Komen Pertama JKP

Salam....

Komen yang saya terima dalam emel tadi...

Kali ini novel dhiya zafira memg menarik..gaya penulisan semakin matang dan tiada bab yg berjela2..apa yg menarik tentang novel dhiya ialah..dr awl penceritaan,dhiya membuatkan pembaca tertanya2 apa yg berlaku..terselit unsur2 suspen..menyebabkan rasa ingin tahu semakin memuncak..sehinggakan utk berhenti terasa syg! Jika anda peminat Izz Karami..dan sukakan karekternya..saya rasa watak utama kali ni , kapten Hayyan Rifqi @ Riff, dapat menandingi watak Izz..sebelum ini saya juga sukakan watak Izz, tetapi setelah membaca JKP, rasa suka tu dh berpindah kepada Riff dan juga Najmi..hehe..inilah kelebihan Dhiya..watak hero digambarkan dgn begitu baik sehingga ada yg gila bayang..:-)

 

Dhiya juga berani meneroka kehidupan seorang Komando..sblm ni saya tak pernah tahu dan terbayang bagaimana komando melaksanakan misinya..sekurang2nya..setelah membaca JKP, terbayang juga bgmana cara hidup atau bidang kerja seseorang komando..bagi saya Dhiya berjaya menggarap kisah komando dlm novel kali ini..tahniah..sesuai dgn topik komando, JKP penuh dgn aksi..terasa seperti menonton filem mat salleh pulak( spt ada pembaca kata mcm cerita rambo...hahaha)..hehe ..walau padat dgn aksi lasak, tetapi Dhiya pandai memainkan emosi pembaca..sekejap kita akan rasa sedih, sekejap ketawa, sekejap membuai rasa..



Watak antara Afi dan Riff, tidak pernah membosankan saya..walau Riff seorang komando, tp dia tetap manusia biasa..ada rasa keliru, sedih, terlalu berahsia..tewas dgn perasaan sendiri jika membabitkan insan yg disayangi..



Jika anda sukakn aksi dan romantik, bacalah JKP kerana anda tidak akan bosan..dan jika anda terbiasa baca novel yg melankolik,mendayu2, cubalah baca JKP..anda akan sukakannya..semua elemen; suka, sedih,ceria,cemas,aksi; diadun dgn baik oleh dhiya..dan jika anda peminat novel dhiya..belilah cepat JKP sbb gaya penceritaan dhiya semakin menarik dan matang..



Saya tak boleh nk huraikan byk ttg JKP sbb nnti tak surprise utk pembaca lain..Beli dulu,baca dan hayati..anda akan rasa berbaloi membelinya..



PSt:-kan bagus kalau dpt di buat drama ( Drama je? filem lg best kot..heheheh)?? mesti lagi seronok..



 
 
p/s - yg tulisan biru tu saya menyibuk...Terima kasih kepada teman yang sanggup membeli, membaca dan memberi komen ikhlasnya...Sesungguhnya membaca emel beliau membuatkan senyuman saya sampai ke telinga...
Bagi anda yang lain, bagaimana pula?

Comments

Nowwa Fitri said…
Aku sedang memperuntukkan masa untuk tenang-tenang baca JKP..pastu nanti aku ulas panjang lebar ek!
dhiya zafira said…
Nora...

silakan..aku menunggu..hehehhehe
ShalbySalbina said…
Akak dah tamat baca novel JKP. Best!!! tahniahlah....tapi dalam blog, akak komen sikit saja....
KAPTEN HAYYAN RIFQI dah jadi jejaka idaman ni...
Azura Ahmad said…
kau nak tak dengar komen dari orang yang dah 15 tahun tak baca novel tapi asyik baca suratkhabar je? nanti aku beli n baca... congrats yer
dhiya zafira said…
Juya....

Kalau kau sudi baca dan komen, aku amat-amat menghargainya....tqtqtqtq...
angel_0109 said…
salam kak....saya baru je habis bace JKP..mmg terbaik...suke sgt dgn watak afi dgn rif...rase mcm nak cakap dgn akak x payah la ade penghujung cite ni..sambung la lagi...
jln citer JKP lain dr yg lain...susah nak dapat novel mcm ni..nnti akak sambung la buat cite pasal najmi hariri pulak..kesian die..x kan die x kawin pulak.hehehehe. congrats kak.all the best...penulisan akak mmg sgt menarik..love it..x sabar nk tunggu buku yg seterusnye...
dhiya zafira said…
Salam angel,

Aduhai...seronoknya akak dengar angel sukakan kisah afi n rif ini. Hilang rasa penat lelah dan pening kepala sepanjang menulis kisah ini. Bila pembaca suka, akak rasa bersyukur2 sangat...
InsyaALLAH...kisah Najmi mmeang akak akan sambung....jangan risau...mmg ramai yang meminta Najmi menjadi hero lepas ni....tunggu ya....
sayamaujdaskar... said…
Assalamualaikum kak dhiya,

citer nih mmg best..saya bce berulang-ulang sbab saya teruja dgn jln citernyer...slps membace JKP,saya tros berminat nak masuk askar..hahaha....lg pown kluarga saya mmg ramai askar..cume utk menjadi seorang komando itu mustahil kerana saya prempuan..again kak....JKP is d bez!!
dhiya zafira said…
sayamaujadiaskar;

terima kasih sebab sudi baba JKP ni...kalau sudi lepas ni bolehlah baca buku2 akak yang lain jugak...

minat jadi askar ek..akak pon minat jugak...hahahahah
asnieda hariani said…
walaupon terambat tp nak komen jgk.hehehe
mmg best sgt²novel JKP nie.sblm ni selau bce kisah²lelaki kaye, pmpn kaye dan sbgai nya.tp JKP mmg menarik mnt sy.huhu

kalo boleh watak haiyan rifqi tu jgn dibuang eh kak, sbb saya mmg dah giler byg kt rif nie.hahaha.ape pon tahniah utk akak.

sy xpnh bc novel yg same berulang kali.tp JKP mmg berbeza bg sy dgn novel²yg ada.watak komando dan wanita biasa.perghhh..mmg saya suke sgt novel nie.dh jadi peberet.pasni nk beli novel akak yg len²pulak.tp JKP tetap di hati, begitu juga dgn Haiyan Rifqi.hahaha

TAHNIAH KAK!!
dhiya zafira said…
Terima kasih asnieda...nantikan kisah jimmy nanti ya..abang si afi akan jadi hero pulak..n tentunya rif n afi akan ada..heheheh
asnieda hariani said…
sama² kak.NAJMI HARIRI ^__^.dlm JKP citer die tak byk.hehe.tak sbr nk tggu ni.abg die pon hebat jgk.hehe
dhiya zafira said…
yup...jimmy pon ada gaya ala2 hero..itu yg kenan ada citer dia sendiri..hehehe

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara