Tuesday, January 15, 2008

10 Tabiat rosakkan otak



1. Tidak mengambil sarapan pagi -Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok -Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ` Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan -Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur -Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur -Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat -Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasiboleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincanganyang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



"Telah (jadilah) kamu sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia.. Kamu sentiasa menyuruh kepada perkara ma'ruf, sentiasa mencegah perkara munkar, dan kamu sentiasa beriman kepada Allah. Dan kalaulah ahli kitab itu semuanya beriman, nescaya itu adalah lebih baik bagi mereka. Cuma sebahagian daripada mereka yang beriman sebaliknya kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq."

3 comments:

Qaseh Bidadari said...

hehehe...terlebih tido??

mama senyum sorang2..tp itu duluuuu....

skrg dah kojo,tido plaks kurang...

kalo tido kurang ade efek x?

dhiya zafira said...

hihihi...mama
kalau kureng tido...migrain jawabnya....hahahhaha

Anonymous said...

maknanya aku sedang menjahanamkan otak anak2 aku!! depa x suka bfast. kalau paksa jugak, akan muntah balik. kesian pulak. huhuhu ~lilysuriani

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...