Posts

Showing posts from December, 2007

selamat tahun baru - 2008

Salam... Esok tahun baru. Kita akan kembali kepada Januari semula. sekali lagi, mengharungi segala macam suka duka yang berlaku dalam hidup kita dan menunggu disember untuk sama-sama menghitung detik ketibaan tahun baru. Nikmat tahun baru telah lama lupus dalam hidup aku semenjak aku menginjak erti dewasa. Kalau dulu, aku dan adik beradik begitu teruja dengan sambutan yang akan berlangsung di Dataran Merdeka ataupun KLCC walaupun hanya mampu menonton di kaca tv sahaja. Tetapi semua itu sudah hilang serinya. berginjak ke tahun baru sama seperti hari ini bertukar kepada hari esok. cuma yang berbeza nombor dihujungnya saja. Aku bersyukur, kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Aku bersyukur kerana masih mampu membina impian sendiri. Namun Sambutan tahun baru sudah hilang ertinya. ianya sekadar pertunjukkan hiburan semata-mata sambil melihat artis pujaan terkinja-kinja di atas pentas. dan muda mudi pula turut terhenjut2 kononnya teruja menanti hari esok yang entah apa…

hidup ini satu perjudian...

salam... Semalam aku menghabiskan masa selama beberapa jam membaca manuskrip terbaru Lynn Dayana. Manuskrip itu belum siap sepenuhnya namun Lynn sudi memberi peluang untuk aku mengintai, menilik, memberi komen karyanya itu.(hahahha...penulis kecil seperti aku ni tidak layak rasanya). Sampai pada ms 50 aku mesej pada Lynn, aku katakan padanya yang mss dia kali ini cukup hebat. cukup suspen dan aku begitu teruja untuk membaca helaian demi helaian. Tidak sampai beberapa minit lepas tu Lynn call. hahha..kalau Lynn call memang terbantut segala aktiviti pembacaan aku. sepuluh minit pertama dikuasai dengan pujian aku kpd dia. Kami sama-sama meluahkan rasa bimbang dan harapan kami. Selera aku dengan Lynn sama. kami suka cerita thriller, action dan seangkatan dengannya. Dan impian penulis kecil seperti kami ini adalah untuk menghasilkan karya2 menerusi genre di atas. tetapi mampukah kami? Hati kecil berkata; Iya..kami mampu. kalau orang lain boleh buat, masakan kami tak boleh. semuanya bergantu…

help....

Image
Salam...Selesai menghantar manuskrip ke 2 aku bercuti sekejap dari mengarang. Bukan berhenti sepenuhnya cuma aku perlu kembali segarkan fikiran supaya rentak penulisan novel pertama dan kedua aku tidak terpengaruh ke dalam novel ke 3. Dalam kepala aku telah tercanai beberapa idea namun aku masih tidak tahu keputusan apa yang perlu diambil. Satu idea berkisar kekeluargaan bercampur dengan action - romance(cewah) dan idea seterusnya masih dengan tema CINTA. Secara jujurnya aku lebih suka cerita yang menyelitkan unsur2 aksi dan suspen. Kalau lihat pada koleksi buku aku pun lebih kepada genre sebegini. namun sebagai penulis aku sendiri buntu sama ada perlu mengikut minat pembaca ataupun minat aku sendiri. Aku takut kalau aku setia dengan minat, beberapa kerat sahaja yang membacanya. Dan kalau aku teruskan pada permintaan ramai pembaca yang lebih mengemari kisah cinta, aku takut risiko lain pula. Cerita klise, tiru buku lain, tak ada idea baru...balik2 cinta...cinta. argh....takut aku kala…

sekitar majlis Nia Azalea

Image
Aku, Laila, kak eka bersama kakaknya dan kakak aku di kenduri Nia Azalea. Aku memang lama nak jumpa dengan si Laila, so bila ada peluang terus aku setkan plan. Dah alang2 semua ada kat AS, apalagi. Sayangnya Laila sekejap saja di kenduri, sibuk nak balik ke KL. Nasib baik ada Kak Eka yang begitu peramah. hihihi..macam dah kenal lama w/pun baru kali kedua kami berjumpa. Aku dengan Kak Eka menunggu dalam bilik pengantin Nia. Ialah nak juga tengok rupa lelaki yang menjadi pilihan hati bakal Dr. kita tu. Gamaknya tetamu lain mesti heran napelah aku n the geng tak reti2 nak balik. Al maklumlah pengantin lelakinya datang nak dekat pukul 3, so begitu lama jugalah kami menunggu. Bila pengantin lelaki dah datang, kami bertambah terkejut bila penyanyi Nora ada bersama dalam rombongan tersebut. apalagi, bila orang lain tangkap gambar pengantin, kami dok sibuk bergambar dengan Nora...hahhaha..dia nampak lebih cantik secara real dari gambarnya. Apapun tahniah untuk Nia dan Faiz. Semoga kebahagian …

minah2 muka seposen

Image
salam...
Inilah satu-satunya gambar yang aku sempat ambil masa taklimat penulis alaf Khamis lalu. Majoriti penulis2 semua datang. Yang sempat masuk dalam gambar si Lynn, Rose(renungan manja kononnya), kak Lily dan aku. hujung sekali yang sipi2 nampak tu penulis baru hezzy Azra(buku dia insyaallah hujung bulan ni keluar). Lily Suriani datang lambat so...melepas. Laila kat Bali...apa pun seronok berjumpa kawan2 yg dah lama tak bersua muka.

lega.....

SALAM... Saya kembali setelah lama bertapa di hadapan laptop mengejar target sendiri. Alhamdulillah aku berjaya menyiapkannya. Khamis lepas ada perjumpaan dengan penulis2 alaf di Taman seni Islam di Shah Alam dan aku pun ambil peluang yang ada menyerahkan manuskrip tersebut pada editor aku. Aku pun tak pasti mss aku kali ini ok ke tidak...bagi aku ok ler...hahahaha..apa pun ia perlu dinilai dulu dan kalau tiada masalah insyaallah akan diterbitkan. Bila? Aku sendiri tiada jawapaannya. Semua penulis sekarang memang sibuk dengan mss masing-masing. semuanya hendak mengejar pesta buku tahun depan. Peluang aku? Entah...kalau ada tu adalah. kalau tak ada...aku bersyukur juga sebab aku mampu menyiapkannya mengikut target yang aku tentukan. sekarang ni aku boleh menarik nafas lega dan meneruskan projek untuk novel ke 3. Mengikut kata en. Nord, pastikan setiap novel yang diterbitkan, hasil dan penerimaan pembaca bertambah baik dan bukannya semakin menurun. Dengan persaingan yang semakin sengit n…

SELAMAT HARI LAHIR MAK ( 7 DISEMBER 1950)

Image
Kau sinaran bulan Menyerikan bintang-bintang Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun Menyegarkan pepohonan Kau bukakan tabir siang untukku Kau berikan mama Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya Tiada ternilaikan Oh mama, oh mamaku Tiada cinta yang suci Setulus cintamu Ku suntingkan mama Sekuntum mawar putih Sebagai lambang kesucian cintaku

Esok aku akan meeting sepanjang hari, jadi tak akan ada masa nak online, jadi aku nak wish siap-siap untuk mak tersayang.

Selamat hari jadi mak, semoga Allah sentiasa memayungi RahmatNYA ke atas mak dan semoga mak bahagia. Walaupun ayah sudah tiada, moga mak masih mampu bahagia di samping kami semua..amin.

bertapa...

salam... Maaf semua. Tiada n3 baru untuk anda. aku tengah bertapa untuk menyelesaikan kerja aku yang tak pernah habis-habis ni. sebagai hiburan, sila tonton dan dengar antara lagu yang paling best dan antara yang aku paling suka. kalau korang sedar aku pernah buat n3 tentang penyanyi latin yang bernama David Bisbal ni kan...so...dengarkanlah lagu yang bertajuk esta aucensia ni. n semoga terhibur...aku akan kembali dengan n3 baru..next week maybe...adios...