Thursday, July 01, 2010

Ada apa dengan Izz? Ada apa dengan Rif?

Salam...

Sebelum saya terbang....saya mahu bercerita sebanyak mungkin tentang novel terbaru saya..AL-maklumlah saya akan bepergian selama dua minggu. Kalau saya tidak bercerita, sudah tentu JKP dah jadi basi bila saya pulang nanti.
 Semalam bersembang lagi dengan pembaca dalam fb. Soalannya berbunyi begini, " Adakah hero JKP ini boleh tandingi Izz Karami, hero RBB?
Hahahaha....saya tahu ramai yang sudah jatuh tangga sama itu Izz. Dalam banyak2 hero saya...ternyata Izz yang menjadi pilihan. Izz yang paling popular..Izz yang paling macho dan Izz adalah segala-galanya.
Jadi...apabila yang molek-molek itu menjadi milik Izz..tentulah sukar saya mahu mewujudkan karekter yang lebih baik, kalau tidak pun setara dengan Izz itu.
Bila saya katakan, saya rasa Rif, hero baru saya ini mampu menandingi Izz...terus kakak itu bertanya, adalah orangnya tinggi sasa dan bermata helang. Aduh! hebat sungguh penangan Izz sampai pembaca yang anak sulungnya itu berumur 19 tahun masih angau lagi. Siap dibayangkan Izz itu seperti kevin Costner lagi..hahahaha...
Saya katakan...manakan hendak sama...Izz dan Rif adalah individu yang berbeza. Kalau sudah aspek fizikal dan karekternya sama, tidak versatilelah saya...masakan saya hanya mahu sekadar menukar nama hero sedangkan segala-galanya sama.
Dari Taufik @ Fik, Izz, Jad dan Rif...semuanya berbeza wataknya...Ya..mungkin mereka tinggi. Itu persamaannya...sebab saya ini rendah...saya suka melukis karekternya tinggi-tinggi belaka. Begitu juga heroin...Alia, Adni..orangnya tinggi. Cuma Amie dan Afi sahaja orangnya kecil..kalau semua tinggi juga mcm heronya...hahahah..tak real pulak ya...
Berbalik kepada RIF...saya puas hati dengan watak dan karekter yang saya lukiskan. Saya harap pembaca juga puas hati dengan wataknya dalam JAUH KAU PERGI ini....sama ada dia mampu menandingi Izz ataupun tidak...saya serahkan kepada pembaca sendiri yang membuat penilaian...
Apa pun semoga anda semua berpuas hati dengan naskah JKP ini...

1 comment:

Mohamadjahn said...

since belum baca lagi JKP...
Izz Karami is the best!!!!!!hahaha...
and Adni Zuhayra is the most gorgeous!!!!

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...