Assalamualaikum,
Minggu lepas rasanya aku menyepi terus dari alam maya. laptopku langsung tidak menyala apatah lagi untuk mencoret sesuatu di blog sendiri. Kata orang kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Dan kata orang juga berhati-hatilah ketika kita menginginkan sesuatu kerana mungkin apa yang kita inginkan itu sebenarnya membawa musibah kepada diri kita sendiri. Seperti n3 aku sebelum ini yang menceritakan keseronokan aku kerana anak-anak buahku tiada di rumah. Aku bukannya mengharapkan ketiadaan mereka. Bukannya aku tidak sayangkan mereka. Aku sayang. Teramat-amat sayang. Cuma kadang-kala, dan aku tahu ada di antara kalian yang mungkin bersependapat dengan aku, yang dibalik segala keriuhan dan kebisingan itu kita memerlukan kesunyian dan ketenangan. Kita memerlukan masa untuk diri sendiri. Satu masa di mana apa yang ada dalam fikiran kita ialah diri kita sendiri. Bukan lama, sekejap pun cukuplah. Itulah yang aku harapkan ketika anak-anak saudaraku pergi ke rumah kakakku.
Baliknya entah silap apa salah seorang anak saudara aku muntah-muntah. Mulanya ingat sebab kekenyangan tetapi apabila sudah sampai 7 8 kali, kami mula risau. Selalunya anak saudara aku tu aktif tapi sedihnya melihat dia terbaring kelemahan. Kasihan betul melihat dia ketika itu. Malam itu pukul 2 pagi aku bawak mak dan dia ke wad kecemasan. Pukul 4, kena masuk wad. Aku tak suka pergi hospital sebenarnya. lebih-lebih ke wad kecemasan. pelbagai memori kembali menerjah fikiran malam itu. Kalau boleh aku tak mahu melihat pun bangunan Hospital tetapi....
Apa yang aku tak puas hati bila pihak Hospital melayan kes kecemasan macam kes pesakit luar. Walaupun dalam bilik kecemasan tu hanya ada dua orang termasuk anak saudara aku, doktornya macam malas nak buat kerja, duduk sahaja d kerusinya. Apa yang dibuatnya pun aku tak tahu. Sampai aku kena tanya berkali-kali. Masa ayah dulu pun, kejadian yang sama berlaku.
Bayangkan sampai 2 jam kami kena menunggu untuk nak admitkan daiful kat wad.
Nasib baik doktor yang bertugas tu ok...layan kami dengan baik. Cuma, yang peritnya bila melihat daiful kena cucuk untuk masukkan air. Sampai kena bengkung sebab dia melawan sebab takut. Aku pegang kaki, seorang nurse pegang tangannya dan keluarlah speaker yang begitu kuat sekali.
Pukul 5.30 am baru aku balik, sebab hanya seorang sahaja yang boleh tunggu. Lagipun wad kanak2 ni lebih strict kawalan dan peraturannya.
Esoknya anak kakak aku pula muntah2 dan cirit-birit. Kakak aku tak nak bawak ke hospital kerana dia pernah mengalami kejadian yang sama dulu. Jadi seorang di hospital dan seorang di rumah. Memang carpet asyik basah saja dengan muntah Izz tapi akak aku ni degil sikit. Kejadian yang sama berlaku pada anak adik aku pula. muntah dan cirit2. aku call mak cakap apa yang berlaku. Mak cakap kalau muntah sekali lagi bawak pi Hospital. So, dalam pukul 12.30 malam aku bawak Aisy dan Izz pergi. Aku paksa kakak aku bawak anak dia sebab semua anak kena kes yang sama.
Akhirnya, 3 orang cucu mak aku kena admit dalam wad dan bilik yang sama. Wah meriah pulak rasanya sampai satu family berkhemah di Hospital.
Oleh sebab adik aku tak balik lagi, so adik bongsu akulah yang kena menjadi penjaga malam itu. So, seorang ambil satu baby. Bila di rumah hanya aku dan adik sahaja. aku tak boleh tunggu sebab kerja. Adik aku pula tak berapa sihat.
Esoknya pukul 6 pagi mak call suruh adik datang ganti sebab mak pulak kena cirit-birit. Dah sah family aku kena keracunan makanan, tapi masih tak pasti apa yang kami makan. kerana tidak semua orang kena. Doktor pun terkejut sampai terpaksa buat soal selidik.
Aku bawak mak ke ER Tapi doktor tak nak admit mak ke wad sebab dia kata mak tak teruk. Lagipun katil penuh. Aku argue kata ni dah jadi kes besar pasal satu family terlibat. Doktor suruh aku bagi mak minum air garam banyak2 untuk ganti balik air dalam badan. Aku kata bukan aku tak nak bagi tapi bile keadaan mak yang longlai itu, dia memang tidak mampu nak berbuat apa-apa pun. aku kata at least admit mak aku sekejap untuk masukkan air. Doktor tu setuju. So, giliran mak aku pula. Bila dah masuk air, keadaan mak aku bertambah baik. jadi petang tu aku bawak mak aku balik. Hanya kami bertiga. Aku, mak dan anak saudara perempuan aku. Dalam pada itu kami dok risau siapa pula yg kena kali ini.
Aku kata pada mak, sunyi betul budak2 tu tak ada. Dulu bila budak2 tu buat perangai rasa geram dan seronok bila depa tak ada tapi bila ini yang berlaku aku rasa kesal pula. Saat itu aku rasa aku lebih rela mendengar suara diaorang menjerit dan menangis daripada terlantar kelemahan di wad sana.
Syukur Alhamdulillah hari jumaat lepas mereka semua boleh keluar. Adik aku yang sakit telinganya aku bawa ke Taiping Medical center. Aku n mak sepakat kata mahal pun mahallah asalkan cepat baik. Yang penting malas nak berdepan dengan karenah birokrasi pihak hospital.
Sekarang ni ketika aku menaip, aku baru sampai dari Bukit Mertajam. Melawat tok yang tidak sihat. Dalam seminggu ni memang banyak betul dugaan yang kami terima. Tapi tak mengapalah, asalkan semuanya masih sihat, aku tak akan merungut lagi.
No comments:
Post a Comment