selamat tahun baru - 2008

Salam...
Esok tahun baru. Kita akan kembali kepada Januari semula. sekali lagi, mengharungi segala macam suka duka yang berlaku dalam hidup kita dan menunggu disember untuk sama-sama menghitung detik ketibaan tahun baru. Nikmat tahun baru telah lama lupus dalam hidup aku semenjak aku menginjak erti dewasa. Kalau dulu, aku dan adik beradik begitu teruja dengan sambutan yang akan berlangsung di Dataran Merdeka ataupun KLCC walaupun hanya mampu menonton di kaca tv sahaja. Tetapi semua itu sudah hilang serinya. berginjak ke tahun baru sama seperti hari ini bertukar kepada hari esok. cuma yang berbeza nombor dihujungnya saja. Aku bersyukur, kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Aku bersyukur kerana masih mampu membina impian sendiri. Namun Sambutan tahun baru sudah hilang ertinya. ianya sekadar pertunjukkan hiburan semata-mata sambil melihat artis pujaan terkinja-kinja di atas pentas. dan muda mudi pula turut terhenjut2 kononnya teruja menanti hari esok yang entah apa dijanjikan untuk mereka. yang tinggal, pekerja DBKL yang bertungkus lumus terpaksa membersihkan kesan kegembiraan insan-insan ini.
Apa yang aku melalut ni. Tahun baru, semua orang pasti bercakap mengenai azam. adakah aku juga mempunyai Azam? Tahun ni aku tak mahu membuat azam. Aku mahu menyambung tekad aku bertahun-tahun dulu. Aku mahu membahagiakan emak dan keluarga. aku mahu berjaya sebagai seorang penulis.
Kenangan 2007. Aku lupa apa yang berlaku. semuanya samar-samar sahaja kecuali 2 perkara. 27hb Mac tarikh ayah pergi buat selama-lamanya dan 2 minggu selepas itu Editor telefon menyatakan mss aku akan diterbitkan.
Aku harapkan tahun ini akan lebih membahagiakan untuk aku, keluarga dan teman-teman. Insyaallah.

Comments

Abang Long said…
Semoga tahun 2008 ini, adinda lebih sukses !
alaf21fc said…
Semoga adinda dan keluarga aman bahagia. Disamping bonda tersayang.
Lynn Dayana said…
Aku pula nak doakan... akan datang sang perkasa yang melarikan hati engkau dan memulangkannya semula dengan sirih dalam junjungan... Wau... hehehehe
dhiya zafira said…
lynn...
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...huarghh...hhahahahahha
dhiya zafira said…
abang long...

terima kasih...semua kejayaan untuk kita semua...


Alaf fc...
terima kasih...mudah-mudahan diberkati ALLAH

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI