Tuesday, June 05, 2012

Tentang JIWA KACAU


COVER YANG CUKUP MENGETARKAN JIWA...ADAKAH JIWA ANDA KACAU???

Penulis: Elee Mardiana, Attokz Dikulgai, Lynn Dayana, Dhiya Zafira, Salina Salleh
Harga: RM22.00
Halaman: 560
ISBN: 978-983-124-785-3


Salam...

Saya nak bercerita sedikit mengenai karya terbaharu saya ini. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya Jiwa Kacau ini bukan? Antalogi ini secara tidak langsung juga membuatkan fikiran anda semua bisa menjadi kacau bilau..hahaha..jangan panik...saya akan menceritakan apa sebenarnya jiwa kacau ini.

AJK - ANTOLOGI JIWA KACAU INI merupakan projek baharu yang dikendalikan oleh ALAF 21. Ia memberi peluang kepada para penulis yang berminat untuk menulis kisah yang berunsurkan thriller, aksi, misteri, rantaian kesumat, misteri, insiden pembunuhan, dendam, kecewa dan tipu muslihat. Khas untuk mereka yang berminat dengan kisah-kisah begini. Dan khas juga buat mereka yang baru berjinak-jinak membaca karya sebegini. Kisah-kisah yang tidak terlalu panjang ini mungkin cukup mudah dihadam anda. Jadi...tidaklah jiwa anda terlalu kacau untuk membaca genre sebegini..hahaha..jangan maraa aaa..lawak ja...Kalau novel biasa kami menulis sehingga 400-500 mukasurat. tetapi kali ini hanya 120++ sahaja. kalau didalam bentuk buku mungkin menjadi 150-200 mukasurat. tidak terlalu panjang. Kalau siapa yang tidak tahu novelet itu macam mana, mungkin boleh dikatakan sebagai cerpan ( cerpen panjang) ataupun nopen ( novel pendek) hahaha...ini hanya rekaan saya..Saya tak pasti sama ada istilah ini wujud atau tidak.

Terus-terang, cabaran menulis cerpan atau nopen ini mmg rumit. keseluruhan cerita harus dipadatkan dalam jumlah yang diperuntukkan. Jika novel, sudah pasti tiada masalah..tetapi apabila muka suratnya hanya 120..dan ianya haruslah kisah thriller dan aksi..bayangkan macam mana cabarannya? Mujurlah berjaya juga ia ditulis.

 Sepatutnya Antalogi ini dirancangkan untuk dilancarkan pada pesta buku baru-baru ini namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, pelancaran itu tidak dapat dilakukan. Saya menulis kisah ini hujung tahun 2011  dengan judul asalnya BARA. Tetapi tiba-tiba ditukar dengan BURU BAYANGAN LUKA pula. Nampaknya yang kekal hanya abjad pertama sahaja ya...iaitu B...Bara dan Bayangan . Ah tidak kisahlah...yang penting hati saya rasa berbunga sahaja melihat satu lagi karya saya diterbitkan.

Sungguhpun gembira, tapi saya sendiri JIWA KACAU memikirkan bagaimanakah hasilnya. Inilah karya pertama saya yang diedit sepenuhnya oleh editor. Jadi...saya sendiri tertanya-tanya apakah perubahan yang terdapat pada karya saya nanti. Adakah tiada perubahan atau ...? ARGHHHH..mimpi ngeri dibuatnya, Tetapi saya yakin, editor pasti menjalankan tugas yang terbaik bagi memastikan karya yang terhasil adalah berkualiti.
Ini merupakan percubaan pertama dari pihak penerbit dan juga percubaan pertama saya dan teman penulis yang lain. Sekiranya ada yang tidak memuaskan hati anda semua, saya mohon maaf banyak-banyak. Beri kami peluang untuk memperbaiki kesilapan.


Kepada pembaca yang ingin membeli JK ini daripada saya...bolehlah bank in ke Akaun MAYBANK saya 158305210032 - Mardhiyah Mohd Nor sebanyak RM 27 termasuk pos ( SEMENANJUNG) dan RM 30  termasuk pos ( SABAH n Sarawak).

Sila tinggalkan NAMA, ALAMAT dan NO TELEFON anda di emel saya dhiya_zafira@yahoo.com ataupun inbox saya di facebook.

Kepada sesiapa yang berminat, ini adalah sinopsis karya-karya yang terdapat dalam JIWA KACAU...


Sinopsis:

Tragedi Di Lampu Isyarat
Selepas kemalangan, Rita dikejutkan dengan suara Jul yang berada dalam dirinya. Jul meminta pertolongan Rita untuk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.

Menari Dalam Duka
Arzam Domino terlibat dengan kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap. Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba perbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.

Dendam Bunga Dahlia
Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yang lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorang pembunuh yang memburu mereka untuk membalas dendam.


Buru Bayangan Luka ~ DHIYA ZAFIRA

Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kepada mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 tahun, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yang percaya cerita yang disampaikan Azalea kerana penyakitnya.


Cinta Berdarah
Helmi kehilangan tunang tersayang dalam satu pembunuhan ngeri. Akibat tekanan yang dihadapi, dia mula menjejaki pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh orang yang disangkakan pembunuh tunangnya itu.

1 comment:

Unknown said...

http://lelakiini89.blogspot.com/2012/08/review-novel-antologi-jiwa-kacau.html

my review for this novel

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...