Wednesday, June 30, 2010

NOVEL DHIYA - Ada apa dengan AIR

Salam...

Sebentar tadi ada seseorang pembaca menegur saya di fb bertanyakan adakah trademark novel saya menggunakan latar air. Saya terkedu seketika sebelum menyedari bahawa kata-kata beliau benar belaka. Kalau dilihat semula, bermula Kudamba Bahagia, Rindu Belum Berhenti, Rindu Untuk Dia dan akan datang Jauh Kau Pergi ini ada air di covernya.

KDB - Tasik di Kensington, UK 
RBB - Air terjun di Bkt Jana ( bukan gambar asal ya)
RUD - Kolam di Generalife Garden, Spain
JKP - Pantai di Telok dalam Pangkor ( bukan gambar sebenar)

Hmmm....kenapa saya sendiri tidak perasan? Jadi...haruskah saya mengekalkan trademark itu untuk novel ke 5 saya? Mungkin...biarlah sampai cukupkan 5 dan selepas itu mungkin cover yang lain pula....
kenapa tidak berhenti pada empat sahaja?.Kalau ada yang bertanya. jawapannya, sebab saya suka angka 5...saya suka nombor ganjil..hahahah

Macam watak heroin saya yang semuanya bermula dengan huruf A. Selepas ke 5, ini mungkin saya akan menukar ke nama yang lain pula....cukuplah dengan  Alia, Adni, Amie dan Afi...selepas ini apa ya...? hmmmm.... 

3 comments:

Dessert Queen said...

Nora...hahahha..aku tak pernah baca buku citer Nora watak baik..sumer watak perampas/jahat/gedik..cubala ko buat watak Nora ni baik cam aku ni...hahahha

dhiya zafira said...

hehehehe....

Ha'ah...dah jadi mcm satu trend..perempuan bernama nora di dalam novel wataknya kurang baik...hehehe sabar ajelah ya...
yang ke 5 ni aku masih mahu kekalkan huruf A...cuma belum jumpa yang aku rasa sesuai...
Hmmm...Nora tu boleh je aku masukkan..tapi bukan heroin lah...watak pembantu bolehlah..hahahaha....

dhiya zafira said...
This comment has been removed by the author.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...