Inilah metty...kakak dan merangkap bank aku..hahahah...takde duit muka ni lah yang aku rujuk...( Tapi dululah..masa aku duduk ngan dia)
Metty makan mushroomsoup aje...tapi sedap dan mengenyangkan kalau makan benda ni saja.
Salam...
Hari Sabtu lepas aku ke Karangkraf di Shah Alam untuk menghadiri bengkel penulisan Thriller & Aksi. Bengkel tersebut dikendalikan oleh penulis tersohor Malaysia iaitu Novelis Thriller Ramli Awang Murshid dan Novelis Aksi Eyman Hykal @ cik nord.
Seperti biasa, apa-apa hal yang menyebabkan aku akan ke KL / Shah Alam / seangkatan dengannya, aku akan singgah sebentar di Tg. Malim sebagai pit stop sementara. Lalu, ( kalau ikut rancangan selepas asar aku bertolak) tetapi jam sudah 6.10 baru kereta aku keluar dari parkir rumah. Aku tidak terus pergi, tetapi singgah di gas station untuk mengisi minyak terlebih dahulu. kiranya dalam 6.30lah perjalanan sebenar aku bermula. Selalunya dalam masa 2 jam setengah ( kelajuan normal) aku akan sampai rumah akak aku. Hmmm...on the way tu metty call tanya agak2 sampai pukul berapa dan aku nak menjawab pun tak pasti sebab malam tu kereta memang agak banyak, dan ditambah lagi hujan yang turun dengan lebatnya. Aku kata aku boleh sampai pukul 9.00 juga.( Selama ini walau hujan atau jem sekalipun, aku masih berjaya mengekalkan masa ketibaan aku.)
Sebenarnya aku dah dok terbayang2 seafood spagetti with white sauce yang metty janji nak belanja aku makan malam tu. Kalau sesiapa yang duduk di tg. Malim pasti tahu kewujudan Easy Cafe kan...dan semenjak pertama kali aku merasa makanan kat situ aku memang sudah jatuh chenta.
Dan seperti biasa, Kalau kami nak makan luar, selalunya lepas maghrib kami akan keluar. Dan masa 9 ke atas tu adalah masa yang memang malas untuk kami bersiap untuk keluar ( lainlah kalau dah memang ada di luar). So, bila metty call kata kalau aku lambat sangat...baik tapau aje sebab dia malas nak keluar. Aku kata tak nak...aku nak makan kat sana jugak..tak nak tapau-tapau. Jadi untuk menjimatkan masa, kami akan terus berjumpa di Easy cafe.
Dan entah mengapa hujan pula sekejapan dah berhenti....n Along the way hujan turun dan berhenti berkali2 tapi itu tidak menghalang aku untuk memecut. Yihaaaaa....
ETA aku pukul 9, tapi i manage to arrived at Easy Cafe at 8.20. Sooner than i thought. Not bad eh Dhiya....hahahahha..
Call metty kata aku dah sampai..ambil order n tunggu dia. dan beberapa minit kemudia..wallah....( perut memang tgh lapar so apalagi..makan memang tak nampak orang lah...) metty makan mushroom soup aje sebab tak lalu...maklumlah she's carrying.
Malam tu kami makan 2 orang aje. my BIL tak ada sebab dia hanya datang every weekend saja sebab kerja di Shah Alam. Nak commute hari2 memang tak laratlah kan. Aku ingat masa nak datang sini nak bawaklah mak n adik tapi seperti biasa mak bz ngan aktiviti dia..dan adik aku malas nak ikut sebab dia kata Tg Malim boring..hahahha..jadi terpaksa lah aku datang sorang. memang sunyi je drive sorang2...tak ada teman nak berbual..sebab kalau aku sorang aku suka mengelamun dan ianya boleh mendatangkan bahaya.
Nak hu ha hu ha dalam keta or menyanyi ikut cd or radio memang aku tak pandai...Tak tau kenapa...bila drive sorang, aku jadi serius. Jadi sepanjang ketiadaan partner di sebelah, hanya David bisbal, Il Divo, celine Dion dan Lobo sahaja yang menemani aku.*SIGH*
No comments:
Post a Comment