Tuesday, December 08, 2009

psssst..ssssstttt....ssstttt



Salam....

Malam semalam sempena hari Lahir Mak, aku bawa mak dan adik-adik makan di Kenny Rogers...hmmm..dah lama tak makan di tempat lelaki yang menyanyikan antara lagu kesukaan aku iaitu Lady tu. Kalau korang tengok wajah emak kat atas mesti rasa musykil kenapalah mak aku ni masam aje mukanya. Nak tau? hahaha..sebabnya mak aku tengah mengantuk. Jenuh jugak aku memujuk dia supaya ikut kami. Nasib baiklah emak nak ikut kalau tak, memang tak bermaknalah kami keluar malam tu. Tapi emak biasalah...mana boleh mengantuk lama-lama. Lepas makan emaklah yang paling cergas masuk satu kedai ke satu kedai. Aku ikut sahajalah...Lagipun berjalan dengan family ni memang seronok. Kalau lagi ramai lagi best. Yang tak bestnya kalau budak2 buat perangai. Nanti sorang2 makcik depa naik hantu. hahahah...
Lepas makan dan membeli serba sedikit, kami pun balik le..dalam lebih kurang pukul 10 lebih. Selalunya urusan mengunci dan membuka pintu ni kerja si Sarah namun bila malam tu aku malas nak drive, jadi secara automatiknya akulah kena membuka pintu. Selepas ini terjadilah episod yang mencemaskan dalam hidup kami semua...Nak tahu? bacalah....
Kat rumah aku ni, ada 2 pintu boleh masuk. Satu pintu sliding dan ada satu pintu kayu. Bila ke mana-mana, kami akan gunakan pintu kayu je sebab malas nak membuka gril dan sebagainya. Jadi semasa aku terkial2 mencari anak kunci, adik aku terdengar bunyi deseran ...sssst...ssst..Dia tidak menyebut secara terus tapi dia cakap dia ada terdengar bunyi alif wau lam ro ( siap eja jawi lagitu). Mulanya kami tak percaya..aku terus buka pintu dan adik aku dengan menggunakan handset dia cubalah suluh ke arah bunyi tadi dan sebaik sahaja lampu disuluh..bunyi tu kedengaran lagi. Apa lagi cepat-cepat kami masuk ke rumah dan panik sekejap. Walaupun benda alah tu kami tak nampak lagi tapi adik aku yakin dia tidak salah mendengar. Untuk pengetahuan semua, mak aku memang fobia dengan ular. Fobia yang sangat-sangat. Kalau ada istilah lain yang boleh mengatasi ayat fobia. itulah dia. Ular ni mak aku langsung tak boleh tengok. Kalau kami sedang tgk national geografic pasal benda alah ni..memang kami akan beri amaran awal2 pada emak..jangan pandang belakang..er silap...jangan pandang tv.
Bila dah ada dalam rumah tu kami bukak sliding window dan mencari dengan lampu torchlight. beberapa minit kemudian, adik aku kata dia dah jumpa. Rupanya benda alah tu dah kekenyangan makan 2 ekor hamster adik aku. Siap lepak dalam sangkar hemster tu lagi. Kitaorang bila dah nampak benda hitam berkilat tu apatah lagi. memang panik. Fobia emak memang melekat pada kami. Kami call jiran sebelah untuk minta tolong. Pakcik sebelah rumah datang bawak tongkat. Alahai...tak tergamak pula nak suruh pakcik tu bertarung dengan ular tedung. Jiran aku suruh masak air panas sebab nak siramkan kat ular tu tapi memikirkan risiko, kami kata nak telefon bomba. Bila dah call tu, bomba kata depa akan hantar pihak JPA ( Jab. Pertahanan Awam) datang ke rumah.
Sementara menunggu tu adik aku terus menerus menyuluh ular tedung tu sebab takut dia lari. Andai kata dia lari, sekurang-kurangnya kami tahu mana arah ular tu pergi. Bila pihak JPA tu datang dengan lampu lip lap2 memang menjadi tarikan orang. Dalam beberapa saat, perkarangan rumah aku dipenuhi orang. Masing2 nak melihat apa yang berlaku sebenarnya.
Ular tedung itu tidaklah sebenar mana. Dalam kategori mahu menginjak remaja agaknya tapi begitu aktif dan mahu menyerang. Walaupun pada mulanya dia kekeyangan, dia sanggup meluahkan balik hamster yang dah ditelan tu untuk melawan. Bayangkan hampir setengah botol ridsect pihak JPA tu sembur nak mamaikan dia tapi tak berjaya.
Pihak JPA yang seramai 5 orang itupun begitu berhati2 untuk menangkap ular yang agak agresif tu. Bayangkan dalam semua perhatian tertumpu pada ular tu, dia hampir2 dapat melarikan diri. Kitaorang yang tak ketinggalan menyaksikan adegan tu memang menjerit sekejaplah. Tapi Sepandai2 ular melingkar, pandai lagi pihak JPA tu. Akhirnya ular tu pun berjaya ditangkap.
Bersambung kepada cerita emak aku pula....sepanjang masa pihak JPA tu bertungkus lumus, emak hanya menunggu di dalam rumah. tidak berani langsung melihat apa yang berlaku. Dan dalam menunggu tu emak tetap panik. Nasib baik kami adik beradik tahu bagaimana nak handle keadaan emak ( mak ada penyakit jantung, dan darah tinggi dan sepanjang masa kami kecil dulu mak sakit teruk kerana lelah). Jadi sepanjang malam emak takut nak tidur. Kami periksa setiap lubang pintu, setiap bawah almari dan meja...manalah tahu..ada yang menyorok dalam rumah pulak.
Di kawasan rumah aku ada bukit kecil penuh dengan hutan lalang. Pagi tadi ada jentolak masuk dan menarah bukit tu. Aku kata pada mak...ni dah jentolak masuk ni ..adalah benda alah tu nak turun. Mak pun mengiyakan aja. Dan malam sebelum keluar makan, emak menegur keadaan rumah yang bersepah sebab banyak kain tak berlipat. Kata mak...dekat kain baju hangpa ni..ular sawa pun boleh menyorok. Hmmm...Hari ni mulut emak dan mulut aku benar2 masih. Ular memang datang ke rumah kami. TAKUTTTTTTTTTT....

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...