Hanya sekali lafaz walaupun menurut kata En K dia ke toilet lebih 5 kali kerana gementar..hehehhehehe |
Hari Pernikahan saya. Hari saya bergelar isteri. Diam tak diam sudah hampir 2 bulan saya melepaskan status bujang saya untuk menjadi isteri Mr K. Macam-macam yang saya rasakan menjelang tarikh bersejarah dalam hidup saya ini..dan banyak yang hendak saya ceritakan namun pada saat saya menulis entri ini, entah mengapa saya sedikit keberatan mahu menulisnya. Momen-momen indah itu biarlah kekal menjadi milik saya seorang. Just enjoy the gambar yang nak dekat basi dah ni....biar gambar yang menceritakan segala-galanya..cewahhhhh
Solat pertama setelah SAH bergelar suami isteri |
Penyerahan Mahar |
Aduhai..saya cukup tak suka pada siapa yang tak mengeja nama saya dengan betul...tapu oleh kerana suka pic ni layan ajelah..hehehe |
Saya tidak menjemput ramai teman untuk majlis pernikahan ini. Hanya saudara mara dan teman rapat sahaja yang saya undang. Terima kasih kepada Hezzy Azra yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Lepas ini saya sambung dengan kenduri pula ya....
4 comments:
suwitnye..sori kak tak dapat dtg..jauh la hehe..moga bhagia smpi ke syurga
Aminnnn...terima kasih atas doa....
Alhamdulillah, selamat sudah Dhiya bergelar isteri. Belum terlambat kiranya hendak mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Dhiya dan Mr. K. Moga kekal berbahagia hingga buat semalanya. Semoga dengan kehadiran suami di sisi makin banyak ilham untuk menulis.
Gaya rambut Mr. K macam tentera. Komando ke?
Nana..
Terima kasih atas doa. Aminnn..mudah-mudahan ALLAH perkenankan segala doa Nana. FYI...Mr K bukan tentera..heheheh
Post a Comment