Salam...
Semalam lebih kurang pukul 11 malam, semasa saya sedang menelaah Eclipse, tiba-tiba adik saya menjerit sambil melompat atas sofa yang saya sedang berbaring. Fuh! lemah semangat saya sekejap bila tiba-tiba dia macam nak menangis dan cuba menyorok belakang saya. Saya peliklah. Apa yang dia nampak sampai tiba-tiba berbaring di lantai dengan laptop dia dan sekelip mata atas sofa saya. Dia tunjukkan sesuatu pada saya dan saya lihat. Lah!...ingatkan nampak kak ponti ke, En. toing...toing ke. Hmmm..saya sepatutnya tahu apa yang boleh menyebabkan dia memberikan reaksi seperti itu.
LIPAS!!!. Ya...dia ternampak lipas semalam. Ew..lipas tu agak besar dan adik saya memang macam terkena serangan jantung dah semalam. Untuk pengetahuan anda semua..dia ni memang takut / fobia dengan lipas. Fobia yang sangat-sangat. Bukan dibuat-buat. Kalau dia ternampak lipas kt dapur contohnya..dia tak akan berani jejak ke dapur melainkan dia dapat melihat mayat lipas tu..hahaha..kalau jumpa kt jalan raya..dia sanggup ikut jalan yang lebih jauh walaupun lipas tu mmg tak kacau dia pun...
Kadang-kadang saya naik geram dengan sikap dia.penakut sangat. Adakah begitu sekali kalau fobianya? Adakah ia diserang Entomophobia? Iaitu fobia terhadap serangga? Lipas itu kategori serangga kan? kan? kan?
Berbalik pasa cerita semalam..saya lah yang kena membunuh lipas durjana itu. Senang saja..ambil penyapu lidi dan belasah dia habis-habisan. Tetapi yang tak bestnya, bila dia melarikan diri dengan laju dan saya terpaksa memburunya..cewahhh.....Nasib saya baik...saya berjaya menjadi pemburu..hahahaha...
hmmmm......Bila Edward rasa 'Thirsty' dia pergi hunting kan? Saya pula semalam p hunting lipas...aduhai....
No comments:
Post a Comment