jangan segan. Masa kecil2 dulu asal berkumandang je lagu ni mulalah aku koir dengan adik beradik. Kami lawan suara siapa yang paling tinggi dan best. hahaha... Lagu ini liriknya simple sahaja tapi bisa menusuk kalbu bila membacanya. Kita sampai matipun memang tidak akan terbanding dengan pengorbanan dan keazaman Rasullullah SAW dan para sahabat dulu menegakkan ISLAM. sekecil-kecil zarah pun mungkin tiada. Membaca kisah2 Nabi dan para…

dapt buku yey...yey

Image
Salam... Aku terima buku ini kiriman dari seseorang. Semasa menerima terkejut juga sebab aku memang tidak menjangkakan akan mendapat kiriman ini daripadanya. siap pos laju lagi...hahha...apa pun terima kasih buat kak Fazilla, yang selalu tidak lekang dengan buah tangannya untuk aku. terima kasih kak. bertambahlah koleksi buku aku...yessss.....

tulis...tulis...tulis!!!

Image
Salam...
Musim aku berehat sudah tamat. Aku kembali mengadap laptop untuk meneruskan manuskrip ke 3. Permulaan masih belum panas...aku lebih banyak berangan dan merencanakan idea. Secara dasarnya aku tahu apa yang aku mahu lakukan namun seperti biasa bila jemari ini berlari di atas permukaan laptop, lain pula hasilnya. Ya...apabila menulis selalunya jari aku lebih laju dan membuat ceritanya sendiri. Setelah beberapa hari, aku sudah sampai ke mukasurat 26. Aku agak kagum dengan diri sendiri(wah...perasaan dhiya) kerana mengenangkan perasaan malas yang aku hadapi setiap kali mahu membuka laptop.
Cadangnya aku mahu menyiapkan mss ni pada bulan Jun sebelum mula projek yang ke 4. Kalau boleh aku mahu siapkan 2 mss pada tahun ini. Ataupun 1 setengah ( hahahah...boleh ke mcm tu?) Apa pun aku harapkan tahun ini tahun yang produktif bagi aku.

gerammmmmmmmmm....

Image
arghhhhhhhhhhhhhhh....aku benci oggix...kenapa suka telan text aku???

back to school

Salam... Hari ini persekolahan sudah bermula. Bebudak sekolah dah tak ada peluang untuk bangun lambat setiap hari. dalam umah aku, adik yang bongsu di kelas tingkatan enam atas. dia pun sibuk iron baju sekolahnya...siapkan beg dan apa yang patut. Yang pasti rutin tidur awal kembali jadi kebiasaan. Aku...hihihi yang pasti musim sekolah ni bermakna pagi-pagi aku di library akan lebih tenang dan aman. kalau sibuk pun selalunya waktu petang, masa bebudak balik sekolah. Tadi aku hantar adik ke sekolah. dari kamunting sampai taiping jem teruk betul. dahlah dari rumah ke sekolah adik aku ada 9 traffic lights. hahhaah....nak tak nak terpaksa meredah short cut yang ada. dah nampak macam jem kt KL pun ada. yang untungnya, jarak tak berapa jauh. so tak adalah nak terasa keluar asap kat kepala. Apa pun aku nak ucapkan selamat menjalani persekolahan pada pelajar2 sekolah dan selamat bekerja kembali pada guru2 yang bercuti panjang. hihihi...semoga terus kekal cemerlang...