Thursday, May 31, 2012

Hoyey..sudah siap

Salam...


Alhamdulillah. Hanya itu yang boleh saya katakan apabila akhirnya saya berjaya juga menoktahkan Jimmy's story pada 29 Mei lalu. Bermula 16 disember 2010, saya telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan satu cerita.
Terus-terang, inilah kisah yang paling sukar untuk saya tulis. Banyak dugaan yang terpaksa saya hadapi semasa menulis jimmy. Perkara suka dan duka silih berganti. Dari pemergian adik saya buat selama-lamanya sehingga ke kisah perkahwinan saya. Semua itu menuntut ketahanan emosi yang bukan sedikit.
1 tahun 5 bulan....Sungguh lama jika hendak dibandingkan dengan novel2 saya yang mampu diterbitkan dalam jangka masa setahun sahaja. Dan terlalu lama jika hendak dibandingkan dengan HATI BERGETAR RINDU yang saya tulis dan diterbitkan dalam masa 7 bulan sahaja selepas JAUH KAU PERGI. saya sendiri melanggar deadline sendiri dan juga melanggar deadline yang diberikan oleh editor. Seharusnya ketika ini saya sudahpun menulis manuskrip yang seterusnya. mungkin sudah disiapkan suku ataupun separuh. Tetapi kenyataannya, sehingga ini saya masih belum bermula lagi.
Kini, saya di dalam fasa berehat buat seketika. Mahu menghilangkan penat lelah yang masih bersaki baki sebelum saya meneruskan kisah Kief's story pula. Aduhai...kisah yang tidak sabar saya mulakan tetapi saya jadi takut untuk menulis drama keluarga ini. Di saat, pembaca yang sedang 'gilakan' kisah kahwin paksa dan komedi ringan saya masih tetap dengan cara saya. pesan teman, pembaca mahukan cerita2 romantis..ringan dan kelakar. dan kalau boleh ada scene2 yang hot hot gitu..itulah yang melariskan cerita.
Hmmmm..kalau begitu, buku saya tidak akan larislah nampaknya. Kisah saya bertentangan dengan semua yang diminta. Aduhai..susah sebenarnya nak memuaskan hati semua pihak ya. Langkah senang, ambil jalan tengah. tulis sesuatu yang bisa mengambil hati pembaca dan dalam masa yang sama, prinsip dan pegangan saya tidak tergadai. itu lebih baik, bukan?
Jadi..bila jimmy akan diterbitkan? Saya masih tidak tahu..dari sepatutnya April, ke Mei dan Julai..selepas ini tidak tahulah bila Jimmy dapat dinikmati semua.
Saya gementar jujurnya...begitu lama, janganlah nanti ada yang berkata...macam ini aje...menulis begitu lama..hasilnya...Ya ALLAH..saya sudah melakukan yang terbaik dan berharap hasilnya dapat memuaskan hati semua pembaca...Insyallah

8 comments:

athirah said...

Tahniah kak !
saya tertunggu-tunggu novel akak :)
Best of Luck!
Semoga terus sukses dalam berkarya.

dhiya zafira said...

Athirah,

Terima kasih kerana sudi menunggu ya..sebelum jimmy terbit, apakat dapatkan JIWA KACAU dulu dipasaran...

i.A said...

akhirnye...eheh mesti beli nie...

dhiya zafira said...

Ilham_adda,

Akhirnya..setelah lama menunggu siap juga ya...terima kasih sudi menunggu dan menyokong karya akak..jangan lupa beli jimmy..dan jiwa kacau jugak tau

Seorg wanita... said...

Dhiya, tahniah sebab dah berjaya siapkan novel Jimmy ni... tahun lepas masa PBAKL saya sibuk cari Hati Bergetar Rindu, tahun ni ternanti-nanti cerita seterusnya drp Dhiya...

Hopefully, Dhiya dapat maintain cara Dhiya, supaya setiap penulis ada gaya penulisan tersendiri terutamanya penulis yang sudah mempunyai nama dan pengikut seperti Dhiya sendiri.

Bermula drp Jauh Kau Pergi, saya dah dapatkan semua buku-buku Dhiya. Suka dgn style Dhiya, cerita-cerita aksi yg mendebarkan.

All the best to you! TQSM for your efforts to write all those stories. Saya akan terus sokong karya2 Dhiya, insyaAllah...

dhiya zafira said...

Seorang wanita...

terima kasih atas kata-kata yang cukup membuatkan saya rasa mahu tersenyum 10 hari...
InsyaALLAH...akan cuba melakukan yang terbaik untuk kepuasan pembaca dan diri saya sendiri sebagai penulisnya...

KakChik said...

Alhamdulillah...dan tahniah juga Dhiya...yeahhhhh..dah x sabar nak selam & lalui getaran debaran dengan Jimmy yang penuh misteri...

dan kakchik x kisah pun orang lain dok tulis kahwin paksa & scene yang hot tahap x patut dihadap tu tp yang penting kakchik dah jatuh cinta tahap yang tinggi pada karya thriller seperti Dhiya..dan juga nak inform kakchik dah dapatkan semua karya Dhiya yang 2 terawal cuma belum sempat lagi nak review...

keep writing yang thriller ye sebab ia bagaikan satu terapi buat kakchik.....

dhiya zafira said...

Kak chik,

Aduhai..kembang setaman saya membaca komen kakchik ini...Rasa segala susah payah dan dugaan menulis kisah thriller ini berbaloi bila pembaca yang menghargainya....
Saya akui, tidak banyak pembaca yang boleh menerima genre begini tetapi ALHAMDULILLAH kebelakangan ini jumlah pembaca semakin meningkat. Syukur...kerana karya saya ini tetap disokong oleh pembaca seperti kakchik,...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...