Friday, August 05, 2011

Ulasan JKP

Salam....

Ulasan yang saya temui dari blog Aimie ataupun kak chik. Terima kasih atas ulasan yang diberikan. 


4 ****

Daerah paling sepi di dunia adalah hati tanpa cinta

Blurb:

Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak lebih daripada yang sepatutnya. Sesungguhnya, dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat.

Namun, sesuatu berlaku menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih daripada segalanya. Tetapi, dia ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Menyerah kepada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia… aku sanggup hadapi semuanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia… aku redha. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?

Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi, namun aku tetap setia menanti…


Kak Chik menukil:

Terkedu..terkaku..sebabnya persepsi pada karya Dhiya Zafirra ni jauh tersasar. Kak Chik ingatkan kisah biasa yang rupa-rupanya kisah yang penuh debar dan kejutan. Sungguh cermat penulis menganyam ayat-ayat sehingga Kak Chik terpaku untuk mengakhiri kisah ini.
Afiqah Najwa yang bekerja sebagai pustawan di perpustakaan UPSI, seorang yang pendiam dan penuh rahsia. Dia tidak mempunyai ramai kawan kecuali dua orang teman di tempat kerja. Pemergian abang kembar tersayang mengubah perjalanan hidup Afi. Dia hidup dalam kesedihan kerana pemergian orang-orang tersayang dan menjadikan dia hidup sebatang kara. Kematian Najmi yang bekerja sebagai komando ATM ketika menjalani operasi rahsia telah menyebabkan Afi hidup dalam buruan. Tetapi siapa yang memburunya? Sedangkan selama ini dia tidak pernah mempunyai musuh.
Kemunculan Haiyan Rifqi, teman yang sama-sama membesar bersama arwah Najim, Helmi, Lukman dan Eddie yang bertindak sebagai pelindung Afi juga menjadikan Afi hidup dalam keliru. Kemunculan Rif selepas lima tahun menjauhkan diri dari teman-teman juga membuat Afi tertanya-tanya. Dan kerana mahu melindungi Afi dan perlu sentiasa menjaga Afi 24 jam, Rif mengusulkan mereka menikah untuk menjaga maruah Afi. Afi terkeliru sedangkan arwah Najmi pernah berpesan jangan sesekali jatuh cinta pada Rif.
Dan setelah segala kekeliruan terungkai, apakah jodoh mereka tetap kekal? Afi merasakan tertipu kerana selama ini Rif merahsiakan sesuatu yang sungguh berharga padanya. Dan ikatan perkahwinan mereka juga terikat bukan kerana kehendak Rif. Apakah pengakhiran perkahwinan tanpa cinta ini?


Nota kaki: Sungguh teruja untuk mengetahui pengakhirannya. Kita dihidangkan dengan kerjaya yang jarang-jarang dipaparkan kerana kerjaya tentera memang mempunyai banyak cabang dan komando merupakan salah satu unit yang terpenting dalam ATM. Sebuah kisah romatic thriller yang menyebabkan jantung sentiasa berlari kencang.

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...