Salam....

Langsung usaha saya, membeli RUD di MPH secara online. Dapatlah 10 buah dan 10 buah itu turut habis tidak sampai dua minggu. Di pesta buku PWTC dan Mini Karnival karangkraf di Sg Petani juga ramai yang bertanyakan RUD. Ada yang mengatakan kesemua buku2 saya sudah dibaca kecuali RUD. Aduhai..kalau anda duduk ditempat saya ketika itu, pasti anda tahu apa yang saya rasa. Sedih..sudah tentu. Hampa...apa tidaknya. Dan keadaan ini juga mempengaruhi emosi saya untuk terus menulis. Ya..ada rasa patah semangat dan putus ada pun ada...namun setelah beberapa lama bermuram durja, saya redha. Saya tawakal. Rezeki saya...ALLAH yang putuskan. Saya malas mahu pening2 kepala. Perjalanan hidup saya tetap tiada perubahan kalau saya yang tidak mahu mengubahnya. Saya tidak mahu episod RUD mematahkan semangat saya dan saya kembali berjuang semula meneruskan kecintaan saya. Dan minggu lepas saya mendapat berita yang tidak disangka-sangka. Benarlah ALLAH itu MAHA KUASA. DIA yang menunjukkan jalannya. Ayat " Iya RUD sudah diulang cetak" benar-benar melontarkan saya ke lembah bahagia. Syukur ALHAMDULILLAH. Rezeki Ramadan saya. Jadi kepada anda yang ingin mendapatkan RUD bolehlah melanggan di GRUB BUKU KARANGKRAF ya kerana saya masih belum berkesempatan untuk mendapatkan naskah dari sana....
No comments:
Post a Comment