hidup ini satu perjudian...

salam...
Semalam aku menghabiskan masa selama beberapa jam membaca manuskrip terbaru Lynn Dayana. Manuskrip itu belum siap sepenuhnya namun Lynn sudi memberi peluang untuk aku mengintai, menilik, memberi komen karyanya itu.(hahahha...penulis kecil seperti aku ni tidak layak rasanya). Sampai pada ms 50 aku mesej pada Lynn, aku katakan padanya yang mss dia kali ini cukup hebat. cukup suspen dan aku begitu teruja untuk membaca helaian demi helaian. Tidak sampai beberapa minit lepas tu Lynn call. hahha..kalau Lynn call memang terbantut segala aktiviti pembacaan aku. sepuluh minit pertama dikuasai dengan pujian aku kpd dia. Kami sama-sama meluahkan rasa bimbang dan harapan kami.
Selera aku dengan Lynn sama. kami suka cerita thriller, action dan seangkatan dengannya. Dan impian penulis kecil seperti kami ini adalah untuk menghasilkan karya2 menerusi genre di atas. tetapi mampukah kami? Hati kecil berkata; Iya..kami mampu. kalau orang lain boleh buat, masakan kami tak boleh. semuanya bergantung pada azam, disiplin dan kesungguhan. hihih..itu disaat kami positif. Bila negatif datang menjengah, kami terdiam dan bingung. berapa ramai pembaca wanita yang boleh menerima genre seperti ini? seperti yang kita ketahui, majoriti pembaca novel di Malaysia ini adalah kaum wanita. dan majoriti pembaca wanita ini inginkan kisah cinta di dalamnya.
Lynn kata kalau aku mahu teruskan niat dengan cerita begini pastikan aku selitkan bab cinta sama. jangan terlalu serius sehinggakan pembaca boleh menutup buku. Jangan bimbang. aku tidak akan melupakan bab yang satu itu. tema yang begitu dekat dengan jiwa pembaca, jiwa penulis yang juga pembaca seperti aku juga.
Hampir sejam kami bercakap, dan kepala Lynn yang kreatif terus merencanakan novel2 yang akan datang. Aku juga turut bersemangat mendengar keterujaan Lynn. dalam sengal dan dong2 Lynn, dia masih tetap kreatif. Dan malam itu juga aku sudah mencapai keputusan. Aku tahu apa yang aku mahukan. dan aku akan berjuang memastikan keinginan itu tercapai.
Aku dan Lynn dan Laila mengambil risiko sebenarnya. Aku dengan novel ke 2 dan Lynn dengan novel ke 3nya. Laila juga dengan novel ke 3nya. apa pun jawapannya, akan kami ketahui apabila tiba waktunya nanti.
Buat Lynn dan Laila...good luck untuk kita semua. Buat Rose, Lily S, dan Kak Lily H, doa aku juga untuk kalian.

Comments

laila kamilia said…
semoga segalanya akan jadi baik-baik saja... sabarlah tunggu hasilnya tak lama lagi...
Abang Long said…
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008. Apa azam tahun 2008 ?
Lynn Dayana said…
Haha... kau kata aku sengal dan dong2? Haha... tapi otak aku masih berjalan,kan? Seronok mencanai idea dgn kau. Wlu sekadar angan2. Tp Insyaallah akan jadi kenyataan. Aku thriller, takde sangatlah... romance comedy thriller kot? Hahaha.. entahlah. Saat jiwa berkelana, minda menjadi buntu...
dhiya zafira said…
Laila...
Insyaallah...kita akan dapat apa yang diimpikan...


Abang long...
takde azam tahun nih...bosan nak buat..hahhahah


Lynn...
ditto. spt yg aku tahu..makin ko sengal n dong2..ko makin kreatif..hahahaha

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara