Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu??? Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya......segala jawapan ada di dalamnya....
KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai se suatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.-Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
- Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..... –Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12
4 comments:
Bersyukur pada ALLAH.. Dan terima kasih Kak Dhiya kerana meletakkan entry ataupun paling tepat dikatakan sebagai nasihat yang amat berisi di atas ni.. Di saat-saat hati sedang lemas dalam rasa sepi, kalah dan walang yang bagai tak berpenghujung ni, saya amat bersyukur kerana tergerak hati untuk singgah ke blog Kak Dhiya hari ni.. Entry ni sedikit-sebanyak memberikan saya semangat dan kekuatan dalam diri untuk terus bertahan lagi dan memperjuangkan hidup yang masih belum bertemu titik nokhtah ini. Ya, saya sedar sesungguh setiap yang berlaku pada saya hari ni adalah suatu ketentuan dan bukannya sekadar menyakiti saya melainkan ada hikmah belaka. Tuhan mahu menguji iman kita, kan? Harapnya saya dapat melepasi dugaan yang satu ini dengan segera. Beratnya rasa...
Sama-sama sofea...apa yang baik itu..sama2lah kita kongsikan...
baca n3 ni... rasa sedikit kuat dn tenang. sb semua soalan yg ditanya, x pernah nak lari dari minda... apa pun, moga ALLAH berkati kita semua, kak dhiya...
thnx kak dhiya..nasihat yg sgt bermakna.rse bersemangat plak ble bce..bese la kte manusia bese sntiase diuji..
Post a Comment