Posts

Showing posts from October, 2009

layan dvd

Image
Salam... Lama aku tak menulis...dan lama aku tak bercerita...alasannya...aku tgh syok melayan dvd Grey'a Anatomy season 1-5.....nantilah..bila2 masa aku ada mood untk bercerita...aku tulihlah apa2 ek...

dekat di hati

Salam.... Raya kedua aku bawa emak ke Pahang. Sebenarnya tak terlintas langsung untuk aku sana..Pahang bagi aku negeri yang sangat jauh dan meletihkan. Kali terakhir aku ke Pahang adalah 5 tahun lepas...itu pun sebab adik aku berkahwin dengan orang Jerantut. Walaupun aku tahu..Pahang itu tidaklah sejauh mana dan dalam semenanjung juga namun apabila kampung aku hanya 45 minit sahaja dr rumah wpon di Bukit Mertajam (berlainan negeri)....jadi untuk melawat saudara mara di Pahang memanglah bukan satu 'aktiviti' yang menyeronokkan. Apatahlagi dengan perjalanan yang tidak pernah dirancang ini. Emak mempunyai kakak ipar di Pahang dan seorang abangnya di Johor. Arwah abang emak meninggal di Pahang setelah beberapa tahun tidak bertemu emak. Masa arwah abah ( gelaran pak ngah aku) meninggal..itulah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pahang...sekitar usia aku 16 tahun. Tapi untuk hari itu...aku membawa juga emak ke Pahang. Anak saudara emak yg juga sepupu aku, terkena serangan jantung da…

jauh di mata

Salam....

Cerita Hari raya aku biasa-biasa sahaja. Zaman kanak2 aku yang gemar bertandang ke rumah jiran atas tiket untuk mendapatkan duit raya telah lama berakhir. Sejujurnya hari raya, aku akan pulang ke kampung menjenguk tok dan saudara mara di kampung. Tahun ni rumah aku agak meriah dengan kehadiran jiran dan sahabat handai ahli keluarga aku yang lain. Kali ini juga aku bertemu semula dengan rakan sekelas aku semasa bersekolah di Sarawak dahulu. Kali terakhir kami berjumpa pada tahun 1995, apabila dia datang ke rumah aku di Negeri 9. Terima kasih kepada facebook yang berjaya menemukan kami semula setelah lebih 14 tahun berpisah. Semasa di Sarawak, dia adalah salah seorang teman aku yang paling rapat. Di dorm kalau tidak katil kami bersebelah, dia akan duduk di katil atas kalau kami mendapat katil double decker. Kami rapat juga mungkin kerana kami hanyalah beberapa kelompok kecil pelajar dari semenanjung. Mungkin juga kerana kami tinggal di tempat yang sama, iaitu di Kem Penrissen, K…