KOREA ~ FINALE


Salam...


Alhamdulillah...setiap yang bermula pasti berakhir kan. Leganya saya catatan ini juga bakal dinoktahkan...kalau nak ikut rasa malas ni memang tak tertulis..tapi saya nak buat closure untuk perjalanan kali ini sebelum menulis catatan perjalanan yang seterusnya. 

Pagi-pagi pukul 8, kami dah turun ke bawah untuk check out. Kali ini semuanya turun dengan bagasi masing2 yang nampaknya bertambah dua kali ganda dari masa datang dulu. Saya juga bimbang sebab beg kami juga bertambah tiga. Saya adukan masalah ini kepada Jamilah memandangkan peraturan Korean Air yang agak strict. Namun Jamilah memenangkan saya bahawa tak ada masalah...jadi buat seketika saya legalah jugak...
Berkumpul di lobby untuk check out

Ahjussi yang pening pala bila kami saja2 gatal panggil dia OPPA..hahahah

huhuhu..mood dah merudum masa ni..sayang nak tinggal korea

destinasi selepas breakfast pergi tengok Batu Amethys. Cantiknya Ya ALLAH...warna purple kan..infact purple adalah warna diraja Korea. Saya dan sarah hanya melihat sahaja tanpa membeli apa-apa. Syukurnya saya apabila dilahirkan tidak meminati barangan kemas. Jadi selamatlah poket sendiri dan enche suami. tapi berada di tempat tu mmg teruja melihat batu2 yang cantik. kat sini boleh terus buat cincin, rantai, subang atau gelang. hanya pilih batu yang kita suka dan mereka akan buatkan untuk kita. 
selepas habis, kami naik ke bas untuk lunch dan solat jamak sebelum dihantar ke airport. Jamilah membawa kami ke satu tempat yang sedang dibangunkan dan berdekatan dengan incheon. Di sini, ada pusat membeli belh tapi tak adalah besar sangat dan harga pun lebih tinggi sedikit daripada Doota semalam. Siapa yang nak packing barang untuk diletakkan ke dalam kotak pun boleh. perkhidmatan dilakukan secara percuma. kira banyaklah yang mengambil peluang packingkan semua barang ke dalam kotak untuk dimasukkan ke dalam kargo. 

lunch terakhir...



lepas solat.. dan lunch kami menyeberangi ke incheon airport buat kali terakhir. Aduhai..sedihnya mahu meninggalkan bumi korea. sedih meninggalkan Jamilah yang peramah itu. 

" Bangun..bangun... 1 2 3...apa khabar semua?
" Sudah makan semua..sudah kenyang? alhamdulillah....masyaallah..." ( Amek kau..orang islam pun ada yg tak cakap macam ni)

Saya akan merindui ayat-ayat ini yang selalu keluar daripada mulut Jamilah aka Jennifer Shin ini...even semasa menaip inipun suaranya masih dapat saya dengarinya....

dan yang paling saya sedih sekali meninggalkan cuaca yang sejuk itu. wahhhhhhh......kenapa Malaysia tak ada musim sejuk...hahahahha.....sebelum masuk ke dalam airport, saya mengambil peluang menikmati udara yang nyaman dan sedikir sejuk itu kerana saya tahu sebaik sahaja masuk ke airport, rasa itu akan hilang....

Bas berhenti..dan kami membawa turun beg masing-masing lalu mengucapkan selamat tinggal kepada ahjussi yang begitu setia membawa kami ke mana sahaja. 

Sebaik sahaja masuk ke dalam..semua menanggalkan baju sejuk masing-masing..bermulakan rasa hangat dan panas..huwaaaa.....pada mulanya setiap seorang yang kena check in luggage sebuah seorang sahaja walaupun berat tidak melebihi kadar yang ditetapkan. Kami semua dah bimbang sebab masing dan overload dengan beg yang bertambah. Apatah lagi dengan keluarga dr juwita yang paling ramai anggotanya itu. Tapi seperti biasa Jamilah cakap.." dont worry..jamilah's here..i'll help u.." hahahah..dan selepas itu kami dibenarkan check in 2 luggage setiap orang..ALHAMDULILLAH..selesai masalah. 

selepas beg dah check in..nak masuk dalam dah..so sesi gud bye dengan Jamilah...sedihhhnya....masing2 ambil peluang amik foto with each other...goodbye Jamilah...

SENYUM lebar ya enche somi dapat bergambar dengan Jamilah

hmmmm...mengendeng ke kanan sangat tu...
Masa kat dalam tu..ada perarakan kebudayaan korea..so ambil kesempatan melihat perarakan maharaja maharani mereka...dan buat pertama kali dalam 8 hari tu kami beli air  coklat ais..hahahahha...sarah siap pesan, masa saya nak p beli " jangan mengada2 nak beli air panas...hahaha" memang masa tu dah rasa panas giler kan..dengan ramai orangnya...huwaaa....sekali lagi...



Perjalanan pulang agak smooth..tak seperti masa nak datang. Elok kami touch down, metty pun dah sampai...keluar pintu...bersatulah kami dengan angin yang tak berapa nak nyaman tu...bye bye korea.hai hai Malaysia...

Ada masa ...ada duit,  mahukah saya ke sana lagi??? sudah tentu....siapa tak nak ya...tapi kalau dapat p tmpat lain pon ok jugak kot...

Ada yang bertanya saya ambil TA yang mana...saya ambil Apple muslim holiday...Seorang  lebih kurang RM 5070. agak mahal sikit kami punya sebab pergi masa cuti sekolah kan dan ada ke Jeju juga....kalau TA lain mungkin boleh dapat dalam RM 4.7 OR 4.8K kot, tapi initerary tak samalah ya....
Bila dah bayar banyak ni..korang bawak duit utk shopping ajelah sebab selepas itu kita takkan keluarkan sesen pun duit sama ada utk makan, masuk mana tempat..melainkan utk shopping... tu ko kenalah bayar sendiri okeh...

yang sempat disambar di sana..
hasil tangkapan

souvenier utk family
shopping barangan kosmetik jenama odbo yg murah2 kat sini..jenama terbaik di korea..
tak export luar..huwaaa....BB CREAM dia sangat oke ....menyesal tak beli banyak...
Hadiah untuk pemenang review
Duit yang dibawa..hasilnya bila balik sekeping pun tak tinggal

Atlast..Hoyey...hoyey..akhirnya habis jugak cerita yang panjang ini.... 

Comments

Anonymous said…
Tentatif program yg menarik, boleh tahu nama travel agency ni tak,? Berapa cost setiap orang? Kalau tak keberatan la.
dhiya zafira said…
Kalau baca n3 penuh mesti akan tahu...saya ambil pakej dengan Apple muslim holiday...dalam RM 5K seorang
Nurimani Yase said…
Boleh nak nombor cotact cik Jamilah?please,... saya pergi dgn anak2 saja, xda kawan disana,..... saya akan ke korea bln november,..... tukar duit won dimana ya.... 012-9480727
dhiya zafira said…
Nurimani,

Saya tak ada contact number dia sebab agency yang uruskan...kalau nak tukar won..boleh pergi mana2 money changer...

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara