Dia sudah tiada...

Salam...

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa yang ingin saya cerita di dalam n3 kali ini. Sudah berhari-hari juga saya cuba mencoretkan sesuatu namun sepantas mana saya membuka blog ini sepantas itu juga saya memangkahnya. Saya ingin mencoret sesuatu namun saya seperti kehilangan kata-kata..kehilangan punca untuk menulis walau sebaris ayat...
Rasanya mungkin ada yang sudah tahu apa yang berlaku kepada keluarga saya baru-baru ini. Dan mungkin juga ada yang tidak tahu. Tanggal 25 jan 2011, di saat kakak sulung saya meraikan ulang tahunnya yang ke 37, adik lelaki saya yang dipanggil abang itu kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan ketika pulang dari kerja. Ya ALLAH...mati itu pasti...bahawa janji TUHAN itu benar..tetapi sungguh saya dan keluarga tidak menyangka sama sekali...dia pergi buat selama-lamanya. Kehilangannya benar-benar membuatkan kami tersentap..terkedu...terhenyak dan tentu sekali diiringi dengan rasa tidak mahu percaya...namun kenyataannya....sudah 14 hari dia sudah bersemadi di alam sana...di sebelah pusara arwah ayah saya.
Ya ALLAH...Betapa hebatnya dugaanMU buat kami...kehilangan ayah masih lagi dirasai sehingga kini...kesedihan kerana hilangnya tonggak kekuatan kami masih belum berhenti dan kini abang pula pergi...apatah lagi perginya abang meninggalkan ibu, adik beradik, isteri dan dua anak yang masih terlalu kecil untuk mengerti erti sebuah kematian.
Rasa baru semalam sahaja abang datang ke rumah menonton rerun pi mai pi mai tang tu dengan kami. dan esoknya pukul 12.30 pm emak telefon mengatakan dia kemalangan. Saya di tempat kerja ketika itu. Suara emak biasa2 saja. Walaupun bimbang, tapi saya tahu emak cuba melawan rasa takutnya mendengar abang kemalangan. Dulu, semasa abang berumur 17 tahun, abang pernah terlibat dalam kemalangan juga..saya yang menerima panggilan tersebut...bila saya tanya bagaimana keadaannya..mereka hanya mengatakan dia patah kaki... tetapi kali ini...apabila isterinya bertanya bagaimanakah keadaan dia...dr hanya menyuruh kami segera ke wad kecemasan tanpa memberitahu sedikitpun bagaimana keadaannya...Saya, emak dan isterinya sudah menyangka yang buruk2...namun masing2 hanya mendiamkan diri..tak berani menyuarakan apa yang kami rasa...takut kiranya semua itu menjadi kenyataan....
Apa yang kami takuti benar2 terjadi. " Kak...abang dah tak ada..." lima patah perkataan dari mulut dik ipar benar2 mengubah hidup saya. Ya ALLAH...luluh jiwa saya melihat jenazahnya yang terbaring itu. Saya sendiri tak tahu hendak tenangkan diri siapa..saya sendiri atau adik ipar saya...kami berdua sama-sama terkedu dan tidak tahu mahu berbuat apa. diluar pula emak sedang menunggu dengan anak2 arwah...macam mana hendak saya terangkan kepada emak? Macam mana saya perlu khabarkan kepada seorang ibu bahawa anaknya sudah tiada? Saya telefon adik lelaki saya kerana saya tidak sanggup beritahu kepada yang lain. saya tahu...apa kesannya berita yang saya khabarkan ini kepada mereka. Yang asyik saya ulang kepada adik ialah.." mcm mana nak cakap dengan mak..mcm mana nak cakap dengan mak?" 
Emak saya ada penyakit jantung...darah tinggi..lelah dan asma dan segala macam penyakit lagi...saya tidak tahu macam mana cara terbaik saya perlu saya gunakan. Saya tahu adik ipar saya sendiri tidak berani nak khabrkan berita tersebut. Jadi...walaupun payah..saya keluar juga..meminta emak duduk dan tenangkan diri..saya tahu..melalui reaksi emak..emak sudah tahu apa yg berlaku..cuma emak mahu mendengar sendiri dari mulut saya... Walaupun emak nampak lemah, tapi saya tahu emak kuat semangat...jiwa emak mmg kental..emak hanya menyebut nama ALLAH bertalu-talu apabila saya sampaikan berita buruk itu....
Ya..kami semua terperanjat...semuanya tidak mahu percaya dengan apa yang berlaku. adik dan akak saya mula menelefon...masing2 sudah menangis di talian...saya pula terpaksa kuatkan diri untuk mengurus semua ini...Hanya saya seorang kerana adik beradik yang lain tinggal di serata negeri.
...saya maklumkan kepada Haji Sohor...pakcik yang tinggal di taman perumahan kami..pakcik yang sama menguruskan jenazah ayah...saya maklumkan kepada dia...minta dia uruskan urusan di rumah..urusan penguburan dan sebagainya....Sedang saya uruskan bermacam perkara, emak sudah nampak tidak sihat...akhirnya emak juga terlantar di wad kecemasan..
dengan history jantung...dr memberikan sepenuh tumpuan kepada emak....Saya? Sudah tiada masa untuk bersedih...ada masanya saya buntu mana satu hendak diuruskan..adik ataupun emak? Aduhai...saya mengharapkan agar adik beradik yang lain boleh terbang ke sisi saya dnegan segera...rakan2 mula menefon..dan saya hanya mampu menangis.
Mujurlah kawan emak tiba..jadi saya serahkan tugas menemani emak kepada dia..kemudian adik saya sarah tiba...saya suruh dia balik utk uruskan hal rumah...dan bawa sekali anak2 arwah pulang. saya uruskan jenazah adik yang perlu dibawa ke bilik mayat...tiba di sana..Haji Sohor sudah menanti. Ya ALLAH leganya saya apabila pakcik yang cukup baik itu menenangkan saya supaya segalanya telah diuruskan...Saya hanya mampu bersyukur...saya hanya mahu pemergian abang dipermudahkan....tak lama kemudian adik lelaki saya tiba dari penang...pukul 4.30 jenazah sudah siap dimandikan dan dikafankan di hospital...kami bawa dia pulang ke rumah utk memberi peluang sanak saudara melihat dia buat kali terakhir dan selepas asar abang selamat dikebumikan...
ALHAMDULILLAH...syukur saya kerana urusan dia dipermudahkan tanpa ada sebarang masalah....Dalam masa tidak sampai 5 jam dia meninggal dunia, dia sudah bersemadi dengan tenang...
Arwah abang dilanggar / digelek oleh trailer semasa mahu pulang dari kerja...tempat kejadian berlaku di lampu isyarat...Kalau mendengar cerita yang diberitahu dr...saya sudah membayangkan bagaimana teruknya jenazahnya..namun ALLAH itu MAHA KUASA...jenazah masih tetap dalam keadaan sempurna...tiada yang pecah..yang bersepai atau apa sahaja yang berlaku kepada jenazah yang digilis lori trailer...Ya saya tahu kecederaan dalamannya yang teruk tetapi...saya cukup bersyukur kerana saya dan keluarga masih mampu melihat wajahnya yang terakhir..masih mampu mengucup wajahnya  yang tenang tetapi sejuk itu...
Aduhai..saya sudah tidak mampu menulis lagi...tetapi saya gagahkan diri kerana saya mahu bercerita ttg dia...kepada teman-teman terima kasih kerana sudi mendoakan dia...sekiranya anda membaca n3 saya ini...tolong sedekahkan AL FATIHAH untuk dia...Mudah-mudahan dia tenang di sana...Mudah-mudahan kehidupan dia di sana lebih membahagiakan dia dari kehidupan dia di dunia ini...

Abang...berbahagialah abang didalam perjalanan abadi..semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa abang..Semoga ALLAH mempermudahkan abang...semoga abang tergolong dalam golongan yang beriman...Antara kita semua, abang yang pergi dulu menemani ayah di sana...jangan bimbang...kami akan menjaga isteri dan anak-anak abang...kami sentiasa akan mendoakan abang...abang tak akan kami lupakan selagi ada hayat kami...InsyaALLAH...Tenanglah abang di sana...Al-Fatihah

Comments

Nowwa Fitri said…
Innalillah...semoga adik kau tenang di sana..Al Fatihah!
peace_bbj88 said…
Al-Fatihah .. kak dhiya ... salam takziah dari djah & family ...
moga mak kak dhiya sentiasa sihat sejahtera ... tabah kan ati ya kak dhiya ...
dieya said…
al fatihah buat arwah adik dhiya, moga rohnya ditempatkan bersama2 org2 yang beriman.
take care of yourself and be strong for your family dear!
dhiya zafira said…
Nora, djah dan dieya...

terima kasih atas doa kalian...hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya....
kak dhiya... tak tahu kata apa nk dicoret, tak tahu azimat apa yg patut diberikan pd kak dhiya dn keluarga. x tahu... sebab mata yg memandang tak mungkin akan jadi seberat bahu yg memikul. tp, kte ttp harap arwah ditempatkan dalam kalangan org beriman dn kak dhiya sekeluarga terus tabah dan sabar...
banyak2kan bersabar, ye...kak dhiya...
airina said…
Salam takziah kak. Saya baru kesempatan menjenguk laman akak dan menyedari khabar yang melukakan ini.
Moga akak tenang & sabar selalu..
dhiya zafira said…
Aleya....

terima kasih...memang benar...kita akan lebih menghargai seseorang itu setelah dia pergi...


Jahn...
tqvm...InsyaALLAH..sedih bahagia itu memang sudah lumrah hidup...dan hendak pulih dari rasa sakit itu perlukan masa...doakan akak ya...

Airina...

Terima kasih atas kata2 dorongan..
Anonymous said…
Salam takziah to Dhiya & family. Semoga kamu sekeluarga tabah menghadapi ketetapan Allah swt. Semoga rohn Allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh . Al-Fatihah...~evilbunny~
fzzh said…
al fatihah buat arwah & moga beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman. amin.
harap Dhiya & keluarga akan tabah & kuat demi isteri anak2 & arwah.
Tie Tinie said…
salam takziah kak...
semoga semuanya baik2 belaka...
Semoga arwah sentiasa tenang dan damai disana...
semoga emak akak akan sentiasa beroleh kesihatan yang baik....
semoga akak sekeluarga tabah dan redha atas kehilangan nya dan segala ketentuan dari nya....
Al-Fatihah...

Popular posts from this blog

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara