sambung ya n3 yang seterusnya.
Firdaus menulis order...kelakor betul |
Ok..kembali kepada makan malam di Rex. Di sini terkenal sate daging kambingnya. kerang rebus dan ayam penyetnya. Yang menarik disini, tetamu menulis order makanannya sendiri, dan bukannya pelayan yang mengambil order. Malam itu, kami makan sate kambing dan ayam. Juga bersama kerang rebus.(kerang bakar sudah habis, padahal baru jam lapan malam). Kerang kat sini besar-besar. Terkejut juga saya melihatnya. Kalau kat Msia, saya hanya pernah melihat kerang yang biasa kita makan itu sahaja. Tetapi di sini, memang besar dan kira puas makanlah kiranya.
Kerusi makan macam kerusi malas..cukup tak sesuai, sebab badan terpaksa didepankan untuk menjamu selera..lenguh wei..hehhehe |
Satu yang saya perhatikan di sini, mereka kurang gemar minum dengan ais. kalau meminta teh dingin ( teh ais), ais yang diletakkan hanya 2 3 ketul sahaja, sedangkan air yang digunakan air panas. Sepanjang saya di sini, saya pasti terpaksa meminta ais tambahan. dan menurut kata Daus, sendiri orang Acheh memang kurang minum dengan ais. Aduhai..sudahlah kurang ais ( es..panggilan mereka), air yang mereka buat, cukup boleh menyebabkan saya mengidap kencing manis. Ya ALLAH..bukan manis-manis sikit..tapi teramatttttttttttttttt manis. sampai tambah 2 gelas air pun masih manis lagi. bayangkan. Emak sampai cakap, duduk 5 hari di Acheh ini, balik msia terus kena admit dalam hospital. Kalau dipesan supaya kurang manis, tetapi masih tetap juga manis. Ini berlaku pada setiap kedai makan yang kami singgah. Aduhai....
Walaupun kita serumpun, bahasa yang hampir sama...agama yang sama..makanan yang juga tidak banyak bezanya namun tekak saya masih tidak dapat menerima makanan di sana. Bukan saya seorang, mak dan mak teh juga kurang selera dengan makanan yang kami makan sepanjang kami di sana. Bukan mahu cerewet, tapi kenyataannya memang tekak tak boleh terima. Walaupun begitu banyak Daus melobi makanan itu sedap..makanan ini sedap..heheh..tapi..balik2 mak teh kata..tak sedap pun. Tapi syukurlah..makanan semua halal di sini. tak adalah balik2 kena mengadap buah dan salad mcm di spain dulu..hehehe..hahhahaha...kesian Daus..tekak dia dah 4 tahun merasa makanan Acheh. Nak harapkan kami yang baru tiba ini tentulah tidak sama. Tapi tak dinafikan bakso di sini memang sedap.
Kerang yang besar tapi masih tak berapa besar ni..sebab ada yang lebihhhhhhh besar lagi tapi orang lain yang makan...kuah yang nampak caroi tu mmg tak berapa sedap pada tekak kami le.... |
p/s - sambung lagi nanti
No comments:
Post a Comment