Salam...
Petang tadi keluar ambil Daiful di sekolah..bila sampai je kat rumah..tiba-tiba saya nampak ada bungkusan sederhana besar di atas sofa. Wah..saya dah melonjak keseronokkan kerana bungkusan yang saya tunggu-tunggu sejak minggu lalu akhirnya tiba juga. Dengan penuh rakus ( cewah)..terus saya mengoyak kotak berkenaan...Jeng..jeng..jeng..buat pertama kali..dalam bentuk buku, akhirnya JIWA KACAU berjaya juga saya genggam...rasa teruja begitu memuncak sekali memandangkan inilah manuskrip saya yang diedit sepenuhnya oleh editor...Jadi selesai sahaja menulis blog ini dan menguar-uarkan di fb, saya akan tekun menelaah karya ini. Tidak sabarnya rasa...
Buat pemulaan, saya hanya menempah 20 buku dan sehingga tadi sudah 16 buku terjual..tinggal 4 lagi naskah yang masih belum dipunyai sesiapa...Kalau habis dalam masa terdekat ini, saya terpaksa order semula dari Karangkraf...ALHAMDULILLAH...terima kasih kerana tetap menyokong saya.
No comments:
Post a Comment