Salam....
Hari Raya sudah tidak lama lagi...Pejam celik pejam celik ada lagi 4 hari sebelum kita semua menyambut AILDILFITRI. Tahun ini memang terasa Ramadhan berlalu dengan begitu pantas. Sehingga ke saat ini, rumah saya masih belum membuat satu biskut lagi pun. Malah baju raya saya juga masih belum siap diambil...tak tahulah kenapa...semakin hari raya semakin hilang serinya...hmmm...sebetulnya semenjak dari tahun 2007, tahun di mana arwah ayah meninggalkan kami, pada masa itulah kami tidak lagi teruja mahu menyambut Aidilfitri.
Kalau dulu setiap kali malam raya, jemaah akan datang bertakbir di rumah kami. Malam itu kami adik beradik akan excited menunggu kepulangan ayah dari surau mengatakan supaya bersiap sedia kerana jemaah akan tiba sebentar lagi. Semenjak bertahun-tahun dahulu, soto ayam menjadi pilihan pertama kami. Dan apabila jemaah tiba, melihat sahaja hidangan yang sudah terbentang, mereka mesti akan berkata; dah tau dah..rumah mejar Mohd Nor nak makan apa..." Setiap tahun dialog yang sama dan setiap kali juga makanan malam itu licin dijamah mereka. kalau jemaah lain lebih gemar menghidangkan makanan ringan seperti biskut, ketupat ataupun kuih raya..rumah kami tidak akan berubah dengan soto.
Dua tahu selepas ayah meninggal, jemaah masih datang ke rumah kami untuk bertakbir. Mungkin sebagai penghormatan pada arwah ayah yang pernah menjadi pengerusi surau di taman kami. tahun lepas mereka sudah tidak datang lagi. Sedih memang sedih tetapi kami sedia maklum, jemaah akan bertakbir rumah ke rumah pada ahli-ahli surau sahaja. Kawasan perumahan kami terdiri daripada beberapa buah taman, jadi kalau hendak pergi ke setiap rumah, memang mustahil.
Semalam, kakak saya yang berada di Alor Setar pulang bersama-sama anaknya. Kasihan dia kerana suaminya yang juga abang ipar saya ada operasi selama dua bulan. Biasalah, bila sign jadi isteri tentera ni, memang kena terima suami akan dipanggil dan diarah operasi bila-bila masa. Rumah memang penuh dengan budak..hahahah..3 orang je tapi gamatnya macam sepuluh budak. Ini belum masuk anak adik saya lagi...kalau masuk budak berdua tu...Ya ALLAH...rumah ni dah tak ada bentuk rumah dah. heheheh..bersepahnya tahap tak ingat.
Tadi kami mengemas rumah...hahaha..aktiviti yang selalu dilakukan bila menjelang raya..ubah dan susun atur balik perabot di dalam rumah. Bila sudah pukul 3 tak siap2 lagi..saya tanya, nak makan apa bukak puasa nanti. Iyalah..dengan penatnya..nak masak untuk ramai orang jadi memang tak lalu dah...kakak cadang supaya beli je tapi saya tolak..saya tak suka beli lauk kedai...makan ikan masin pon saya sanggup asal masak sendiri. lepas tu kakak saya cadangkan lagi..makan spageti bolognese meatball. hahahaah..saya setuju aje...tapi biasalah spageti ni jenis makanan kesukaan saya, jadi sayalah yang kena masaknya.
Jadi..saya pon berteman 2 anak saudara saya yang berumur 5 tahun itu pergilah ke supermarket nak membeli bahannya. Haha...pergi berdua dengan budak2 tu saya gerun sebenarnya. Maklumlah takut saya tak boleh handle. macam mana kalau depa bergaduh dalam keta. lebih haru lagi kalau bergaduh dalam supermarket. Tapi oleh kerana yang dewasa ni nak clearkan rumah yang bersepah, saya terpaksa bawa juga.
HAH...belum habis cakap...sebaik sahaja masuk, budak berdua tu dah tawaf satu kawasan...memang suara saya asik naik je kena panggil nama mereka. dah puasa ni memanglah kena bersabar kan..tapi telatah budak3 berdua tu memang menguji kesabaran saya...
Izz Zayyad yang mengeramkan... |
Tak Habis-habis dengan keta Bumblebee dia |
last sekali saya kata " jangan p jauh2...satgi
anjang cubit nak tak?" dengan suara yang sederhana kuat...bila saya angkat muka..tup2 ada dua lelaki tgh tgk saya marahkan budak2 tu..hahahah..hmmm..nasib baik kulit saya ni tak putih..hahaha..kalau tak memang nampaklah pipi saya merona merah...dahlah mamat2 tu hensem pulak..hhahaha..
Oklah...nak masuk waktu dah ni...spageti saya tu dok menunggu je...selamat berbuka puasa...
No comments:
Post a Comment