Hari ni 12 Ramadhan. Hari ini bermakna telah 7 kali Ramadhan Arwah Tok wan meninggalkan kami sekeluarga. Tokwan pergi setelah mengalami demam dan sakit selama 2 minggu. apa yang aku amat kesali ialah pemergian tok wan ini aku ketahui hanya setelah seminggu jenazah tok wan dikuburkan.
ketika itu aku berada di semester 3 Uitm Shah alam. sebelum inipun tok wan kerap kali demam. malah semasa aku bercuti semester, aku dengan keluarga kerap balik menjenguk tok wan. kadang-kadang berselang sehari kami balik kampung. mujurlah kampung di bukit mertajam. hanya 1 jam sahaja dari taiping. aku tidak menyangka demam tok wan ini merupakan petanda dia akan dijemput Illahi. Walaupun mati itu pasti, aku tidak menduga bahawa nafas yang tok wan hela di dunia ini tidak lama. akibat terlalu kerap balik, menimbulkan satu perasaan yang tidak patut aku rasai. entah mengapa aku bosan dengan karenah tok wan. sampai aku pernah berfikir yang tok wan sengaja buat begitu kerana mahu ayah sentiasa balik menjenguknya. entahlah syaitan apa yang merasuk aku memikirkan kata-kata begitu. jin mana yang menyampuk aku. tidak patut aku mempunyai rasa seperti itu. dia tok wan aku. tok wan yang sporting. tok wan yang suka berpantun. malah setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya mesti berbunyi pantun. secara peribadi aku lebih menyayangi tok wan berbanding tok aku. aku tidak pernah bermasam muka dengan tok wan. jadi kenapa tergamak aku berkata begitu?
Untuk bercuti raya, aku telah berjanji dengan kakak aku yang belajar di UM untuk balik bersama. kami telah berjanji aku akan bertemu di kolejnya di kolej kediaman 10. dalam masa seminggu itu, aku tidak terfikir pun untuk menelefon ke rumah. satu lagi petanda yang aku tidak sedari. kebiasaannya aku akan menelefon ke rumah 2 hari sekali. tetapi tidak pada sepanjang minggu itu. lagipun ketika itu aku dan kakak tidak mempunyai handset. jadi memang agak sukar kami berhubung.
pada hari yang dijanjikan aku pergi ke um. semasa mengikuti short cut di fakulti bahasa, aku bertemu dengan kawan sekelas aku yang kini merupakan kawan kakak aku juga. dia terkejut melihat aku. terus dia tanya;
" Mar, ko tak balik lagi ke? kak aty dah balik minggu lepas. tok wan ko meninggal." Aku tak tahu apa reaksi aku ketika itu. yang pasti aku terkejut dan tiba-tiba perasaan marah melanda diri aku. aku berpatah balik semula dan terus mencapai telefon dan menghubungi rumah. Mak aku yang angkat. saat ni tiba-tiba aku merasa sebak. aku tak boleh bercakap. aku rasa sedih sangat. yang balik2 aku cakap " kenapa tak bagitau cek? lepas tu akak aku cakap ngan aku. terus aku letak ganggang. aku salahkan akak aku. kenapa dia tak boleh singgah di kolej aku dan beritahu? kenapa dia tak fikir yang mesti aku hendak balik sama. tak terfikirke dia yang mungkin tiada siapa yang beritahu aku lagi.....aku tahu dia pun terkejut. mungkin nak cepat2 sampai rumah je.mungkin dalam keadaan sedih tu dia terlupa tentang aku. ntahlah....yang pasti masa itu aku hanya mahu salahkan seseorang. aku mahu melepaskan rasa bersalah yang semakin menghempap jiwa aku.
aku terus pergi pudu. pergi kaunter Taiping holiday. terus mintak tiket( walaupun balik raya, aku mmg tak beli tiket lagi). agaknya macam manalah muka aku masa tu sampai akak tu terus capai walkie talkie dia dan suruh aku ke bawah sekarang. sampai di rumah aku menangis lagi. ayah pujuk aku. mak urut belakang aku perlahan-lahan. waktu in aku sudah bertenang. aku boleh terima alasan mereka. salah aku juga tidak meninggalkan apa-apa nombor jika berlaku sebarang kecemasan. saat ini aku juga terfikir, kenapa aku tidak seperti kawan2 lain yang
berkejar2 membeli handset bila loan masuk. kalau tidak pasti aku akan mendpat berita lebih awal.
Raya tahun itu kurang meriah. sedih melihat tok yang keseorangan. selama ini tok wan yang menemani dirinya. dan tiba-tiba dia sendiri. d hari raya pula tu. aku tidak pernah ke kubur. namun setelah tok wan, setiap kali raya pertama kami akan menziarahi tok wan. memang sunyi tanpa tok wan. tiada teman untuk bersembang semasa menonton tv. tiada lagi pantun dan syair yang tok wan selalu dengarkan. dan aku terpaksa menerima hakikat ini. kerana kata-kata ku, aku tidak sempat menemui tok wan di akhir hayatnya. kerana sikap aku mungkin Allah berniat mahu menberi pengajaran. dulu aku malas hendak balik kampung menjenguk tokwan dan sekarang tok wan pergi pun aku tidak berpeluang langsung untuk menemuinya. Itulah kesalan yang aku terpaksa tanggung sepanjang hayat.
Di hari yang mulia ini aku doakan Tok wan menemui penciptaNya dengan tenang. semoga Tok wan bahagia di alam sana. tok wan jangan bimbang. anak cucu tok wan rajin mengaji untuk tok wan. kalau di beri peluang, hanya satu yang aku mahu katakan pada tokwan " Maafkan cek."
No comments:
Post a Comment