Wednesday, August 22, 2007


Salam...
Minggu ni minggu cuti sekolah. bebudak sekolah termasuk emak bapak dan cik2 yang mengajar bebudak ni mesti seronok punya kan...Iyalah...boleh bangun lewat...boleh berjaga sampai lewat malam tgk tv yang dulunya masa waktu sekolah tak ada peluang langsung nak tengok. Aku...hihihi aku bukan cikgu so cuti ke tak cuti ke tetap sama bagi aku. 2 hari lepas kakak aku datang umah. so..dengan 4 orang budak kecil yang nakal dan aktifnya umpama baru lepas minum red bull, bayangkan keadaan rumah aku yang sebenarnya tak berapa nak kemas tuh...hahhahaa....

Perjalanan manuskrip ke 2 agak slow. itulah padahnya kalau lama berenti menulis. enjin tak mau panas-panas. laptop yang rosak dah ok semula, sepatutnya tak ada masalah tapi bila bukak aku lebih banyak merenung skrin dan berangan dari menaip...PARAH...aku takut dateline oktober nih pun aku langar jugak...tak boleh jadi...apa2 pun mesti siap.

Sekarang ni pun, aku asyik penat jer...penat badan, penat otak...yerlah...asyik berulang alik ke ipoh sebab ada latihan kawad. semalam baru balik...aku masa tengah kawad terus keluar barisan...hahah kaki aku cramp. dah 3 kali dah...dulu ok jer...hmmm..time nak dekat merdeka time tulah dia buat perangai.


Apa pun...aku taubat dah...tahun depan aku nak bersara dari kawad. dah 4 tahun dah...arghh..tak kuasa lagi aku...

6 comments:

Anonymous said...

Betol tu dhiya.. JN pon dh kene.. minggu lepas dua ari tak menulis.. rasa malas nak start balik heheh... tapi itulah... kita penulis.. memang kene buang rasa malas tu!

dhiya zafira said...

hihihi...apa petua JN kalau jadi kes macam nih...? malklumlah orang dah banyak pengalaman...mesti teror kan....

Abang Long said...

Satu entri gambar orang berlari, satu entri gambar orang berkawad. Mana dia gambar adikku sayang sewaktu berkawad .... ter-hingin nak tengok.

dhiya zafira said...

hahahha...abang long...tak payah tgk la...tak payah bayangkan pun...hahahahha..
abang long sihat? bila nak kasi komen nih....

provista said...

halloo....
kenalin gua 3gorila.blogspot.com

dhiya zafira said...

provista...
salam perkenalan...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...