Showing posts with label Jalan-jalan kedah. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan kedah. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Mini Karnival di Kedah


Salam...

Entri yang tertangguh setelah sekian lama. Dan kalau hendak diikutkan, sememangnya banyak cerita yang masih belum saya ceritakan...malas adalah penyumbang sebab yang utama. Saya mahu berkongsi satu cerita...projek JIWA KACAU saja lepas untuk set pertama. Walaupun masih ada sedikit pembetulan dan penambahan yang perlu dibuat, namun saya sudah mendapat greenlite untuk meneruskan ke set ke 2 pula. Dan jika, segalanya berjalan lancar, saya mahu berhenti di set ke 3 sebelum kembali mengadap Jimmy's Story. Saya sudah mendapat banyak sekali pertanyaan supaya menyambung kisah jimmy ini dan ramai juga yang bertanyakan bilalah jimmy akan terbit di pasaran. Aduhai...berat saya mahu menjawab kerana Jimmy sememangnya belum bertemu titik noktahnya lagi. Dan saya tidak tergesa-gesa mahu menyudahkan kerana saya tahu, apa-apa pun Jimmy akan diterbitkan utnuk tahun hadapan...InsyaALLAH...Jadi..untuk masa terdekat, saya tumpukan dahulu pada jiwa kacau ini.
Alahai...cerita yang berlainan dari gambar ya..Tak apalah..kita sambung lagi perihal Mini karnival ini yang julung-julung kali diadakan oleh pihak Karangkraf yang luar dari negeri..hehehe..Kalau dahulu seringkali diadakan di Shah Alam atau KL sahaja. Kali ini Sg.Petani menjadi pilihan. Lalu, saya dan beberapa teman penulis dari utara ( Taiping - penang - kedah - perlis) dijemput untuk memeriahkan karnival ini. Aleya Aneesa pula diimport khas de KL, kerana antara kami semua, novelnya memang sedang hot di pasaran. Saya suka je bila Aleya ada..ada teman untuk hu ha hu ha sikit. Bukan tidak berkawan dengan lain-lain penulis, cuma antara saya dan Aleya sudah rapat...jadi faham-faham sajalah ya...hhehehe..
Di sana, saya bertemu dengan beberapa rakan FB yang sudah berjanji mahu bertemu. Malah ada di antara mereka yang begitu rajin membawa kesemua buku2 saya untuk ditandatangani. Waduh...terharu gue...Iyalah kan..saya dulu pun sebelum menjadi penulis rasa excited je kalau dapat berjumpa dengan penulis yang saya minati..jadi sekarang ini..saya melalui pengalaman yang sama...dan kali ini, saya pembaca yang menyukai karya2 saya. saya menemui Lieza Eija, Shakila, kak Suzana,  Iliana dan adiknya Atikah..(antara beberapa nama yg saya ingat kerana FB). Dan sungguh saya rasa terharu(berapa kali nak ulang ni)...bila Illiana dan Atikah, begitu beria-ia menyakinkan saya bahawa mereka memang sukakan buku2 saya terutamanya JKP..ALHAMDULILLAH...saya memang bersyukur sangat-sangat seandainya pembaca dapat menerima penulisan saya...dan setiap kali saya menurunkan tandatangan, soalan yang sama kedengaran..." Jimmy bila nak siap?" Aduh...jiwa kacau..jiwa kacau..huwaaaaa.....




Thursday, January 07, 2010

layan gambar kat AS( ALOR SETAR ye)

Sarah : Yin..acik pinjam 2 minit aje..dah lama acik tak naik..ntah2 acik tak reti naik dah
Nurin: Acik..acik belilah basikal acik sendiri. Yin nak naik basikal Yin. nanti acik naik tayar pancit mcm mana?
Arumi : Nape mi sorang2 aje ni? mcm mana mi nak naik? brek takde, angin tayar pon tak de..sapa nak tolong mi ni?

Hadiff : adik punya mana? nape stereng ni tercabut? mcm mana adik nak naik keta ni?



Pak cho : budak ni..keta stereng tercabut pon nak naik. dahlah kepala macam upin ipin aje..
Hadiff: ni keta adik la pak cho...(dibaca dengan gaya Hadiff yang very familiar)

Adik : cantik tak adik senyum?
Nurin: asu dengan Yin sama2 cantik kan? eh silap..Yin lagi cantik dr asu.
Daiful : Ben 10..ben 10..ben 10...
Izz zayyad : adik nak naik basikal adik....

Izz zayyad : abang..abang bagi adik naik pulak..tu basikal adik..
Daiful : boleh blah...

Nurin : yey yey..Yin dah dapat balik basikal dr acik
Hadiff : yey yey..adik naik basikal mi...
Pak Cho: yey yey..hangpa tengok apa?

* Scene berlaku pada petang hari Jumaat di mana aktiviti berbasikal dilakukan setelah kesemuanya gigih mencari comot si kucing yang hilang....

Tuesday, December 29, 2009

Day1- Taiping - Baling - Alor Setar


Salam...
Pagi Jumaat Aku, mak, metty, ijat, Husna, sarah, adik, daiful, arumi dan Hadiff ( banyaknya) bertolak ke Baling, rumah Husna ( isteri ijat). Kalau mengikut plan memang tak rancang pon nak singgah baling sebab kalau nak berpatah semula ke Alor Setar tu macam jauh je. Tetapi terpaksa jugak pergi sebab nak mengambil kucing Husna yang ditinggalkan kat sana masa dia balik kampung beberapa minggu lepas. Sebab tinggal kucing tu pon sebab ijat kena p kursus di Ipoh seminggu. dan untuk seminggu tu dia hantarlah Husna balik umah mak dia...so bawaklah sekali kucing dan sangkar dia. Bila Ijat abis kursus, dia penat nak ke baling semula dan terpaksalah Husna ni naik bas. dah naik bas tu takkanlah nak bawak sekali kucing tu kan. Jadi...dah alang2 kami nak ke utara, Ijat pon ajaklah singgah sana untuk makan tengahari sekali.
Perjalanan ke Baling tu adalah kira2 2 jam jugak nak sampai. Ijat ajak singgah sampai malam sebab nak mandi air panas tu, tapi kepala masing2 dah menggeleng. Kalau boleh nak sampai Alor setar sebelum lewat petang. Sesiapa yang pernah p dan tinggal di Baling ni patutnya tahulah keadaan jalan dia yang tak berapa nak elok ni. Jalan rosak sepanjang perjalanan..kalau tak berlubang, penuh pulak dengan batu2 atas jalan. Ada jugak yang jalannya, masa aku ikut pergi kenduri ijat setahun yang lalu pun masih belum siap2 lagi. Mujurlah jalan ke kampung becah sawa tu dah ok sikit.
Sampai kat umah MIL ijat, si husna tak menyempat-nyempat cari kucing dia..ala2 rindu agaknya..hahahha...hmmm..sebelum ada anak ni...bermanja dengan anak kucing ajelah ya...Tapi tak apa...depa pun muda lagi. Sementara orang2 dewasa ni bersembang2...budak2 tunjuk kreatif masing2. Sangkar kucing tu yang jadi mangsa. Tengoklah pak cho ( Ijat) melayan karenah anak-anak saudara yang ikut sama tu.
Mulanya memang tak plan nak bawak arumi dan hadiff sebab depa baru balik dari pahang. sebab kenduri mak saudara depa. Infact sampai malam khamis tu...dan beg pun tak sempat nak punggah bila mak cakap nak bawak depa sama. Yelah..kalau tak bawak kesian pula sebab kami memang niat nak bawak budak2 tu ke gua kelam....Bila mak nak bawak budak2 tu ada dua reaksi dari kami semua. Aku setuju dengan pendapat mak. Yang lain tak berapa setuju sebab mengenangkan Arumi yang suka buat perangai bila dah berkumpul ramai2. Lagi satu mak bapak dia tak nak ikut sebab penat jadi takutlah kalau malam2 dia mencari pula mak dia kan. Jenuh macam mana nak hantar balik. Arumi kalau menangis Fuh...yang mendengarnya memang kena istighfar banyak2...Ynag boleh pujuk dia pun metty aje..Aku pun dia ikut mood. Ada masa aku boleh pujuk dia..dan beberapa banyak masa yang lain, aku memang mati kutu kalau dia menangis...
So...bila dah berbincang tu, kami bawalah juga. Kasihan pulak kalau ditinggalkan. Lagipun kami dah plan akan suruh depa bermain sampai penat, so malam tak meragamlah..hahha..keji punya mak saudara...
So...berbalik semula pada trip..lepas lunch dan solat, kami bergerak ke Alor setar. Aku drive kat belakang so, iJat yang lead. Boila tgk ijat guna jalan lain, kami diamkan dan ikut ajelah sebab tahu pergi alor setar ada bererapa jalan alternatif, cuma yang berzanya jauh dan tak jauh ajelah...Tak sangka pula sebab ijat guna jalan yang jauh...Aku dah gelabah dah..masa kat Taiping mak isi minyak, aku tak isi sebab minyak ada lagi. Aku bajet sempat sampai AS. tapi bila dah guna jalan jauh ni...stesen minyak langsung tak nampak. Aku dah cuak dah sebab lampu minyak tu asik2 menyala aje...Last2 jumpa jugak stesen minyak mini ...hahhaha..ala2 stesen minyak kampung yang ntah apa2 nama minyak nya ntah...( tapi mujurlah caltex)..
Lepas isi..teruskan perjalanan..Kami mengambil masa hampir 3 jam nak sampai AS. aku dah mengeluh sebab dari taiping ke AS pun dalan jangka masa yang sama juga. Mujurlah sepanjang perjalanan tu, kami disajikan dengan pemandangan yang indah..jadi tak adalah rasa nak marah sangat sedangkan aku tahu..ada jalan yang lebih dekat. Kalau aku tahu beginilah jauhnya..memang aku nak bertegas kat Ijat supaya ikut jalan yang pernah aku lalu dulu...otw..tu ada jumpa satu tasik...( tak tahu apa nama dia) cantik sangat...kalau ikutkan rasa hati nak aje aku parkir keta dan amik gambar...rasa rugi pulak tak amik pic masa tu...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...