Salam...
Hajat hati mahu ke sini tahun depan. Saja mahu berjalan-jalan mencari ilham sambil menghabiskan duit yang tak berapa nak ada tu. Rancangnya mahu pergi bulan Jun dan ditukar ke bulan April pula. Aku ditugaskan membuat itinerary sepanjang seminggu berada di sana. Jadi...bila bosan-bosan di library ni laju je aku menggoogle tentang Western Aussie ni dan memilih mana tempat yang menarik. Pada mulanya aku memang macam tak berminat ke negara Kanggaroo ni. Infact tak ada pon dalam my wish lists negara yang nak diterokai. Tapi sejak aku mengoogle dan melihat serta membaca komen-komen pengunjung yang sudah tiba di Perth ini aku pun ada rasa sedikit suka dan teruja.
Jadi...bertambah rajinlah aku mencari maklumat. Haha...memang kelakar kalau nak diikutkan macam mana aku begitu rajin mentelaah keluasan bumi Austaralia ini esp bahagian Western Aussie ni. Ya...seminggu tidak cukup. Hanya boleh berjalan sekitar Perth dan kawasan yang berdekatan sahaja. Kalau mahu ke Shark bay, Denham ataupun Monkey Mia untuk melihat dolphin...jaraknya sahaja sudah sejauh 800km lebih dari Perth. hendak menyewa kereta dan bermalam..bemakna sudah lari bajetnya. Rasanya kalau sampai pun mungkin hanya setakat Jurien Bay dan Pinnacles sahaja. Jadi...bersama itinerary yang tak berapa nak siap...aku sudah berangan-angan menjejakkan kaki ke sana.
Jadi...bertambah rajinlah aku mencari maklumat. Haha...memang kelakar kalau nak diikutkan macam mana aku begitu rajin mentelaah keluasan bumi Austaralia ini esp bahagian Western Aussie ni. Ya...seminggu tidak cukup. Hanya boleh berjalan sekitar Perth dan kawasan yang berdekatan sahaja. Kalau mahu ke Shark bay, Denham ataupun Monkey Mia untuk melihat dolphin...jaraknya sahaja sudah sejauh 800km lebih dari Perth. hendak menyewa kereta dan bermalam..bemakna sudah lari bajetnya. Rasanya kalau sampai pun mungkin hanya setakat Jurien Bay dan Pinnacles sahaja. Jadi...bersama itinerary yang tak berapa nak siap...aku sudah berangan-angan menjejakkan kaki ke sana.
Ya...kata orang jangan seronok sangat sebab selalunya musibah akan menimpa. Kata orang lagi..jangan ketawa sangat kelak akan menangis pula. Apa yang berlaku? Alhamdulillah...tiada apa yang berlaku kepada aku namun dugaan yang menimpa seorang sahabat menyebabkan aku tersedar bahawa hidup kita ni dunia ini amat singkat sekali. Kadang-kadang apa yang kita rancangkan tidak menjadi kenyataan. Allah memberi nikmat dan dalam sekelip mata nikmat tu boleh ditarikNYA kembali. Dan andainya kita ini cetek sekali imannya, kita akan mempersoalkan kenapa ini yang berlaku. Kenapa mesti kita?
Kata emak sewaktu aku mahu ke Spain, dari aku habis beribu-ribu ke negara orang putih tu, lebih baik aku ke menunaikan umrah, takpun simpan duit terus utk mengerjakan haji. Dapat jugak pahala. Reaksi aku waktu itu, hanya tersengih sahaja. Masa tu aku tak nampak benda lain dah. Aku nak ke sana jugak. biarpun habis hampir 10k, aku tetap tak kisah. lagipun aku kata dengan mak...nanti cheq( aku bahasa diri aku cheq di rumah) pergilah. Tak sampai seru lagi kataku walaupun teringin juga mahu ke sana.
Kali ini aku mahu berjalan lagi. Emak berbunyi lagu yang sama. Kalau nak habiskan duit tu pergi beribadat tak apa jugak. Ni balik-balik pergi negara orang putih. Apa yang hang dapat? Sekali lagi aku tersengih. Dan jawapan aku juga sama. Kali ini aku sudah siapkan tarikh mahu pergi. Aku kata " tak apa mak...cheq dah plan nak p tahun 2011 ni. Bagi cheq betul2 sedia dulu nak pergi sana" kataku pada emak.
Ayat selamba emak pula menjawab " kot sempat hang nak p." Er..er..memang terkedu jugak aku masa tu. Memang tak boleh dah membalas kata-kata mak.
Dan...sahabat yang aku kasihi, impiannya untuk mengerjakan umrah tahun ini tidak berjaya kerana musibah yang menimpa dirinya. Sebelum ini dia ada mengajak aku untuk menunaikan umrah bersama ( sepatutnya bulan ini) namun seperti biasa..aku yang jahil ini menolak dengan alasan belum bersedia.
Kejadian yang menimpa terus membuatkan plan aku ke Aussie menjadi tawar. Kata-kata emak semakin terngiang-ngiang. Aku tahu kalau tunggu aku bersedia...entah bila aku akan diberi nikmat untuk bersedia itu. Dan andai kata aku pergi sebelum berpeluang sujud di bumi Haram itu, bagaimana? Ya...menunaikan rukun ke 5 itu wajib kepada yang berkemampuan. Buat masa ini aku belum berkemampuan untuk menunaikan haji. Namun...kalau diizinkan ALLAH...aku mahu menjadi tetamunya di sana. Teringat aku pada lagu DEMI MASA dari kumpulan Raihan.
Demi masa sesungguhnya
manusia dalam kerugian
melainkan yang beriman dan beramal soleh.....
inagt 5 perkara sebelum 5 perkara
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati
Ya..tiada jaminannya bahawa dalam hidup ini aku berpeluang menjadi tetamu ALLAH walaupun ketika ini aku mahu sangat-sangat ke sana. Di saat dan ketika ini, aku hanya mampu memohon dan mengharap pengampunan dari YANG MAHA KUASA. Aku hanya mampu berharap bahawa apabila tiba dan saat ketikanya nanti, aku mampu menjejakkan kaki ke sana. YA ALLAH...permudahkanlah urusan hambaMU ini...Ya RABB...hanya padaMU aku bersujud....
No comments:
Post a Comment