Salam...
Hari ini kebanyakkan orang dah kembali berkerja lepas cuti yang cukup panjang...( kalau siapa yg ambil cuti direct lah ya). Seperti biasa saya cuti hari ni...saya dah start balik kerja Jumaat lepas. perggh...dah lama cuti, bila dah masuk kerja tu rasa malas sangat. bukan apa...adik beradik yang masih cuti best je lepak kat umah tapi saya..kena kerjalah pulak. Hmmmm..Tak apalah..cuti lama-lama pun kadang2 bosan jugak.
Raya ke 3 lepas, saya dan adik beradik yang lain pergi ke zoo. Bukannya apa..kasihan kat haiwan-haiwan tu semua nak beraya jugak...tapi takde siapa yg nak celebrate raya dengan mereka..so...dalam kami yang seramai 10 orang...pergilah menyambut syawal dekat Zoo. Wah..tak sangka..ramai rupanya pengunjung yang sama macam kami. beratur jugaklah masa nak beli tiket tu.
Kalau beberapa tahun lepas, caj masuk zoo berbeza pada yang mahu berjalan ataupun mahu menaik tren. Tetapi entah sejak bila ntah kalau tak nak naik tren pun, caj dia tetap sama. Kami dah berasa semua..jalan kaki n menaiki tren. Naik tren best..tak penat tapi tak boleh lama2 usha haiwan. Jalan kaki best tapi biasalah penat.
Kali ini kami berniat mahu berjalan kaki sahaja. Maklumlah, nak jugak buang lemak2 ketupat..rendang...segala macam mak nenek yang dah disumbat dalam perut ni. Sekurang-kurangnya dapat jugaklah execise kan..hahahahaa....
Hmmm...Dalam setahun ni rasanya ini kali ke 2 kami pergi zoo kut. Alahai...budak2 kat rumah nilah yang suka sangat tgk haiwan. Dah ramai2 ni memg jangan haraplah boleh tarik diri walaupun haiwan2 tu semua sama je...
Kebanyakkan haiwan pasif je. Nak jugaklah dengar Harimau atau singga mengaum. Barulah ada thrill kan? Ini balik2 terlentang, macam penat sangat...hahahahaha...semasa berjalan kat area orang utan, ada sekor ni yang kesian je muka dia..Bila dia nampak my nephew makan lolipop, dia hulurkan tangan dia minta makanan pada kami. Aduhai..mmg kesian betul. Bila kami tak bagi...tiba-tiba dia buat muka merajuk. Seriously..tak tipu..mulutnya muncung macam orang merajuk..hmmm...dah mmg nama dia orang utan pun kan..tentu dan ala ala orang sikit sikapnya..hahahaha
tengah berjalan tu, dengar bunyi harimau mengaum...wah...bestnya...tapi masa tu perjalanan kami lama lagi nak sampai..so...berpoya2 dululah dengan lain2 haiwan. Bila sampai area B.A.B.I...kawasan jalan tu telah dikuasi oleh monyet2 liar. Monyet2 ni memang suka mengacau pengunjung lebih-lebih lagi yang pegang makanan di tangan. Jadi..saya yang sedang memegang 100 plus tu memang diancan oleh monyet2 ni. Ya ALLAH...sebenarnya kami sekeluarga memang ada pengalam ngeri dengan species ni. Dulu masa saya sekolah rendah, kami adik beradik pernah dikejar beruk yg bontot merah tu dalam zoo yang sama. sampai kami luka2 sebab nak lari punya pasal..lepas tu mmg fobia dengan species haiwan ni.
Jadi..bila dah diancam tu..saya stop..keras kejap sebab kt kiri kanan saya ada anak saudara yang penakut. Adik lelaki saya dah jalan kt depan...kakak n adik saya kat belakang..jadi mereka pon terperangkap jugak ngan monyet2 ni...monyet tu dok keliling saya..jadi saya pon dok berpusing2 360 darjah nak mengelak daripada dia...hmmm..mmg agak memalukan gaya saya n anak saudara berpusing2 tu..sebab yang lain pon tak berani nak halau si monyet2 tu...last2 ada 3 orang mamat yg jadi hero..jadi lepas lah kami ni dari sekatan monyet2 tu...hmmmm...memang monyet betullah monyet2 ni...hahaha...
Jadi...kami terus meneruskan perjalanan..tak sempat nak tgk haiwan oink..oink tu...bukan apa..setiap kali tgk species ni, saya terfikir..mcm manalah ada orang sanggup makan benda ni...aduhai....
Kami tiba area singa...hmmm...poyo je singa2 ni...tak abis2 aksi berehat dia...ada tidur gaya kual lentang lagi..isk..tak senonoh betul..Harimau pun sama..tgklah jugaklah dia berendam dalam air. Kawasan harimau ni tak berpagar langsung. hanya di letakkan kolam kecil sebagai penghadang...hmmm..kalau harimau ni boleh berenang, sampai ke tengah, ada harapan tak dia melompat naik...uish..ngeri...ngeri...
Masa lalu kat harimau kumbang best..sebab ada sekor ni yang agak reckless sikit. dia mcm tgh badmood. Dia asik berpusing je..macam org tgh marah...saya syak dia nilah yang berbunyi tadi...tapi bila kami sampai, dia tak berbunyi pun..jadi anak2 saudara saya p kacau dia..depa suruh dia mengaumkan..tapi dia buat bodoh...n still nampak marah..dia datang dekat kami..berhenti sekejap n terusan dengan jalan2 dia. dia mengeram sekejap2..mulut tak bukak pon..tapi dia dengar dia mengeram macam tu...ada rasa kecut jugak hati ni..saya suruh budak2 ni diam..satgi..dia tension kang..mana tu..pagar tu dirempuhnya kang..rasa2nya sapa yg dia tuju dulu?er..er..er.
dah separuh perjalanan, budak2 tu dah bising penat. Jadi terpaksalah auntie diaorang nilah mendukung diorang sampai habis. Kalau ringan tak apalah jugak..ini..hmmmmm....
Apa yang aku kesalkan dan yang boleh aku perhatikan ialah sikap tak bertanggungjawab sesetengah pengunjung yang selamba sahaja membuang bekas2 makanan ke dalam kawadan habitat haiwan tu. Menyirap darah jugak bila paper cup selamba je diaorang campak dalam kolam beruang....campak makanan kat haiwan walaupun dn diberi amaran jangan beri makanan. Bukannya apa..takut diet haiwan ni terganggu..n kalau sakit mcm mana? Dahlah haiwan kt zoo ni mcm ala2 nak pupus je...yg tak nampak pupus, si monyet yang mengacau...hahaha..Itulah serba sedikit lawatan cik Mardhiyah ke zoo..hahaha...
No comments:
Post a Comment