Thursday, January 03, 2008

back to school

Salam...
Hari ini persekolahan sudah bermula. Bebudak sekolah dah tak ada peluang untuk bangun lambat setiap hari. dalam umah aku, adik yang bongsu di kelas tingkatan enam atas. dia pun sibuk iron baju sekolahnya...siapkan beg dan apa yang patut. Yang pasti rutin tidur awal kembali jadi kebiasaan. Aku...hihihi yang pasti musim sekolah ni bermakna pagi-pagi aku di library akan lebih tenang dan aman. kalau sibuk pun selalunya waktu petang, masa bebudak balik sekolah.
Tadi aku hantar adik ke sekolah. dari kamunting sampai taiping jem teruk betul. dahlah dari rumah ke sekolah adik aku ada 9 traffic lights. hahhaah....nak tak nak terpaksa meredah short cut yang ada. dah nampak macam jem kt KL pun ada. yang untungnya, jarak tak berapa jauh. so tak adalah nak terasa keluar asap kat kepala.
Apa pun aku nak ucapkan selamat menjalani persekolahan pada pelajar2 sekolah dan selamat bekerja kembali pada guru2 yang bercuti panjang. hihihi...semoga terus kekal cemerlang...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...