Este Hombre Es Guapo

Salam...

Rasanya pembaca yang mengikuti blog saya ni tahu yang saya gila dengan lagu2 latin kan? Lebih-lebih lagi tentang penyanyi David Bisbal ini. Saya pernah bercerita tentang dia di N3 ini. Saya memang tak bosan-bosan mahu bercerita tentang dia sebab saya sangatttttttttttttt sukakanya suaranya. Suara dalam dan serak-serak basah. Serius ni...korang cuba dengar lagu2 dia. senang je nak cari. pergi ke kat u tube tukan...berlambak2 lagu dia. Infact masa persembahan live dia masa dalam operacion triunfo / akademi fantasia tu ada banyak jugak.
Pakcik ni dulu  rambutnya kerinting
macam mee maggie..la ni dah pendek. Makin hensem...
renungan dia cairlah...hahahah
 Untuk pengetahuan, dia sudah merakam 3 buah album iaitu yang pertama Corazon Latino, Buleria dan yang terbaru premonicion. Saya hanya ada dua album terakhirnya sahaja. Buleria dibeli oleh kakak saya bercuti ke UK 4 tahun lepas. Premonicion pula diorder dari kawannya yang sedang buat PHD kat UK jugak. Bila kami ke Spain dulu, cuba cari 1st album dia, tapi semua kedai sold out. Ialah album itu direlease pada tahun 2002, jadi memang susah nak cari. Salah satu kedai boleh orderkan untuk kami, tapi sebab nak balik m'sia dah, jadi terpaksalah batalkan hasrat nak meng-order itu. Sampai sekarang ni albumnya masih tak dapat. Hmm..Memanglah boleh cari dalam internet, tapi bila dah minat ni...tak puas kalau tak dapat pegang album tu sendiri kan?
Punyanya minat dengan si david ni (sebutnya bunyi DA-VID....dan bukan DEY-VID)...hhaaa..feeling2 latin gitu...masa kami OTW p granada, siap nak singgah ke Almeria dulu nak mengjenguk kampung si david ni..hahaha...
Cover album pertama hingga ke 3..tgk rambut asalnya dulu...
Semasa pakcik ni jadi student akademi itu, salah satu tugasan mereka ialah kena menyanyikan lagu-lagu dari filem terbitan Disney...cth; beauty n the beast, aladdin..snow white..etc..etc..n david ni menyanyikan lagu someday atau dalam spanishnya Suena yang menjadi latar filem HAUNCHBACK OF NOTRE DAME. Lagu versi Inggerisnya dinyanyikan oleh kumpulam yang pernah terkenal satu masa dulu...ALL 4 ONE. Saya cukup minat lagu ini..versi david ya...dan saya akan letakkan kedua2 video untuk anda bezakan which one is better..ok..selamat mendengar... 

video

Versi asal - SOMEDAY


video

SPANISH  - SUENA yg juga bermaksud mimpi

p/s - saya tak boleh letak david nyanyi life sebab kualiti suara rakaman tu tak berapa jelas...Tapi suaranya tak beza samada life atau record

Comments

dieya said…
esok i resume my next round of spanish class. tak sabar nak jumpa mis amigos and cakap spanish semula!

u went to spain on holiday ke? or belajar/kerja sana?
dhiya zafira said…
hola dieya, mi chica..hehehe

I went for holiday je..my sister yang study kat sana...
Eera Shera said…
macho la suara die kak...heee..bes la kak dpt g sane.tbe2 tringt lak ptemuan jad n amie..dkt spain la kn... =)
dhiya zafira said…
nOOR

tau takpe..suara dia mmg macho..mmg dengar berkali2 pon takkan bosan...
Ha'ah..jad n amie jumpa kat sanalah..heheheh

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara